Tuesday, April 22, 2008

Kad dan bunga



Saya mengajar secara part time di kolej PPU di Melaka. Bukan setiap minggu, hanya 2 kali sebulan. Saya sebenarnya agak keberatan, tetapi atas pujukan KP di sana, yang merupakan senior saya semasa di USM yang saya kenal hanya melalui nama kerana beliau juga aktif dalam persatuan, saya gagahkan juga. Jika suami saya sibuk saya akan pergi dengan emak. Untung juga mereka menyediakan sebuah apartment sebagai 'istana hinggap' untuk saya. Kelas saya panjang- 8 jam satu sesi. Sangat letih setelah selesai sesi hari tersebut. Subjek farmaseutik hanya diajar sehingga semester ketiga. Maknanya, kelompok pertama program diploma ini sudah dilengkapkan (dengan izin Allah) dengan ilmu asas yang mereka perlukan untuk mengharungi alam pekerjaan nanti.

Hari terakhir saya ke sana hampir 3 minggu lepas, saya dan KP berkongsi menjamu para pelajar minum petang. Para pelajar ini menghadiahkan saya sejambak bunga dan juga sekeping kad yang sangat besar. Saya terharu. Saya doakan mereka semua akan berjaya..dunia akhirat. Ucapan dari wakil kelas- seorang pelajar lelaki, menyentuh hati saya, mujur saya sempat menahan airmata dari meleleh..sayakan minah leleh..hihihi...

Jujurnya, saya sebenarnya seorang pendidik yang garang, tapi rupanya mereka tidak menganggap begitu..hihihi
Alhamdulillah..sekurang-kurangnya saya sudah memenuhi impian mak inginkan anaknya ini menjadi guru untuk mendidik anak bangsa.

1 comments:

Anonymous said...

garang ke akak??? nape adik akak nih mcm boleh bermanje je lagik dalam pada akak garang, eehhehe

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino