Tuesday, November 04, 2008

65


Emak genap berumur 65 tahun semalam-3 November 1943 (entri ini dibiarkan sebagai draf selama 9 hari).Ingin saya coretkan pengorbanan dan perjuangan emak dalam mengharungi kehidupan setakat yang saya ketahui sepanjang 65 tahun itu.Emak dilahirkan pada tahun 1943 dan merupakan anak bongsu 4 beradik. Ketika emak berusia 3 tahun, nenda saya meninggal dunia dan kemudiannya emak beroleh ibu tiri. Emak berusia 9 tahun semasa datuk saya...

Monday, November 03, 2008

Tenang


Saya semakin tenang dan lebih berkeyakinan untuk meneruskan perjuangan ini. Syukur.Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Terperangkap dengan permainan emosi yang turun naik dan juga dugaan-dugaan kecil yang saya boleh abaikan sebenarnya. Tidak perlu mengambil masa yang lama memikirkan perkara-perkara yang tidak signifikan dalam kehidupan...

Friday, October 24, 2008

Tangguh


Saya mempunyai banyak agenda minggu ini. Ada yang selesai ada yang tidak dapat diselesaikan kerana faktor bertangguh-tangguh. Saya ada penyakit itu..penyakit suka bertangguh yang agak kronik tetapi saya sering cuba melawan keinginan untuk menangguhkan urusan itu kerana ianya merugikan saya. Suami saya pula mempunyai sikap berlawanan dan saya...

Wednesday, October 15, 2008

Kenangan


Saya membaca blog Prof. MKI pagi ini tentang abah beliau. Teringat saya pada allahyarham Apak yang dijemput kembali hampir 3 tahun yang lalu. Saya tidak begitu rapat dengan allahyarham dan saya tidak tahu banyak perkara mengenai dirinya. Saya cuma menyedari yang saya sangat menyayangi allahyarham kerana apabila kali pertama allahyarham diserang angin ahmar, saya yang ketika itu sedang menduduki peperiksaan akhir tahun 2 di USM...

Kisah Aidil Fitri II


Pagi hari raya merupakan saat yang amat bererti. Kami pernah diuji dengan dugaan yang amat pedih pada pagi hari raya beberapa tahun lepas. Ujian yang membuatkan kami berdua bangkit dari kejatuhan yang amat menyakitkan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan lebih berani. Allah maha bijaksana. Seperti yang dijanjikan dalam surah al-Insyirah:Kerana...

Thursday, October 09, 2008

Bantulah Che Nat


Sila lihat kepada link berikut untuk mengetahui kisah malang menimpa Che Nat dan hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin.http://kassim8888.blogspot.com/2008/10/bantulah-azrulche-nat-3.h...

Kisah Aidil Fitri I


Penat dan padat. Begitulah yang dapat saya simpulkan tentang sambutan hari raya fitrah kami pada tahun ini. Saya menyiapkan kerja di makmal sehingga hari Isnin, 29 September. Hampir waktu berbuka barulah saya sampai di rumah emak di Seremban manakala suami pula bekerja sehingga hari Selasa, 30 September kes cuti tahunan habis awal.Tahun ini...

Friday, September 26, 2008

Eid Mubarak!!


Eid Mubarak!Selamat Menyambut kedatangan Syawal 1429. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Moga ukhuwah berpanjangan dan kita semua mendapat keberkatan. Moga dipanjangkan usia dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAlla...

Tuesday, September 23, 2008

Pemandu dan atendan pam minyak.


Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan;...

Monday, September 08, 2008

Deko


Saya sudah terlalu jarang menonton televisyen sepanjang bulan Ramadhan ini. Masa tidak sesuai dan agak kepenatan barangkali. Hujung minggu yang baru lalu kami berdua hanya duduk di rumah sambil menyelesaikan urusan mengemas yang masih berbaki. Itupun belum juga siap lagi. Selepas setengah hari berhempas pulas di dapur termasuklah menyediakan...

Thursday, September 04, 2008

Ramadhan Kareem


Ramadhan sudah masuk hari ke empat hari ini. Saya berkejaran dengan masa dan kerja yang banyak. Laporan sudah di hantar kepada sifu dan esok pagi saya perlu berbincang tentang kerja yang saya lakukan selama hampir 2 bulan lalu. Saya agak bingung kerana tidak mampu untuk fokus bagi menganalisis data yang diperolehi. Banyak sungguh gangguannya kali ini. Hihihi...Jadual bulan Ramadhan masih sama seperti biasa, cuma waktu bangun...

Wednesday, August 27, 2008

Ulang Tahun


Selamat ulangtahun kelahiran buat suami tersayang, moga dipanjangkan usia, dianugerahkan kesihatan yang lebih baik dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.Sebetulnya saya terlupa tarikh ini...cadangnya mahu membuat kejutan tetapi terlewat..kejutan perlu dibuat tempahan 2 hari awal..hihihi...Kek dalam gambar di atas saya tempah dari Lily...

Tuesday, August 26, 2008

Sibuk


Saya merasakan saya tidak sempat untuk menyiapkan banyak perkara. Mungkin keadaan badan yang tidak berapa sihat-asyik diserang migrane dan juga keletihan melampau. Alhamdulillah syukur kami sudahpun berpindah ke rumah baru. Kebanyakan urusan sudah selesai-cuma rumput di hadapan dan belah kiri rumah belum di potong dan batu-batu bekas pembinaan tempoh hari masih penuh di hadapan rumah. InsyaAllah akan dibereskan sebelum Ramadhan...

Wednesday, August 13, 2008

Jauh dari meja/komputer riba


Saya bercuti daripada 13 Ogos 2008 sehingga 20 Ogos 2008. Tujuan cuti saya kali ini adalah untuk membantu suami:1) mengemas rumah sewa2) menyediakan/membungkus barang-barang.3) memastikan penghawa dingin/piring terbang asetero dibuka dan dipasang di rumah baru.4) memastikan tiada barang yang sudah tidak diperlukan/rosak dibawa ke rumah lama (bungkus elok-elok dan letakkan di hadapan rumah untuk dikutip...

Tuesday, August 12, 2008

Walimatul Urus


Saya sempat meraikan majlis walimah bekas anak murid dan juga rakan sekerja yang berlangsung di minggu terakhir julai dan minggu kedua bulan Ogos.Sofiyyah dan pasangan; 27 Julai 2008Nafiza dan pasangan; 8 Ogos 2008Nana dan pasangan; 10 Ogos 2008.Semoga mereka semua mendapat keberkatan dan beroleh kebahagian hidup dunia dan akhir...

Friday, August 08, 2008

31- 08.08.08


AlhamdulillahKesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana mengizinkan saya dipanjangkan setahun lagi usia.Terima kasih buat bonda yang gagah membawa saya dalam kandungan.Al- Fatihah buat arwah ayahanda yang gigih berusaha untuk membesarkan saya.Tiada ucapan terima kasih atau hadiah yang dapat saya berikan untuk membalas jasa mereka...

Thursday, August 07, 2008

Ikan keli


Abanglong sudah menjadi usahawan tani sepenuh masa. Ternakan kambing dan juga ikan keli telah menjadi sasaran utama abanglong bermula 2 minggu lalu. Semuanya abanglong lakukan sendiri, dari mencari rumput untuk kambing sehinggalah ke pemasangan/pembinaan tong air untuk ikan keli. Abanglong sama seperti emak saya. Mereka memerhati persekitaran...

Ombak


Ombak memukul pantaiTanpa jemuBerubahkah pasiran?Ataupun berubah seketika dan kembali semula ke kekedudukan asal?Matahari terbit dan terbenamTerkesankah lautan?Tersejat cairan ke dada langit membentuk awan..Pabila berat ditampung ianya turun semula bercucuran..IndahLebih indah sekiranya setiap hamba yang bernafas di muka bumi Memerhati Mengambil...

Tuesday, August 05, 2008

Kenyir


Gambar-gambar untuk entri ini telah lama diambil-sewaktu pulang ke kampung suami di Kuala Terengganu bulan Mac yang lalu. Walaupun hanya pulang dalam jangka masa yang singkat tetapi sempat juga kami singgah di Tasik Kenyir dan menikmati pemandangan yang sangat menarik. Selamat menjamu mata dengan pemandangan dirakam jurukamera amatur...

Monday, August 04, 2008

Adaptasi


Ahad.Saya dan suami berziarah ke rumah sahabat kami di Bangi. Mereka berdua baru dikurniakan cahayamata kedua. Keduanya tidak mempunyai sebelah tangan kanan. Kebetulan ketika kami sampai di sana, ada beberapa orang sahabat mereka juga datang berziarah. Topik yang menjadi perbualan kaum ibu adalah- anak. Saya dan suami masih belum dikurniakan rezeki anak dan bulan Disember ini genaplah 4 tahun kami bernikah sudah terlalu bersedia...

Friday, August 01, 2008

Sakit dan ubat


Pagi tadi saya bangun sangat awal kerana sudah merancang untuk melakukan kerja-kerja rumah sebelum keluar ke makmal bersama suami (kereta saya telah tidak keluar melihat dunia selama 4 hari). Semasa menggosok stok baju kerja saya dan suami untuk persediaan minggu hadapan kerana hujung minggu ini kami mempunyai jadual yang sangat padat, saya telah menonton rancangan bual bicara Oprah. Isu yang dibincangkan ialah tentang insurans...

Thursday, July 31, 2008

Dunia yang kecil..Kepala yang besar


Lirik lagu ini membangkitkan nostalgia yang agak menyedihkan buat saya ketika zaman anak-anak kecil dahulu.It's a small world.it's a world of laughter, a world or tearsits a world of hopes, its a world of feartheres so much that we sharethat its time we're awareits a small world after allCHORUS:its a small world after allits a small world after allits a small world after allits a small, small worldThere is just one moon and one...

Tunggu sekejap


Alhamdulillah. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami kini di dalam proses akhir untuk berpindah ke rumah baru. Kami hanya boleh berpindah selepas saya menyiapkan kerja makmal untuk pusingan kali ini lengkap dengan analisis keputusan yang perlu dihantar kepada sifu sebelum saya melenyapkan diri buat seketika dari makmal. Itu janji saya...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino