Thursday, July 31, 2008

Tunggu sekejap


Alhamdulillah. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami kini di dalam proses akhir untuk berpindah ke rumah baru. Kami hanya boleh berpindah selepas saya menyiapkan kerja makmal untuk pusingan kali ini lengkap dengan analisis keputusan yang perlu dihantar kepada sifu sebelum saya melenyapkan diri buat seketika dari makmal. Itu janji saya pada diri saya sendiri dan juga sifu supaya saya boleh bercuti dengan tenang tapi penat. Hehehe. Target saya minggu ketiga bulan Ogos. Tikus-tikus saya masih belum pulih sepenuhnya.

Oleh kerana sekuel kejadian kelambatan urusan pejabat peguam dan pemaju, kami akhirnya terperangkap dengan kesan kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang binaan dan sekaligus harga yang dikenakan oleh kontraktor melambung tinggi. Bajet yang kami sediakan telah menjadi kecil. Akhirnya beberapa perkara yang kami rancangkan pada awalnya terpaksa ditambah ke dalam senarai TUNGGU SEKEJAP termasuklah perabot. Buat bakal tetamu- perlu duduk bersimpuh atas tikar mengkuanglah nampaknya. Ada hikmahnya. InsyaAllah.

Bahagian belakang yang disimen dan dilengkapi ramp untuk kemudahan suami.

Table top tempat memasak. Pintu belum ada bajet. Hihihi

Pembahagi ruang tamu dan ruang keluarga yang paling jimat boleh kami dapati. Nanti jurai-jurai akan digantung disitu.

Plaster ceiling yang sangat basic. Tiada hiasan apapun.
Gril akan dipasang esok.

Saya sedang merangka dalam fikiran untuk memulakan proses sort and filter barang-barang yang ingin di bawa pindah, diberikan pada bakal pengantin baru (siapa mengaku angkat tangan), ditinggalkan atau dibuang. Hmm..proses ini perlu dilakukan dengan tenang dan rasional. Hihihi.
InsyaAllah hari ahad nanti kami akan melakukan operasi membasuh rumah. Moga dipermudahkanNya. Ameen.


5 comments:

Anonymous said...

selamat mengemas dan selamat berpindah yer.. kalau dekat dekat parit raja boleh la kitaorang gi tolong tapi shah alam tu ....apa pun segala kepenatan akan hilang sbb masuk umah sendiri

Nor Ramli on Thursday, July 31, 2008 at 1:34:00 PM GMT+8 said...

thanks nani..mudah2an begitulah...

Awwa on Friday, August 1, 2008 at 7:30:00 AM GMT+8 said...

waaahhhhhh bestnya dapat duk umah baru ek...doakan kak awwa dapat beli umah gak ek..

Nor Ramli on Friday, August 1, 2008 at 7:40:00 AM GMT+8 said...

insyaAllah kak...ada rezeki utk akak dan family nanti..
Ni pun bukan umah kami lagi..umah kerajaan..sbb kerajaan yang bayarkan..hihihi

Anonymous said...

kt rasa kt tergolong dalam golongan bakal pengantin baru. weehee!

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino