Saya sudah terlalu jarang menonton televisyen sepanjang bulan Ramadhan ini. Masa tidak sesuai dan agak kepenatan barangkali. Hujung minggu yang baru lalu kami berdua hanya duduk di rumah sambil menyelesaikan urusan mengemas yang masih berbaki. Itupun belum juga siap lagi. Selepas setengah hari berhempas pulas di dapur termasuklah menyediakan stok cili kering, bawang putih dan bawang merah yang siap dikisar, saya berehat sambil menonton siaran Ria. Deko bersama Eric sedang mencari peserta dan tarikh tutupnya adalah 7
September...Waahhh...saya terus bersemangat untuk menghantar penyertaan. Ruang tamu kami masih belum berperabot kerana kekurangan vitamin RM...hehehe. Semangat saya merundum apabila teringatkan komputer riba yang tiada slot memory card reader dan kabel untuk muat turun gambar dari kamera ke komputer saya tinggalkan di makmal. Setelah bermacam alternatif dicuba termasuklah MMS, GPRS dan sebagainya menemui jalan buntu, suami menawarkan diri untuk menghantar saya ke makmal dan mengambil gadget tersebut. Saya pun bersetuju apabila teringatkan kain kak awwa juga tertinggal di makmal. Kak Awwa dan suami datang berbuka di rumah kami malam tadi..terima kasih kak..sudi datang :)
Setelah mendapat segala kelengkapan, saya tinggalkan dulu alatan tersebut kerana perlu bersilat di dapur untuk menyediakan pula juadah berbuka. Menu saya semalam- pindang cili padi ikan tenggiri, ikan ayam goreng cili, sayur bayam dan cendawan, ikan singganglebihan hari sebelumya, karipap sardin dan juga agar-agar pandan. Pukul 6 lebih kak awwa dan suami pun sampai. Syukur, ukhuwah yang terjalin bermula di dalam talian (group komuniti oku) lebih 2 tahun lalu masih berpanjangan.
Selesai segala urusan, pukul 11 malam saya pun memulakan proses mengambil gambar dan memuat naikke muat turun ek? ke komputer dan suami menyambungkan talian streamyx. Akhirnya setelah berbelas kali mencuba, saya harus menerima hakikat bahawa saya sudah kalah sebelum berjuang. Kotak emel penuh dan emel saya tidak boleh masuk pun. Nampaknya impian saya untuk memenangi hadiah ubahsuai ruang tamu bernilai RM50 000 tidak akan terlaksana buat masa ini. Bak kata suami saya, " tidak mengapalah, kita cari sendiri duit sikit-sikit...dapat beli sofa yang selesa pun dah ok..rumah kita..syurga kita..."
Pagi ini saya menelefon emak di Seremban. Talian telefon rumah mak di pagi hari memang sibuk, anak-anak mak semuanya rajin bergayut dengan emak di talian pada waktu yang lebih kurang sama. Saya memaklumkan mak cerita ringkas kegagalan saya menyertai peraduan DBE itu. Kata mak, "memang resmi mak dan anak-anak mak begitu, usahalah..adalah rezeki nanti tu ye," dan saya akur. Adalah rezeki nanti kerana saya sebenarnya tidak hampa sangat, kerana saya yakin Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kami :)
September...Waahhh...saya terus bersemangat untuk menghantar penyertaan. Ruang tamu kami masih belum berperabot kerana kekurangan vitamin RM...hehehe. Semangat saya merundum apabila teringatkan komputer riba yang tiada slot memory card reader dan kabel untuk muat turun gambar dari kamera ke komputer saya tinggalkan di makmal. Setelah bermacam alternatif dicuba termasuklah MMS, GPRS dan sebagainya menemui jalan buntu, suami menawarkan diri untuk menghantar saya ke makmal dan mengambil gadget tersebut. Saya pun bersetuju apabila teringatkan kain kak awwa juga tertinggal di makmal. Kak Awwa dan suami datang berbuka di rumah kami malam tadi..terima kasih kak..sudi datang :)
Setelah mendapat segala kelengkapan, saya tinggalkan dulu alatan tersebut kerana perlu bersilat di dapur untuk menyediakan pula juadah berbuka. Menu saya semalam- pindang cili padi ikan tenggiri, ikan ayam goreng cili, sayur bayam dan cendawan, ikan singgang
Selesai segala urusan, pukul 11 malam saya pun memulakan proses mengambil gambar dan memuat naik
Pagi ini saya menelefon emak di Seremban. Talian telefon rumah mak di pagi hari memang sibuk, anak-anak mak semuanya rajin bergayut dengan emak di talian pada waktu yang lebih kurang sama. Saya memaklumkan mak cerita ringkas kegagalan saya menyertai peraduan DBE itu. Kata mak, "memang resmi mak dan anak-anak mak begitu, usahalah..adalah rezeki nanti tu ye," dan saya akur. Adalah rezeki nanti kerana saya sebenarnya tidak hampa sangat, kerana saya yakin Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kami :)
7 comments:
banyaknyer lauk berbuka :D
hehehe cik epel ni rajin memasak..masa kami gi berbuka lauk penuh atas meja..takpe lah epel lum beli sofa lagi..umah akakpun takde apa2 gak..bila org nengok umah alamak macam mewah..tp bila masuk kat dalam hehehe tau lah...moga ukhuwah berpanjangan hingga ke hujung nyawa........
Amlizan kan..... ingat lagi tak: Syahidawati (Ampangan-KISAS). LAma tak dengar berita... dapat address bila bukak pts publication nyer website... lawat le kaminyer blog (Actually my hubby nyer- kira sekalilah tuh) http://fauzio.wordpress.com/
cik epel.. biasalah masuk umah baru memerlukan banyak vitamn RM.. tapi betul kata ur husbnd beli sikit sikit yang penting rumah tu kita punya kita yang sendiri adjust sendiri nak apa etc...yang penting happy...
Ady...
banyak...hihihi...buat sikit-sikit je..
Kak Awwa...
bukannya rajin...tapi meraikan tetamu :)
Syahidawati...
Ingat lagi..alhamdulillah terjejak kasih pula ye kita.
Puan Keshi...
Betul tu...yang penting happy!! :)
Askm, Amlizan... Nonong la nie... sukenye dpt baca blog hang. Terubat rindu aku kat hang. Klu rajin singgah kat blog aku.... "www.storyoflove9.blogspot.com".... Tahniah....berpindah ke rumah baru tapi kat ne yek.... x nak jemput aku ke house warming umah baru hang ke????? ahahx.... Pepepun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada hang sekeluarga... Love u alwazzzzz... Do Take Care...
Nonong!! Hihihi...silalah baca.
Post a Comment