Thursday, July 31, 2008

Dunia yang kecil..Kepala yang besar


Lirik lagu ini membangkitkan nostalgia yang agak menyedihkan buat saya ketika zaman anak-anak kecil dahulu.

It's a small world.
it's a world of laughter, a world or tears
its a world of hopes, its a world of fear
theres so much that we share
that its time we're aware
its a small world after all

CHORUS:
its a small world after all
its a small world after all
its a small world after all
its a small, small world

There is just one moon and one golden sun
And a smile means friendship to everyone.
Though the mountains divide
And the oceans are wide
It's a small small world

Ketika saya berada dalam darjah 1, saya telah dipilih untuk menyertai persembahan untuk hari penyampaian hadiah. Persembahan itu melibatkan persembahan nyanyian dan tarian. Kami dikehendaki menyanyikan 2 buah lagi. Lagu pertama adalah lagu yang saya sudah lupa tajuknya tetapi liriknya lebih kurang begini.
A itu hurufnya..Aa itu bunyinya..AAAAAAA.
E itu hurufnya..Ee itu bunyinya..EEEEEEEE.
Semasa menyanyikan lagu ini, kami dikehendaki memegang huruf yang berkaitan dan bangun sambil menggoyangkan huruf tersebut yang dihias di atas kepingan polisterin yang berkilat-kilat apabila ianya disebut. Setelah audition dilakukan, saya telah terpilih untuk memegang huruf A dan berada di barisan hadapan sekali. Lagu kedua adalah lagu yang saya sertakan liriknya di atas. Setelah begitu hampir dengan hari penyampaian hadiah, latihan makin kerap dilakukan dan saya seperti biasa sangat bersemangat untuk berlatih kerana saya sangat suka menyanyi dengan kuat dan lantang. Baju juga telah dibeli dan mak terpaksa membayar baju yang berharga puluhan ringgit untuk saya pakai bersama dengan kawan-kawan yang lain walaupun ketika itu hidup kami susah. Baju telah dibeli mengikut barisan kami berdiri. Saya masih ingat barisan hadapan sekali memakai gaun paras bawah lutut berwarna biru laut yang sangat cantik-yang saya gelarkan baju puteri-puteri lengkap dengan riben untuk diikat pada rambut. 2 hari sebelum majlis berlangsung ketika sedang dalam latihan tiba-tiba seorang guru perempuan bernama cikgu L telah memasuki dewan sekolah. Saya seperti biasa begitu bersemangat menyanyi dan menunggu giliran saya untuk berdiri. Guru tersebut menyaksikan latihan tersebut dengan muka masam lengkap dengan kerutan di dahinya. Tiba-tiba musik dimatikan dan saya yang sedang menunggu giliran untuk bangun mengangkat huruf terpinga-pinga.
"Awak dengan huruf A..bangun..pergi tukar dengan huruf O di belakang...Kepala awak besar, jadi tak nampak muka yang di belakang."
Saya tersentak dan berada dalam kesedihan yang amat dahsyat. Apa salah saya, apa yang tidak kena dengan pergerakan saya. Kepala saya besar? Memang kepala saya besar..memang muka saya lebar seperti pinggan...tapi adakah itu kesalahannya?? Berdosakah saya mempunyai kepala yang besar?
Saya kemudiannya terus tidak bersemangat untuk membuat persembahan. Saya dilanda kesedihan dan rasa rendah diri yang sukar untuk disuarakan kepada sesiapa. Saya hanyalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dan sangat suka menyanyi. Cikgu yang mula-mula menyusun atur kedudukan kami cuba memujuk saya tetapi saya hanya diam. Persembahan itu menjadi tidak seragam kerana seorang berbaju kuning tiba-tiba tersesat di hadapan dan 'puteri berbaju biru' dicampakkan ke belakang barisan. Kenapa tidak ditukar sahaja baju? Sayakan bersaiz L..mana padan dengan tuan puteri bersaiz S itu. Hanya selepas itu barulah saya mengerti bahawa si pemegang huruf O adalah anak perempuan bongsu kesayangan cikgu L yang berwajah menarik dan comel.

4 tahun kemudian, semasa di dalam darjah 5, ustaz yang melatih kumpulan nasyid telah memilih saya untuk mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid peringkat daerah. Ustaz kemudian menyenarai pendekkan senarai nama ahli yang ingin dipilih sebagai penyanyi solo untuk lagu kedua. Sekali lagi saya diletakkan dalam keadaan untuk dipilih bersama dengan siapa lagi kalau bukan anak cikgu L. Saya sudah mahu mengalah kerana ibunya juga ada di dalam surau tempat pemilihan dilakukan. Setiap guru musik dan juga para ahli kumpulan lain diberikan hak untuk mengundi vokal siapa yang dirasakan layak. Saya diam-diam menanam keyakinan yang saya tidak akan dipilih kerana saingan saya adalah dia...si cantik manis, berwajah bujur sireh itu.
Sejarah mungkin berulang tetapi tidak kali ini. Saya akhirnya layak memakai kain songket merah selaku vokal solo.

Dendam? Saya tidak berdendam. Ketika itu, saya tidak tahu pun perkataan dendam. Saya hanyalah kanak-kanak perempuan dari keluarga miskin yang berusia 7 tahun. Cuma saya sangat sedih apabila mak bertanyakan kepada saya, mengapa saya membeli baju warna lain dari orang yang duduk sebaris dengan saya selepas habis persembahan tersebut kerana sehingga ke hari ini, inilah kali pertama saya bercerita tentang kisah ini. Saya telah melalui pengalaman tragis pada usia 7 tahun dan saya berdoa pada Allah janganlah saya tergolong dalam golongan orang yang menganiayai orang lain untuk kepentingan diri dan keluarga saya. Ameen...

5 comments:

zlaa on Thursday, July 31, 2008 at 10:03:00 PM GMT+8 said...

Salam Epel, apa khabar? Macamana study? Entri Epel ni buat akak teringat zaman sekolah. Memang zaman sekolah, cikgu-cikgu pilih kasih terutama untuk anak-anak dia orang dan anak orang-orang kaya. In fact hingga kini pun, dan tak tertakluk kat sekolah sahaja. Kemasukan ke asrama penuh pun didominasi oleh orang-orang yang ada kabel. Kesian anak orang miskin yang rumahnya tak cukup bilik sebab anak ramai tapi anak-nya pandai. Contoh, anak-anak orang di Putrajaya yang dapat rumah kerajaan menghantar anak ke asrama penuh di Sekolah Alam Shah di Putrajaya. Sungguh tidak adil kan?

Nor Ramli on Friday, August 1, 2008 at 7:36:00 AM GMT+8 said...

Salam kak..
memang betul tu. Selain dari kisah ni , epel juga dinafikan hak ke asrama penuh wp sangat berkelayakan-hikmahnya masuk sekolah agama dan dapat kenal juga lughatul quran. Yang kes anak2 org miskin tak dpt asrama penuh tu memang dah menjadi kebiasaan. Kakak epel cite..anak2 kawan dia yang kaya raya tu dihantar ke asrama penuh tp hujung minggu bibik ke asrama tolong basuhkan dan gosokkan baju..i m wondering cemana peraturan sekolah agaknya skrg ni ye...

Awwa on Friday, August 1, 2008 at 7:38:00 AM GMT+8 said...

salam epel..erm..baca pengelalam epel..ingat masa kak awwa di sek rendah dulu..tak yah citer epel sedih..n biar menjadi rahsia hati.tentu epel faham bagaimana kehidupan oku seperti kak awwa...mcm2 telah di lalui...patah semangat n tak kuat,tak tabah tengok sekarang camni lah kak awwa..belajar dah le tak tinggi..kata org kenal2 huruf aje epel..tp apa2pun bersyukurlah kerana dapat gak berblog cam org lain kan epel...kak awwa doakan moga hari ini,esok dan selamanya hidup kita semua bahagia dunia dan akhirat ameeenn......

Nor Ramli on Friday, August 1, 2008 at 8:38:00 AM GMT+8 said...

ye kak..betul tu. Ameen..

Fauziah on Thursday, August 7, 2008 at 4:58:00 PM GMT+8 said...

alahai sedih nyer citer ko am. apsal ko tak sound jerk cikgu tu... kepala saya besar sebab otak saya banyak dan penuh dengan akal bijak pandai... huhh...

cikgu2 mmg pilih kasih sket.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino