Setiap kali kami pergi mengisi tangki minyak di stesen minyak, banyak mata yang akan memandang kerana senario biasanya, isteri duduk di dalam kereta dan suami yang akan pergi membayar di kaunter dan mengisikan minyak di dalam tangki sebelum meneruskan pemanduan. Bagi kami pula, saya yang akan melakukannya dengan tersenyum sumbing apabila ada mata yang menyoroti perlakuan saya dan kemudiannya akan menghadiahkan jelingan buat suami yang duduk menyandar di dalam kereta. Hihihi....
Suami saya adalah seorang insan yang mulanya normal dan kemudiannya semasa berusia 23 tahun di timpa ujian- Allah menarik balik nikmat berjalan dan menggantikannya dengan pergerakan dengan kerusi roda - paraphlegia. Banyak peristiwa suka duka yang kami lalui terutama sekali di tempat-tempat awam lebih-lebih lagi apabila suami perlu menggunakan kemudahan awam- tandas, tempat letak kereta hatta ingin ke kedai makan pun kami perlu memilih. Malaysia secara umumnya, masih merupakan negara yang tidak mesra OKU. Jika ke masjid juga begitu, solat di tempat terbuka dan panas (masjid di Malaysia terlalu banyak tangga), mengambil wudhu menggunakan botol air mineral yang diisikan dengan air paip dan juga bersolat di dalam kereta yang diparkir mengikut arah kiblat adalah fenomena biasa yang kami lalui seharian. Biasanya, sesampainya di masjid atau hentian rehat dan rawat (kami melalui perjalanan ke Pantai Timur, hentian rehat dan rawat LPT tidak mempunyai ramp dan juga kemudahan tandas OKU yang lengkap dan juga tempat berwudhu yang sesuai) saya akan berwudhuk dan solat dahulu kemudian akan memberikan maklumat tentang arah kiblat (masih belum membeli kompas walaupun sudah lama berhajat memilikinya) dan suami akan berwudhuk di dalam kereta dan memusingkan arah kenderaan mengikut arah kiblat.
Berbalik kepada kisah di pam minyak, suami saya juga pernah beberapa kali hampir ditipu oleh atendan pam minyak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menipu jumlah minyak yang diisi, Alhamdulillah suami memerhatikan dengan teliti jumlah minyak yang diisi. Satu peristiwa yang berlaku di salah satu pam minyak di Seksyen 7 Shah Alam- suami memberikan wang kertas RM50 kepada atendan minyak selepas bertekak panjang (pam minyak layan diri-atendan enggan membantu kerana masalah komunikasi terhad akibat tidak faham bahasa kebangsaan dan juga bahasa inggeris) dan kemudiannya atendan tersebut ke kaunter bayaran dan suami melihat penjaga kaunter memberikan baki RM10 kepada atendan pam tersebut. Suami saya kemudiannya memerhatikan dengan teliti jumlah minyak yang diisi dan apabila hampir kepada angka 40, meter bergerak perlahan. Atendan tersebut yang menyedari suami saya asyik memerhatikan pergerakan meter tersebut telah menjerit kepada rakan senegaranya di kaunter dan kemudiannya menarik keluar sedikit pam tersebut sebelum memulakan isian semula. Hampir tertipu RM10 oleh atendan pam yang tidak bertanggungjawab. Saya dan suami sering bergurau selepas mengisi petrol..
Driver...boleh jalan sekarang
Ok atendan pam..saya jalan sekarang...
Hihihihi
Banyak lagi kisah yang kami lalui- kadangkala kami ketawa, adakala kami bersedih, marah, kecewa dan yang pentingnya, kami redha dengan ujian demi ujian yang kami lalui. Moga Allah memudahkan perjalanan hidup kami.
7 comments:
banyak2 bersabar Am. ujian yg Allah beri pada hari ini, adalah utk kebahgiaan di hari 'Esok'! insya-ALLAH.
Kemudahan awam di malaysia ni mmg tak mesra semua rakyat. Cya perasan ni bila guna public transport. Kesian pada yang sukar nak bergerak, terjejas kerja dia org.
saba je la kan kak..sapa bangla kuang asam tu?petronas depan tu ey..nnt kita tggu dia kat simpang tau la..ups, sori,teremosi lak hehe
sy penah buat entry pasal masjid x friendly utk org2 tua.
ada masjid yg menyediakan dewan solat dan tandas muslimah semuanya di sebelah atas. Ini menyusahkan org tua yg uzur untuk memanjat tangga.
cik noora..mudah-mudahan. Itulah yang diharapkan.
cikya..betul tu. Terjejas kerja dan kos meningkat kerana perlu menaiki teksi ke sana sini.
Pn Murni..tunggu kat simpang yang mana tu pn..selamat berpantang ye :)
Luna..Betul tu. Saya pun musykil kadang-kadang. Masjid dan surau tempat beribadah, perlu dipermudahkan rekabentuknya.
maaf kak, boleh sy bertanya kak tinggal di mana?? di seksyen 7 shah alam ke??
Thank you for writing this post
Post a Comment