Friday, August 08, 2008

31- 08.08.08



Alhamdulillah
Kesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana mengizinkan saya dipanjangkan setahun lagi usia.
Terima kasih buat bonda yang gagah membawa saya dalam kandungan.
Al- Fatihah buat arwah ayahanda yang gigih berusaha untuk membesarkan saya.
Tiada ucapan terima kasih atau hadiah yang dapat saya berikan untuk membalas jasa mereka sehingga saya begini di saat ini.
Doa saya buat kedua bonda dan ayahanda saya agar diampunkan dosa-dosa mereka dan diberikan rahmah dan keberkatan.
Emosional pula saya jadinya..hihihi...
Hadiah dari suami? Kami sepakat tiada hadiah untuk saya atau untuk suami (berkongsi hari lahir di bulan yang sama). Rumah baru kami adalah hadiah yang sangat bermakna buat kami berdua dari usaha kami berdua juga :)
Syukur atas kurniaan ini.

p/s: banner di atas adalah kiriman dari saudara KS. Terharu saya dengan ingatan dan kesungguhan beliau mengingati dan menghasilkan banner tersebut. KS mengetuk jarinya di atas 1 huruf di atas papan kekunci, yang membentuk 1 perkataan dan akhirnya menjadi 1 ayat. Terima kasih wahai sahabat. Juga buat cik UST yang mengirimkan email jauh dari NZ. Takdelah kek coklat yang sedap tahun ni ye cik UST :) Moga Allah membalas kebaikan kalian semua.

5 comments:

Anonymous said...

happy besday! wah.. nombor keramat tuh

Anonymous said...

assalamualaikum tuan umah yg masam,

selamat hari lahir ke.. ke.. kee?
ehehehe. apapun nombornya, tak pe. age is just a number.chewaahhh. hehehe. skiping sket pagi2 ni. hehe

selamat hari lahir ye kak. semoga dimurahkan rezeki, diberkati, dirahmati dan berjaya dunia akhirat. semoga kita berjaya merealisasikan janji kita satu masa dahulu. ehem, ingat lagi tak? tak ingat nanti sy gi umah baru, piat telinga dia tuu. ekekekeke

meh nak bagi adiah besday sket, muuuaahhhh pp dia dua2 belah. bole? :P

Kassim Selamat on Friday, August 8, 2008 at 10:58:00 AM GMT+8 said...

wah....hadiah umah yer...alhamdullilah.

masa sihat dulu sy simpan angan2 nak miliki rumah besar...tak banglo at least semi-D.

angang2 tinggal angan2..

semoga tuan umah no. 19 panjang umur!.

murnie sangat on Friday, August 8, 2008 at 2:36:00 PM GMT+8 said...

heppi besaday akak..semoga panjang umor dan murah rezeki..

Nor Ramli on Friday, August 8, 2008 at 2:59:00 PM GMT+8 said...

ien,
terima kasih..satu dunia sambut tarikh ni..sbb olimpik..hihi..bukan sebab epel pun :P

sky,
mekasih banyak2..ermm...alamak..merahlah tinge kita kena piat nih...sungguh tak ingat...

KS,
Mekasih..insyaAllah..ada rezeki mana tahu KS bule capai cita-cita tu. Rumah kami tak besar..cukuplah untuk kami berdua..alhamdulillah :)

Murni,
Terima kasih..hihihi

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino