Mak mempunyai hobi menanam tumbuhan. Kalau tengok halaman depan dan tanah di belakang rumah, penuh dengan tumbuhan menghijau. Lepas arwah apak meninggal, mak makin menyibukkan diri dengan menanam segala macam jenis tanaman. Pisang ni pisang 40 hari/susu yang mak tanam dengan along...suburnya..sihat dan bulatkan...hihihi...sedap sangat...kami semua excited dengan pisang nih...
Orkid...ni hobi baru mak sebab dipengaruhi kawan baik mak yang duduk selang sebuah rumah dari rumah kami. Mak tanam pokok ni sebab cuba-cuba je..kawan mak yang 'paksa' mak tanam orkid ni...tengok-tengok..mak punya orkid berbunga dulu dari orkid kawan mak...kawan mak tarik muka masam...jeles katanya...mak..mak...
Buah naga..ada posting tentang kebun pokok naga mak di dlm blog ni jugak..tak sampai setahun hasil dah mula dituai. Mak seronok sangat menjenguk kebunnya yang ada 35 batang pokok naga. Dibalut rapi setiap buah yang masih kecil supaya tak di'robek' serangga...rasa buah ni manis...dan kat pokok sekarang ni ada lebih 10 biji yang menanti masa untuk dituai...
Jemput...makan buah naga yang manis dan segar ni..baru je petik buahnya dari pokok tadi :)
Mak with her friends during her 64th birhday last November. Beria makcik-makcik ni datang raikan hari ulangtahun kelahiran mak...Mereka nilah kawan-kawan mak ke surau, ke kenduri kawen, ke kenduri orang nak pergi haji dan segala jenis kenduri...Mak...Mak... :)
Mak sunyi...moga mak beroleh kebahagiaan dan ketenangan dengan aktiviti berbudi pada tanah. As her daughter, it's not possible for me to be with her every seconds not even every weekends..my duaa for my beloved mak..May Allah grants her happiness in her journey of life...I love u so much mak...
2 comments:
bestnyer tengok buah naga tu!!! sedapnyaaa.......Pisang tu pisang aper ek? buat kerepek sedap tuu...
Warghh geramnya tengok okid.. saya pun tgh hobi baru semangat membungakan pokok pokok okid yang tak berbunga hehhe...yang penting tanam okid ni kene rajin....
bagusnya siap buat besday party lagi tu... bestnya...makan makan
hihi...memang best..esp yg baru petik dari buah...mcm besh je perasaan makan buah tu..huhuh...pisang 40 hari...biasa mkn mentah je...
Post a Comment