Wednesday, December 26, 2007

DIJEMPUT KEMBALI DAN BAKAL TIBA...


Minggu ni bermula minggu sibuk yang sangat sibuk.
Tikus semuanya dah capai berat yang diingini malahan ada yang terlebih...kuat makan seperti tuannya dan aku sedekahkan pada Jay...Tak boleh tangguh lagi, procedure kena buat secepat mungkin. Hari ni dari pagi sampai ke tengahari dok sibuk pindahkan semuanya ke sangkar berlainan..penat...sungguh penat.
Lepas lunch tangan gatal godek sana-sini blog kawan-kawan...

Bila masuk blog kak wan..

Aku terkesima..Kak wan kehilangan anak perempuannya, Siti Sarah dalam kemalangan jalanraya berhampiran Lipis semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Eidul Adha Mubarak. Tenang kak wan mengungkapkan cerita. Aku pulak yang menangis tak cukup airmata...ermm...

Moga kak wan tabah..kuat..dengan dugaan ini. Bila aku baca ayat kak wan...
Saya sedar dia dipinjamkan kepada saya untuk 10 tahun 10 bulan. Adat meminjam maka suatu hari saya kena redha apabila Tuan Punya memintanya balik. Terima kasih ya Tuhan kerana memberi peluang melahirkan, membesarkan anak; Siti Sarah.
aku makin sedih...
Redha...itulah ubatnya...salam takziah buat kak wan sekeluarga..moga roh Siti Sarah dicucuri rahmat..dan tenang di sana...Ameen..

Teringat pula pada sahabatku Puan Keshi,
Puan keshi dah masuk ward Sabtu lepas untuk bersalin secara pembedahan atas masalah kesihatan Puan Keshi..InsyaAllah esok Puan Keshi akan disorong masuk ke dewan pembedahan. Moga Allah permudahkan urusan kelahiran cahayamata kedua Puan Keshi dan suaminya. Ameen....


0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino