Thursday, November 02, 2006

Boleh ke?


Boleh ke?
Kalau aku nak jaga hati semua?
Boleh ke?
Kalau aku nak pula orang lain jaga hati aku?

Tak boleh
Kalau tak boleh apa yang boleh
Keserabutan ini aku nak nyahkan kalau boleh

Bila fikirkan semula
Inilah dugaan dari Yang Maha Esa
Kerana sebagai hambaNya
Masa kita di dunia ini singkat sebenarnya
Hanya kita yang merasakan ianya panjang berjela

Kerana
Kerana apa?

Kita terlalu leka dan asyik dengan dunia
Yang difikirkan saban hari hanyalah dunia
Berhenti seketika untuk bertemuNya
Dihitung dikira...
Cecah ke sejam dalam 24 jam diberikanNya?

Cuba ku jejaki dan kuhitung kira
Banyak mana amalanku di dunia
Cukupkah untuk di golongkan dalam golongan kanan di sana?
Cukupkan untuk memudahkan aku meniti titian sirahnya nanti?

Makin bergetar laju jantung ini...
Apakah yang kukejar selama ini?
Adakah diterima amalan kebaikan yang pada hematku bernilai tinggi?
Adakah dosa yang sering kulakukan tanpa sedar itu telah diampunkan Ilahi?

Lemahnya aku
Hinanya aku
Andai aku masih tidak melihat dengan mata hati disalut iman
Andai aku masih lalai dan alpa dengan bisikan syaitan
Biarlah hati ini lara di dunia ini
Biarlah airmata ini menitis tanpa henti
Namun ku pasti
Itu semua hanya sementara
Itu semua dugaan dan ujian dariNya

Berikanku kekuatan Ya Ilahi
Kerana tanpa izinMu aku tak mungkin disini
Dengan sedikit ilmu yang dipinjamkan buat diri ini
Moga aku dapat terus berbakti
Mendidik pewaris perjuangan ini
Menyelidiki rahsia alam yang tersembunyi

Tabahkan hati ini Ya Ilahi
Kerana tanpa kekuatan dariMu aku tak mungkin mampu berdiri
Menongkah arus kehidupan yang penuh dengan kejutan tanpa henti
Menuntut kesabaran dan jatidiri

Aku renung sekali lagi.........

Lalu hatiku kini lebih yakin dan ceria
Untuk apa diratapi kesedihan dan duka
Yang pastinya satu hari nanti akan terlerai jua

Semoga ...
Mentari bahagia akan bersinar juga.....
Pastinya...
Dengan izin dariMu...Ya Allah..Tuhanku Yang Maha Mengetahui segalanya.....

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino