Semalam adalah hari aktif. Ahahaha..bukanlah aku ni penyokong setia hotlink. Petang semalam, ditemani cik Ust dan seorang student, aku ke umah kak Awwa, amik pokok. Ahakss..bunyi cam pelik je. Kesimpulannya, aku amik pokok bunga kantan dan aku kebas sekali semua bunga kantan kat umah kak Awwa. Hihihi..mekasih kak..selalu je nyusahkan akak dan keluarga. Ni gambar-gambar yang diambil selepas pulang dari umah kak Awwa sebab lupa bawak digital camera. Credit to cik Ust dan cameranya.


Ni khasiat bunga kantan. Credit to melur.com
Bunganya boleh mengawet muda.Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin.Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.Amalkannya untuk beberapa kali.Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga


2 comments:
wahh terornyer hias bunga :) cantik
Saya suka buka kantan ni. Kalau diletakkan dalam nasi kerabu ke... Ada aroma dan ummp yang tersendiri. Tetapi sebenarnya bunga kantan ini amat tidak sesuai untuk orang yang berpenyakit angin medu dan uluran.
Post a Comment