Monday, November 06, 2006

13 Syawal 1427...PART 1...


Bermulanya pagi ahad dengan nada nyaring...
"Bang!! Bangun cepat, nak gi pasar tani ni..."
Heheheh..sian plak suami aku kena bangun awal pagi ahad ni...tp..tak kisahlah tu. Bangun awal jugak.
10 minit ke pukul 7 pagi kami dah dlm perjalanan ke pasar tani mega Shah Alam. Mega sungguh pasar tani tu. Ada ke patut tempat letak kereta yang biasanya disediakan masih belum di naikkan palang penghalangnya tu. Hangen satu badan, pusing keliling stadium last2 park kat tepi jalan. Lantak le. Sapa suruh tak buka parking biasa tu.
So aku pun jinjinglah bakul antik aku tu...cari tulang and daging, mahalnya rege dua benda ni sekarang. Pastu beli ayam setengah ekor..
"Dik, tolong buang kulit and potong kecik-kecik ek.." adik jual ayam tu mengangguk je.
Pastu gi beli ikan, sotong dan sayur-sayuran sket. Then cari nasi lemak, mak aaiiii...nasi lemak kukus le konon dengan kerang and telur goreng RM4.50. MasyaAllah...hajat nak beli 2 bungkus...tak jadi...beli sebungkus je. Sebungkus untuk aku, aku beli nasi lemak taman tun, bungkus daun pisang RM1.10, puas ati..heheheh...pastu beli kuih jenderam. Kat umah aku panggey kuih telinga batak. Ntahlah sapa punya telinga agaknya...hahaha...eiyarrkkk...geli plak aku...Masa dalam kereta tetiba memori aku terlintas rupa kek...spontan...
"alamak bang.....!!!!" hubby aku tergezut dengan jeritanku yang ala-ala rita rudaini dalam potret mistik tu...
"haa..kenapa yang?" hihihihihi....aku pun selamba je jawab.
"takde apa, tiramisu tak buat lagi...," hahahahah...
Balik umah..banyaknya benda aku nak kena buat ni. Pukul 11 dah nak kena gerak gi umah kak awwa.
Langkah pertama, keluarkan tulang-tulang tu, buang lemak-lemak tepu yang mengingatkan aku pada lemak tepu yg ada dalam badan aku jugak...hahahahahah...
Pastu basuh and masukkan dalam stock pot yang geng aku hadiahkan masa walimah 2 tahun lepas...masukkan halia setongkol sederhana, bawang putih and then selongkar kitchen cabinet utk cari sup bujut adabi
"adabi...melazatkan ...adabi menyelerakan......mengandung pelbagai rempah..melazatkan kari dan kuahhh...kari dan kuah??? habis tu sup?...." hahahaha...apa sajalah yang ko merepek ni epel?
Sup atas dapur dah...ok..sarapan plak..buat air nescafe utk hubby, aku plak...teh plain...kurangkan gula dalam minuman...tambahkan manis dalam senyuman...chewahhhh....
Pas sarapan, aku kembali ke dapur semula, tambah air dalam stock pot, kuarkan segala ikan dan sotong serta ayam dan mulalah kerja pembersihan dan penyimpanan stok dalam peti sejuk. Mujur abang kat pasar tani tadi dah tolong buang perut ikan-ikan yang aku beli tu. So aku cuma bersihkan dan basuh serta simpan dalam plastik sebelum di sumbatkan ke dalam freezer. Pas basuh lauk-pauk tu aku basuh plak sayur-sayuran. Teringat plak..ehh...kak awwa kata nak buat sambal mangga, cili idup ada tak? takkan nak guna cili padi sumenya..kang perut aku jugak yang berdondang sayang. Emm...cemana ye..
"bang....tolong call kak awwa tanya dia ada cili idup ke dak kat umah?" heheh...abang fazell yang jawab.
"cili padi adalah..."
So, cili idup, terung 2 biji dan timun sebiji dimasukkan ke dalam bekas plastik ice cream. Periuk nasik pun aku kuarkan.
Pastu aku buatkan tiramisu, siap tu masukkan jap dalam peti...pastu aku pun mandi and bersiap. Pas dah siap2 tetiba terasa letih. Aku dengan selambanya baring atas katil, hubby geleng-geleng pala...heheheh...aku janji dengannya, pas 10 minit aku bangun. 10 minit? ye ke? hahahahha...20 minit pastu baru aku kalut2 masukkan barang-barang dalam kete, hubby dok buka gate dan bule plak dia ada mood nak bersihkan pokok bunga kat square depan umah tu...alahai...aku dah mula nak bebel ni...seb baik dia benti sebelum aku sempat memulakan ceramah aku. Hihihihi.

Sampai umah kak awwa, kak lia sedang bertungkus lumus memasak. Banyaknya kak lia masak. Kagum aku dengan semangat setiakawan kak lia ni. Sanggup dia susah payah untuk gembirakan hati sahabatnya, kak awwa and family. Ni barulah bule aku kategorikan sebagai ikhlas dan sayangkan sahabat. But still, the meaning of ikhls is yet to be treasured. Siapalah kita sebagai manusia yang banyak kelemahan ni nak menilaikan. Semoga Allah jualah yang membalasnya kak Lia. Hidup memang banyak dugaan, bila diuji, keimanan kita pun meningkat hendaknya.

Nani and the gang pun sampai kol 12.30pm..alhamdulillah...ramai jugak yg ada...anak buah kak awwa pun ada membantu. Rajin anak dara kak Awwa tu. Boleh diharap. Hafiz sebagai anak bujang kak awwa memang sgt bule diharap. Shima mintak dia amikkan pucuk ulam raja..sepantas kilat dia pi amik...tuang budu le pulok sek mek soghe ni...tak po..budu sedak!!..hihihihi


Pas solat zuhur, acara makan. Bestnya tengok lauk-pauk yang ada..alhamdulillah..murah rezeki hari ni. Mujur tuan umah ada 2 buah meja yang just nice for all of us. Baca doa makan dan sedikit doa selamat. Mudah-mudahan diberkati perhimpunan kami ini. Ameen.

Sambung plak la nanti...nak buat keje pulok....

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino