Monday, November 13, 2006

Bluppi..Guppi...Puppi..


Hihihi...apalah pi banyak sangat tu.
Semalam aku gi pasar tani mega. Macam biasalah, aku limitkan duit yang aku bawak sebab lagi banyak bawak lagi banyak habisnya. Tujuan utama nak beli ayam untuk masak nasik ayam untuk tetamu petang nanti. Aku plak teringin nak buat pengat pisang yang ikut citarasa aku walaupun aku sebenarnya tak pernah buat pengat pisang dan nasi ayam. Hentam sajalah. Ikut imaginasi ok kot. Hihihihi.
Aku beli sayur, bawang, kentang, garam, rempah ratus dan beberapa item lagi. Nak beli kerepek, tapi was was plak dengan rasa dan tarikh luputnya. Dah terkena sekali beli kerepek yang dah agak tengik. So aku tak jadi beli kerepek. Tetiba aku nampak gerai kecil ada banyak ikan yang dipamerkan. Wahhh...ini sudah bagus.
Aku pun gi ke situ dan tengok ada macam-macam jenis dan warna ikan laga. Cantik-cantik. Geramnya aku. Kat rumah dan bilik pejabat aku memang ada pokok yang hidup dalam air dan masalah besarnya ialah nyamuk menumpang teduh untuk jadi tempat membesarkan keluarga plak. Bahaya. Memang aku dah lama nak beli ikan laga ni. So aku belek-belek ikan-ikan yang cantik-cantik tu. Kata jurujualnya, "RM 2 seekor cik," Aku angguk-angguk kepala sambil memilih lagi.
Akhirnya aku beli 3 ekor, lengkap dengan tap water dechlorinator, fish pellet dan juga batu-batu kecil hiasan. hihihi. Tak pasal-pasal je abes RM15 duit aku. Takpelah.
Selesai membeli-belah, aku tunjukkan pada hubby ikan yang aku beli tu. Sangat teruja dia rupanya. Aku pun teruja jugak. Tak sabar nak decorate glass vase yang aku letak pokok-pokok aku di rumah dan di opis.
Balik rumah, kami segera masukkan ikan-ikan tu ke dalam 3 bekas berasingan. Aku tukar dulu air, titiskan chemical nak dechlorinate air dan curahkan batu-batu serta letak pokok sebelum ikan tu diperkenalkan kepada habitat barunya.
Nama ikan-ikan tu...Bluppi, Guppi dan Puppi.
Buat peneman dan penghilang kebosanan di kala sunyi dan bosan. Hihihihi....

1 comments:

fireflies on Monday, November 20, 2006 at 2:29:00 PM GMT+8 said...

nak beli jugaa ikan laga macam tu best besttt...kita tumpang zikir ikan ..hati tenang tengok ikan berenang sambil ikan tu berzikir..

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino