Wednesday, April 30, 2008

Syukur...syukur..


Alhamdulillah.Allah berfirman;" Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. "Al-Thalaq : 7" Kerana sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. "Al-Insyirah : 5 - 6Saya dan suami menghadapi masalah dengan pembelian rumah. Ceritanya ada di sini, di sini dan di sini. Hari ini hari terakhir untuk pembayaran dibuat oleh BPP kepada pemaju dan esok secara automatik surat...

Monday, April 28, 2008

Merkuri


Sudah dua minggu saya cuba mendapatkan keputusan dari eksperimen yang saya jalankan. Sudah dua minggu juga saya hampa kerana ada sahaja yang tidak kena dengan peralatan yang digunakan. Setiap kali ada masalah, saya akan menghubungi pembekal, dia akan datang dan masalah itu diselesaikan dalam jangkamasa tidak lebih dari seminit. Saya mula berfikir macam-macam. Saya ada lebih 20 sampel untuk dianalisis, tetapi masih belum ada lagi...

testing


test...

Friday, April 25, 2008

Berita


Pagi semalam saya menerima emel dari sahabat sekuliah di USM dahulu. Khabarnya- Dr Ang kembali ke alam baqa.Saya terkejut. Dr Ang adalah pensyarah yang paling awal saya kenali untuk subjek Kimia Farmaseutik. Killer subject buat kami semua dahulu.Mendiang belum pun mencecah usia 40 tahun. Maut tidak mengenal usia tua atau muda, kaya atau miskin dan bijak atau sebaliknya. Apabila tiba saatnya, terpisahlah roh dari jasad. Semalam...

Wednesday, April 23, 2008

TNB ohhh...TNB


2 hari lepas saya menerima notis pemotongan bekalan elektrik buat kali ketiga. Masalah ini sudah berlanjutan semenjak saya berpindah rumah pada 1 Mei 2007 sehinggalah kini. Perbezaan bacaan meter sebenar dengan anggaran berlaku kerana meter terletak di dalam rumah dan tuan rumah saya masih belum mahu mengalihkan meter tersebut ke luar.Masalah berlarutan sehinggalah selama 2 bulan (Oktober dan November 2007) saya terpaksa merekodkan...

Tuesday, April 22, 2008

Kad dan bunga


Saya mengajar secara part time di kolej PPU di Melaka. Bukan setiap minggu, hanya 2 kali sebulan. Saya sebenarnya agak keberatan, tetapi atas pujukan KP di sana, yang merupakan senior saya semasa di USM yang saya kenal hanya melalui nama kerana beliau juga aktif dalam persatuan, saya gagahkan juga. Jika suami saya sibuk saya akan pergi dengan...

Lagi...


Saya kemaruk menulis agaknya. Hihihi...Urusan dokumen dan pembayaran rumah yang kami beli tertangguh lagi. Terima kasih tidak terhingga buat peguam yang menguruskan dokumen saya kerana terlupa menandatangi dokumen yang dihantar mereka ke BPP dan juga kerana tersilap memasukkan amaun pinjaman sebenar. Saya sudah tidak mahu komen tentang itu....

Monday, April 21, 2008

PESTA BUKU


Saban tahun saya akan berpeluang ke pesta buku untuk memilih buku bagi kegunaan fakulti. Itu kisah 4 setiap tahun semenjak empat tahun lepas. Tahun ini adalah tahun pertama saya tidak ke pesta buku atas kapasiti 'pemilih buku'. Seronok memilih dan meletakkannya di rak FF, UiTM kerana bajetnya seolah tiada had. Apa sahaja boleh dipilih. Wah..bahagianya....

SELAMAT TINGGAL


Ini kisah benar ahli keluarga rapat kami. Sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama satu tahun empat bulan telah nekad untuk memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah. Perit untuk ditelan si isteri. Kasihan dia. Saban hari menangis dan menangis. Mungkin benar, bukan silap keduanya sekali, namun si isteri perlu tabah. Teringat luahan hatinya pada saya, "saya takut..takut untuk memegang gelaran...

Thursday, April 10, 2008

SYUKUR


Syukur Alhamdulillah...Semalam, saya dapat menghubungi pegawai bertugas di BPP. Saya amat bersyukur dengan kemudahan urusan saya. Sejuk hati saya apabila pegawai bertugas tersebut-tidak menjanjikan urusan saya akan dipercepatkan tetapi katanya akan mencuba, dan pesan pegawai tersebut lagi, "puan berdoalah ye, sebab cepat atau lambat ini adalah rezeki Allah kurniakan."MasyaAllah..Subhanallah..setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan....

Tuesday, April 08, 2008

MARAH


Saya tidak pernah menengking service provider- walau seteruk manapun perkhidmatan yang diberikan. Paling hebat pun saya membebel tapi masih dengan suara dan nada yang sopan. Akan tetapi setelah terlalu lama bersabar dengan legal firm yang menguruskan urusan pembelian rumah kami- legal firm ini dilantik oleh pemaju, jadinya segalanya adalah percuma. SPA, LA dan MOT ada percuma, inilah jadinya. Sudah 3 bulan 1 minggu selepas tarikh...

Wednesday, April 02, 2008

1212


Saya dan suami ke acara 'treasure blitz'. Ada cabutan bertuah. Itu fokusnya. Kami pergi tanpa sebarang harapan besar..harapan kecil tetap ada. Hadiah utama, LCD Plasma 42 inci. Wahhh!!..saya terfikir, kalau dapat pun, nak letak di mana. Hadiah kedua juga LCD Plasma tapi 32 inci. Hadiah ketiga, sistem teater rumah. Keempat, saya tidak ingat....

Pokok terung, buah naga dan orkid


Inilah hasil tangan mak yang sempat saya rakamkan. Mak sangat teruja bila mengetahui saya mengambil gambar hasil usahanya dan menayangkannya di blog saya.Buah naga..mak dah menuai hampir 40 biji dari kebun yang terletak di belakang rumahPokok terung- projek terbaru mak. Ada lebih 20 batang telah dipindahkan ke dalam pasu dan juga atas tanah.Orkid...

Terima kasih


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah Yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.Saya dan kaklong membawa mak menjalani pemeriksaan di hospital pakar Seremban. Kaklang yang memaksa memujuk mak dengan diplomasi. Darah mak diambil dan dianalisis. Sejam kemudian, doktor memberitahu mak disertai dua pegawai pengiring..hihihi..gula dalam darah mak tinggi..yang paling tinggi setakat ini. Itu yang menyebabkan mak sangat letih dan tidak berdaya....
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino