Friday, October 24, 2014


Selepas empat tahun, saya buka kembali ruangan ini. Apabila saya baca kembali posting yang lama, ermm...ok. Saya sedari, mungkin saya sudah lebih mengenali dunia dengan pengalaman berbeza :) Saya...syukur pada Allah kerana saya telah berjaya menamatkan apa yang saya mulakan dahulu..lama dahulu. Namun, nikmat Allah berikan sangat banyak. Suami sudah menamatkan pengajian diploma dan sekarang sedang meneruskan perjuangan ke...

Monday, August 08, 2011

Tiga puluh empat


Ianya hanya satu nombor yang tiada siapa tahu di mana pengakhirannya.Moga diberikan keberkatan dan dihalakan ke jalan yang benar menuju syurga idaman.Syukur ya Allah atas nikmatMu yang terhitung banyaknya.Terima kasih bonda dan ayahanda atas kesudian menjagaku dan menyayangiku sedari dalam kandungan sehingga saat ini.Suamiku, atas kesediaan dan cinta menerimaku seadanya.Saudara sedarah dagingku...atas rasa ukhuwah dan kasih sayang...

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan....kenangan diri...


Zaman kanak-kanak dan awal remaja.. Ramadhan bermakna puasa..no food and drinks day time. Jalan kaki pergi dan balik sekolah dan kadang kala arwah apak jemput dan hantar atau mungkin ada parents kawan-kawan yang sudi menumpangkan. Balik sekolah tolong mak prepare untuk gerai kuih muih yang akan dibuka seawal 4.00 petang. Masa inilah saya...

Tuesday, June 07, 2011

Penyet


Saat begini rasa macam nak jadi segala superhero yang ada dalam komik...Moga diberikan kekuatan, ketabahan, ketahanan mental dan fizikal...moga Allah permudahkan...ameen...ilmu itu milikNya...hanya pinjaman pada makhluk manusia.Harapan saya untuk pertemuan esok hari...'Semoga saya tidak menjadi cekodok penyet selepas itu'....hahahah...doakan... nota:1. Bukan viva....discussion biasa je,..saya terlebih cuak sebab dah terlalu lama...

Friday, June 03, 2011

Anugerah


Apabila saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia sahaja dan bukan di universiti terkemuka di luar negara, banyak yang bermain di fikiran saya. Keputusan itu diambil kerana ketika tawaran biasiswa mula diiklankan, suami saya baru sahaja menerima tawaran pekerjaan setelah hampir 2 tahun menjalankan pernigaan kecil-kecilan. Itulah pengorbanan suami saya untuk sebuah ikatan perkahwinan. Meninggalkan pernigaan,...

Tuesday, May 31, 2011

Molee Kamal


Saya dan suami mengenali pasangan Molee Kamal dan Kerp selepas perkahwinan kami. Ketika itu kami aktif dalam pertubuhan NGO untuk individu kelainan upaya. Suami saya memang aktif dan lawatan demi lawatan kami ke Wad Kayu HKL menemukan kami dengan Molee dan Kerp. Senyum terukir di bibir dan kami berkenalan. Banyak juga aktiviti yang kami sertai...

Thursday, May 19, 2011

Air dicincang


Tak akan putus.....Kasih yang utuhTakkan teruraiJangan diingat bisanya kataKerana lidah bertulang tiadaLupakan saja andai ada sengketaMogakan bersama sampai ke syurga Berkat....selamanya...ameen.......

Wednesday, May 18, 2011

Biarlah gambar berbicara...hahahaha


Tarikh: 6 Mei 2011Lokasi: Pavillion, FF3, PAMajlis: De-stress of NDBPRC.....Verdict: Semua orang gembira...makan sampai kenyang...AlhamdulillahNext agenda: Siapkan paper(s) dan thesis.....Apa kata sifu: Enjoy hard...work harder...Kami kata: Baiklah....Doa kami: Moga aim nak konvo tahun depan tercapai...ameen.... ...

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru


Malam tadi saya menonton filem Laskar Pelangi. Kemudiannya hampir semua saluran menyiarkan filem/telefilem berkaitan guru. Owhh...yelah, hari ni kan Hari Guru.Laskar Pelangi sebagai filem tidak menghampakan. Errmm....menitik juga airmata saya ketika pakcik Cikgu Muslimah meninggal dunia di Sekolah Rendah Muhammadiyah. Lintang sebagai anak...

Monday, May 09, 2011

Guru saya


Hampir 2 bulan lepas, saya mendapat perkhabaran, salah seorang pensyarah saya ketika di PPSF, USM berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi pembedahan pintasan jantung. Sedihnya hati ini dan tidak putus mendoakan agar beliau akan sembuh segera. Beliau seorang pensyarah yang hebat dan sangat mengambil berat akan kami-pelajar-pelajarnya yang nakal dan banyak akal.... Beliau sering membuat majlis mengumpulkan para pelajar untuk...

Wednesday, May 04, 2011

Pesta Kain dan Pesta Buku


Sabtu lepas, tercapai juga hasrat hati saya ingin ke Pesta Buku di PWTC. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya selalunya pergi bersama suami. Hari Ahad dan awal-awal pagi.....akan tetapi tahun ini, oleh kerana PBAKL bertembung dengan peperiksaan suami pada hujung minggu pertama dan kami pula ada urusan lain hari Ahad terakhir PBAKL berlangsung,...

Friday, April 29, 2011

Sekali air bah


Bukan pantai yang berubah....tapi saya yang macam nak pengsan terperangkap dalam kereta.Hari ni, setelah hampir 34 tahun saya dilahirkan ke dunia, saya menghadapi keadaan kritikal banjir (air naik secara tiba-tiba). Puncak Alam yang berada di kawasan yang tinggi pun boleh banjir. Subhanallah.Perjalanan saya ke tempat kerja yg biasanya hanya mengambil masa 20 minit menjadi hampir 2 jam. Perasaan saya ketika perlu meredah air yg...

Monday, April 25, 2011

April hampir berlalu


Suami saya baru sahaja menduduki kertas peperiksaan terakhir untuk semester Januari 2011. InsyaAllah ada lagi 3 semester sebelum beliau menamatkan pengajian. 3 semester itu bermakna setahun...sepatutnya 2 semester sahaja akan tetapi, beliau bertegas untuk mengambil jumlah kertas yang sedikit bagi 3 semester terakhir. Errmm....moga dapat 4.00 ye bang...hehehe... Saya? Owhh....jangan risau, kerja makmal saya sudah kembali lancar...

Wednesday, March 23, 2011

Sekali lagi


Tiada siapa menduga...saya redha dan pasrah...syukur kerana ada sahabat-sahabat seperjuangan yang sudi membantu saat saya benar-benar sedih dan rasa tidak berdaya melangkah...kepada Mizi dan Nana- terima kasih kerana tolong saya memandikan dan membersihkan....kepada Jaya dan Khaizan...atas bahu yang dipinjamkan untuk titisan airmata saya.....kerana kecewa akibat kerja lab saya tertangguh lagi....benar...perjalanan ini sangat panjang...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino