Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru


Malam tadi saya menonton filem Laskar Pelangi. Kemudiannya hampir semua saluran menyiarkan filem/telefilem berkaitan guru. Owhh...yelah, hari ni kan Hari Guru.
Laskar Pelangi sebagai filem tidak menghampakan. Errmm....menitik juga airmata saya ketika pakcik Cikgu Muslimah meninggal dunia di Sekolah Rendah Muhammadiyah. Lintang sebagai anak genius yang sangat cekal yang akhirnya tewas dengan caturan takdir-terpaksa berhenti sekolah apabila ayahnya hilang di lautan lalu dengan beraninya mengambil alih tanggungjawab membesarkan adik-adiknya. Segalanya tentang watak dalam filem itu yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata sangat mengesankan. Tentunya saya mengenang ketabahan dan kecekalan guru-guru saya yang tidak pernah jemu mendidik saya sedari kecil sehingga kini. 

Menjadi pendidik bukanlah kerjaya pilihan saya. Seusai menduduki peperiksaan SPM, mak meminta saya memohon kursus perguruan walaupun saya telah menetapkan memohon jurusan farmasi semenjak berada dalam tingkatan 4 lagi. Saya ikutkan kemahuan emak akan tetapi kursus TESL itu adalah pilihan ketiga. Saya dipanggil untuk temuduga sehingga ke peringkat terakhir. Semasa temuduga itu seperti yang saya jangkakan, ahli panel bertanya mengapa saya ingin mengikuti kursus ini memandangkan saya adalah pelajar jurusan sains tulen. Jawapan yang memang telah saya hafal adalah: saya ingin menjadi ahli farmasi, akan tetapi, ibu saya mahu saya menjadi guru. Oleh itu, adil bagi kami berdua untuk saya memohon keduanya dan serahkan kepada rezeki dan takdir kerana saya memang berusaha keras untuk kedua-duanya. Panel itu tersenyum dan bertanya lagi andainya saya terpilih untuk program TESL adakah saya akan kecewa kerana tidak boleh meneruskan menggapai cita-cita saya ataupun jika saya tidak terpilih, adakah saya akan kecewa kerana tidak dapat memenuhi hasrat ibu saya. Jawapan saya ringkas, saya akan gembira jika terpilih untuk mengikuti program TESL dan tetap akan berusaha sedaya upaya dan jika tidak terpilih, saya akan mencapai cita-cita saya untuk menjadi ahli farmasi terlebih dahulu dan kemudian akan meneruskan pengajian ke peringkat pasca siswazah dan menyertai bidang akademik...guru jugakan... :)

Kini, disinilah saya....masih terhegeh-hegeh untuk menamatkan pengajian pasca siswazah saya ini....sudah 4 tahun....ye 4 tahun....ada macam-macam soalan dan kata-kata 'semangat' yang saya terima....tidak mengapa. Saya redha dengan kelembapan saya menyiapkan kerja-kerja ini. Hahahaha...doakan saya ye.

Selamat hari guru buat para pendidik. Ikhlaskan niat kerana Allah. Ilmu yang dikongsi bukan milik kita tetapi hanya pinjaman semata....
Shima dan Sifu

Kami di lab petang selepas kejadian....esoknya suhu badan saya naik semula...

Saya, Ekha, Shima dan Aini....pagi hari di DATC

Tiga orang graduan dari kumpulan penyelidikan kami, Ekha, Shima dan Zab

Saya dan Shima...

Saya dan Zab

Saya dan Ekha

Shima dan bunga-bungaan


Nota 1: Tahniah buat Shima, Ekha dan Zab kerana menerima ijazah sarjana di majlis konvokesyen UiTM pada khamis lepas.
Nota 2: Aen, Bobot dan Abangteh akan mendaftar diri untuk program UiTM pada 21,22 dan 23 Mei ini. Syukur atas usaha mereka, mereka berjaya melayakkan diri....makteh tak tolong apa-apa ye...hanya tolong mendoakan dan memberi pendapat program yg sesuai....
Nota 3: Saya demam minggu lepas...hingga kini suara masih serak-serak sengau...hihihi....

5 comments:

Noor Shahida bt Ajmi on Monday, May 16, 2011 at 4:24:00 PM GMT+8 said...

Selamat Hari Guru Kak Am..

PynGees on Wednesday, May 18, 2011 at 11:04:00 AM GMT+8 said...

salam cik am...

1. selamat hari guru...nape xde hari pensyarah eh...pekata kita tukar kpd 'selamat hari pendidik'

2. cik am..saya ada pd hari kejadian di DATC...saya nmpk kelibat cik am dr kejauhan..ms tu saya betul2 di ruang legar pintu masuk dewan menyambut ketibaan VVIP... rasa nk lari jer jumpa..tp x t'daya krn sdg b'tugas... sya nmpk cik am ditepi khemah plng hadapan dgn pintu msk...

3. moga cik am cpt2 sembuh...

Nor Ramli on Wednesday, June 1, 2011 at 9:44:00 PM GMT+8 said...

Shida..TQ VM
Puan G..
1. Boleh je..jadi hari pendidik...hihihi...tq vm
2. Saya gi teman adik lab yg grad hari tu....sy dok depan tu sbb excited nak tgk Tuanku Canselor...tp paneh bona...baliklah dulu...hahahah
3. Alhamdulillah, tq...dah sihat...:)

shimaashikin on Sunday, June 19, 2011 at 7:16:00 PM GMT+8 said...

1.k.am terima kasih tak thingga ye...xtau cmne nak bls sgala jasa2 baik akak selama ni... =)

2.aini,kakak,mizi n k.am...terima kasih byk2 sudi dtg mase ari konvo aritu...terima kasih x terhingga..=)

3.kakak2 n kawan2 kat lab semua...terima kasih byk2....jasa korang semua amat2 lah d hargai n d kenang sampai bile2...terima kasih semua =)

Yasmin Khairani on Friday, August 5, 2011 at 9:13:00 AM GMT+8 said...

wah seronoknya dapat sarjana mcm akak. harap2 laa satu hari nnt sy dpt ikut jejak langkah akak...aminnn :)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino