Monday, April 25, 2011

April hampir berlalu


Suami saya baru sahaja menduduki kertas peperiksaan terakhir untuk semester Januari 2011. InsyaAllah ada lagi 3 semester sebelum beliau menamatkan pengajian. 3 semester itu bermakna setahun...sepatutnya 2 semester sahaja akan tetapi, beliau bertegas untuk mengambil jumlah kertas yang sedikit bagi 3 semester terakhir. Errmm....moga dapat 4.00 ye bang...hehehe...

Saya? Owhh....jangan risau, kerja makmal saya sudah kembali lancar selepas tersangkut akibat jangkitan kutu sekali lagi pada tikus-tikus saya. Saya terpaksa meminta bantuan Mizi dan Aini untuk memandikan 'budak-budak' itu....saya memang geli dan takut dengan tikus dan hampir kesemua binatang...kucing menggesel-gesel di kaki pun saya dah hampir pengsan ketakutan. Setelah hampir 5 tahun berurusan dengan tikus-tikus ini, saya sudah jadi berani sedikit...tapi takut masih banyak...jadinya, untuk urusan-urusan yg perlu pegang lama-lama dalam keadaan ianya sedar dan sangat waras...lebih baik saya tidak cuba melakukan perkara yang mungkin akan saya sesali di kemudian hari...hahahaha. Jika ianya sudah mabuk diethyl ether ataupun tertidur selepas disuntik ketamine xylazine tidak mengapalah, itupun, jika tikus itu 'terbatuk' sedikit saya sudah melompat secara virtual....hahahah....Ada juga sahabat-sahabat yang 1 batch mendapat biasiswa sudah melalui viva dan sudah bergelar Dr....tidak mengapa, saya redha dengan kelewatan ini. Masa bergerak pantas dan saya sering tercicir dan diuji dengan pelbagai perkara. Allah mahu saya lebih kuat untuk menempuhi dunia kerjaya yang tentunya lebih mencabar dari yang telah saya tinggalkan hampir 4 tahun ini.....

Saya ada banyak perancangan untuk dilakukan- Pesta Buku pun saya sangat teringin hadiri. Namun begitu, saya perlu merancang menyiapkan kerja yang berbaki dan memastikan baki akaun saya mencukupi untuk program jalan-jalan cari ilmu bersama Puan J dan Puan K nanti....heheheh....nanti saya update jika diizinkan Allah saya ke program tersebut ye....green light suami sudah diperolehi, green light sifu juga menyala terang...cuma tinggal usaha kami bertiga menyiapkan apa yang diperlukan untuk membolehkan kami berjalan-jalan....

Nota 1: Saya mendoakan agar pembedahan mengeluarkan ketumbuhan adik ipar kakak saya akan berjalan lancar, diberikan kesembuhan oleh Allah dan beliau akan meneruskan kehidupan dengan lebih gembira...

Nota 2: 2 bulan lagi sebelum saya melapor diri untuk bertugas semula. Semoga saya dapat siapkan semuanya sebelum itu. Ameen....

3 comments:

Anonymous said...

chaiyok ye kakam!
p/s:jadi ke mu nak buat pintu lab mu sebelah pintu opis mu tue..berdebar gue bagi pihak student mu nanti..ekeke

Noor Shahida bt Ajmi on Wednesday, April 27, 2011 at 11:28:00 AM GMT+8 said...

salam akak...lama tul nak tau update terbaru..akak letak la gambar2 skit..teringin nk tgk lab baru..

Nway, semoga semua kerja akak berjalan lancar..:)

umeboshi on Thursday, April 28, 2011 at 9:17:00 AM GMT+8 said...

Am...selamat maju jaya, selamat membereskan semua perkara. ciknoora sekeluarga dah pegi pesta buku pada ahad lepas. byk borong buku anak2 aje...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino