Monday, May 09, 2011

Guru saya


Hampir 2 bulan lepas, saya mendapat perkhabaran, salah seorang pensyarah saya ketika di PPSF, USM berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi pembedahan pintasan jantung. Sedihnya hati ini dan tidak putus mendoakan agar beliau akan sembuh segera. Beliau seorang pensyarah yang hebat dan sangat mengambil berat akan kami-pelajar-pelajarnya yang nakal dan banyak akal....

Beliau sering membuat majlis mengumpulkan para pelajar untuk diberikan motivasi percuma, menyusun supaya ada pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi supaya tidak putus keturunan kami di PPSF. Sayalah salah seorang yang dididik dan diasuh supaya menyambung pengajian...bukan kerana saya bijak pandai tetapi kerana minat saya menjadi seorang pendidik (menyampaikan hajat mak yang ingin anaknya menjadi guru). Jika mempunyai masalah, pasti beliau yang akan kami cari untuk sesi bicara hati...dan tanpa jemu walaupun ketika di tahun akhir, beliau bercuti sabatikal, tapi masih beliau mencari masa untuk berjumpa kami yang dalam kekaburan dan kesulitan ini. Sebagai pendidik....memang beliau seorang yang hebat-segala material pengajaran adalah yang terkini....bukan yang 20 tahun lalu....beliau adalah idola saya....

Rabu lepas, saya bermimpi berjumpa beliau...di dalam mimpi itu saya lihat beliau menangis tanpa suara- akal saya mentafsirkan, beliau sedih dengan keadaannya yang tidak mampu bergerak seperti biasa....saya terjaga awal pagi dan terus berdoa agar beliau akan sembuh kembali...

Jumaat lepas, beliau diterbangkan ke HUSM untuk rawatan lanjut. Sebaknya hati saya...doakanlah untuk mentor saya, Prof. Madya Dr. Abas Haji Hussin agar beliau sembuh dari komplikasi tersebut....saya insyaAllah akan terus mendoakan beliau...moga Allah memberikan  keampunan dan kesembuhan buat beliau, diberikan kekuatan untuk keluarganya bagi melalui detik getir ini....

Nota 1: Saya sakit tekak dan batuk-batuk...
Nota 2: Rancang nak jalan-jalan dengan suami semalam....akhirnya terperap di lab....

1 comments:

nsha48 on Tuesday, May 10, 2011 at 10:00:00 AM GMT+8 said...

Hmm...dah lama dah Prof. Abas koma kat hospital..semoga dia sihat kembali seperti sedia kala..

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino