Thursday, August 30, 2007

MERDEKA!!!!!!!!!


ah.. (kredit gambar : utusan.com.my)
Tahniah kepada pasukan bolasepak negara bawah 23 tahun yang berjaya merampas kejuaraan dari Myanmar dalam piala pestabola merdeka.
Apa kaitan aku ngan bola?
Aku tak main bola [pernahlah main futsal tu pun buat jadi pelengkap pasukan je..I am not a sportswoman...naa aaa...not me...]
Akan tetapi, aku sangat minat TENGOK perlawanan bolasepak.
Aku tak tahu bagaimanakah minat yang satu ini mula bercambah, yang pastinya, sejak sekolah rendah, aku selalu pergi menonton [read: menjadi tukang sorak yang sangat fanatik dan jeritan aku biasanya lebih kuat dari crowd yang ada...hahahahah...aku ahli pasukan nasyid dan koir sekolah (to USM) dan pernah memiliki vocal range yang sgt besar..soprano ke namanya..hihihi...but I lost it bit by bit...thanks to my chronic tonsilitis..]
Aku rasa..dan mak pun punya pendapat serupa, minat bola sepak aku ni aku warisi dari arwah apak. Arwah apak selalu menonton perlawanan bola sepak di sekolah aku, di stadium MPS Seremban (masa tu stadium Paroi tu belum ada lagi) dan juga siaran langsung/tertunda di RTM1 atau RTM2. Aku pulak bila masuk darjah 4, sesi persekolahan pagi, petangnya bila ada perlawanan yang melibatkan sekolah aku sama ada di padang sekolah atau padang sekolah orang lain (ada rombongan penyokong) aku akan turut serta. Ianya sangat menyeronokkan sebab pasukan sekolah aku dulu sangat hebat. Juara daerah ye...hikhikhik...striker aku dah tak ingat nama tapi ramai peminat (biasalah tu...). Bila aku dah selalu sangat gi tengok bola, arwah apak mula tak senang hati, yelahkan..kalau anak bujang yang gi tengok bola takpe gak. Ini aku..anak dara dia yang sihat dan montel ni. Muahahahah...akhirnya arwah apak pesan kat mak, no more football match for epel.
Sehari dua hari tiga hari aku ikut..tapi bila team sekolah aku dapat masuk final daerah dan perlawanan kat padang sekolah aku..takkan aku tak nak pergi plakkan? Akhirnya aku pergi gak. Mak sporting, mak kata, pandai2lah balik awal nanti sebabnya arwah apak jadi tetamu jemputan sebagai PIBG committee. Pas perlawanan sebab terlampau seronok bila jadi champion..aku lupa nak balik awak (walhal aku nampak arwah apak yang duduk kat khemah jemputan tu balik...). Aku kantoi...aku tak kena marah tapi aku dapat jelingan yang sangat tajam as arwah apak was not a man of words..tp jeling2 je..tak pukul...aku tak pernah kena jentik pun dengan arwah..Lepas dari tu, aku dapat full freedom nak gi tengok football match. Mak kata, kuah nak tumpah kat mana lagi kalau bukan kat nasik...huhuhu..aku jadi nasiklah plak.
Masa sekolah menengah, aku kurang sket sbb menengah rendah aku skolah agama. Takde girls yang gi tengok football match wp aku NAKKKKKKKKKKKKK sangat gi tengok. Walaubagaimanapun, peluang akhirnya datang jugak bila aku join team MASKAN (aktiviti akademik dan sports utk sekolah2 menengah agama kerajaan NS). Masa ni aku wakil sekolah utk kuiz agama (ehemm...johan negeri ye) dan patutnya wakil syarahan bahasa arab (aku hafal je..makna tahu sket2...) tapi jadual pertandingan kuiz dan syarahan bertembung, so naib johan sekolah yang wakil syarahan dan dia jadi johan..since kuiz aku menang gak takdelah terluka sgt hatiku ini.....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Tibalah perlawanan akhir bola sepak, aku gi tengok dan sebab aku memang penyokong yang berguna kepada team, bangsa dan negara (hahahah) aku pun telah terlupa yang waktu tu aku berbaju kurung dan bertudung labuh (pakaian seragam sekolah). Aku tak ingat team sekolah kitorang menang ke kalah, tapi strikernya tergolek kat kaki aku sebab kejar bola dan terbabas dan mencederakan kaki aku (kena spike tajam tuhh...sakit sehhh). Lepas match tu, aku kena bebel ngan senior (lady of course) sebab terover dose plak menjerit...hihihi..padan muka aku.
Masa kat MRSM, aku takde geng nak tengok bola and it was always the match between jasin and terendak yang berlangsung dengan keganasan siap gaduh2 baling botol kasut segala. Lagipun masa tu, kawan baik aku sangat baik dan bersopan orangnya..dia tak gi tengok match nih. Akan tetapi, waktu aku form 5, masa tu ada final round world cup. Wahhh.....mana bule tengok sebab match waktu pagikan. Masa tu US yang jadi tuan tanah. Final match tu antara Italy dan Brazil. Kami yang minat bola ni semuanya dengan sepenuh hati mintak kebenaran warden nak tengok match tu (Senin pagi- kol 4 rasanya start). Warden tak bagi kata putus sampailah pengumuman masa balik kelas prep (preparation class- wat homework, wat revision, seludup walkman and tidur once in a while...)
"assalamualaikum..perhatian kepada semua pelajar puteri, sesiapa yang ingin menonton perlawanan akhir bola sepak piala dunia, sila berikan nama anda kepada ketua blok masing-masing...ulang suara...daaa diiii dduuuuu dduu diii....terima kasih..."
Semua yang minat bola menjerit dan bersorak dengan pengumuman tu. Aku pun antara yang awal mendaftarkan diri untuk jadi penonton. TV kat dewan selera (DS) (teringat plak aku kat classmate aku yang sgt jahat(nakal sebenarnya) yang kami gelarkan kucing DS..hahahahah). Pagi tu around 3.30am, bilik2 yang mempunyai nama2 penghuni yang nak tengok match tu diketuk. Mamai2 kami sume g kat DS. Walaupun tu final world cup tapi aku sangat sakit hati sebab both teams, Italy and Brazil main bertahan je..ek elleee...banyak main kat mid field...ni yang nak marah nih. attempt goal pun tak banyak tapi walaupun tak banyak, aku dan kawan2 tetap menjerit sakan mengalahkan boys yang tgk kat DS diorang yang letaknya seberang jalan from ours. Aku sokong sapa? Hahahah...good question..sapa yang menang (lebih pada Italy sebenarnya..). Akhirnya perlawanan berkesudahan Brazil menang dan waktu tu subuh pun dah masuk. Kat kelas Isnin tu puas boys nak tahu sapa yang gi tengok match tapi takde sapa yang pecah lobang. Kalau sekarang aku dah tak kisah tapi waktu tu..girls sume nak jaga saham dan menten ayu depan boys...(wakakakakakakak). Akhirnya bila boys dok rancak bercerita itu ini itu ini..diorg pasang perangkap, cite 1 benda salah...aku pun terus je...'mana plak weii...kan ke mcm ni mcm tu...'
"ko tengok match tu epel??....ko tengok???" budak lelaki gamat gelakkan aku dan aku buat muka toya utk cover sebab terkantoi....anyway...mana ada orang berkenan kat aku pun masa aku sekolah menengah tu sebab aku sangat garang dan tak mesra alam. Kihkihkihkihkih.
Masa matriks aku melebarkan sayap aku dengan upgrade gi tengok bola kat stadium, masa ni team NS kuat..huhuhu..dan stadium paroi pun dah siap. Asalkan ada cuti aku tengok bola..asalkan ada bola aku cuti..hihihi...
Bila start degree year, aku dah takde masa dan jugak aku dah macam tak bape minat, masa ni banyak kes rasuah bola dan jugak team NS dah hampeh. Aku tak minat EPL..aku cuma suka tgk perlawanan local team, piala merdeka, piala asia, piala malaysia, piala sumbangsih, piala segala pialalah dan jugak world cup. Napa aku tak suka EPL? Ntahlah...aku ni kan patriotik sket..hihihi...cumanya aku ada koleksi jam, t-shirt dan jugak kalender, diary etc of Man U. Dulu kakcik aku blaja kat Manchester Uni.
Skrg ni aku dah lost track..since team mesia slalu main dengan main2..takde semangat...asyik pk duit je...dan jugak politiking yg berleluasa dalam persatuan bola sepak...aku jadi malas dan lemau. Apak pun dah takde...kalau tak mesti arwah lah yang akan menonton sume perlawanan di kaca TV. Ermmm..sebaklah plak...
Truly, perlawanan bola sepak is something that links me to apak directly. We shared the same interest...though arwah tak pernah bawak aku gi tgk match dengan sukarela (sbb biasanya aku siap awal2 dan dok tercongok tepi motor suzuki dia...)...hihihi...Tu kenangan yang takkan aku lupakan. Dengan sambutan merdeka ni jugak menggamit kenangan aku pada arwah...arwah sangat patriotik...mesti bendera (2 lagi tau) akan tergantung di pintu pagar rumah. Ni kali kedua arwah takde, bendera tu pun dah tak pasang lagi kat situ...Aku pernah buat satu nukilan tahun lepas...aku selitkan jugak kat sini...
Bendera dan Merdeka
Kala terlihat kibaran bendera
Kekosongan dan kesepian melanda jiwa
Kala itu juga bayangan wajahnya
Melintas di minda
Tanpa sedar
Menitis airmata kerinduan...
Saban tahun tanpa jemu
Akan dikibarkan jalur gemilang di muka pintu
Bukan satu tetapi dua
Sering juga kami tersenyum
dengan kesungguhannya
hilang satu dibelinya satu
hilang dua berganti yang baru
Ahh...menitis airmata ini dengan kerinduan yang semakin sarat...
Merdeka kali ini
Tiada lagi kibaran bendera
Tiada lagi terlihat semangatnya
Tiada lagi wajah cerianya
Pergidengan segala rahsia hatinya
Terpahat kukuh dalam jiwanya
Aduhai airmata...mengapa makin deras kau mengalir
Kini...Hanya kenangan yang ada
Hanya kerinduan yang tak jemu bertandang
Baruku mengerti
ErtiSebuah kehilangan yang abadi....
Al-Fatihah buat Almarhum Ayahandaku...Haji Ramli bin Osman yang tak pernah lupa mengibarkan bendera kala tibanya detik ulangtahun merdeka....

Tuesday, August 28, 2007

Girls' Day Out...versi bergambar


Girls' Day Out...


Post grad club kat sini banyak buat aktiviti...
Aku tak join their first one sebab masuk ward hari tu...
Apparently (???...napa aku guna perkataan ni...???...hahahahah) aku nak ajak mak gi FLORIA kat Putrajaya sebab mak ada sebut last week. Aku pun teringin gak nak melawat tempat tu...
Pastu mak call bagitau dia ada projek besar hari ahad..so takleh ikut...huhuhu...macam-macam mak nih..ada je benda dia nak buat.
Aku pun ubah rancangan...ikut adik2 post grad yang lain gi picnic kat Sg Sendat, Hutan Simpan Batang Kali, Ulu Yam Baharu...Thanks to hubby yang bagi izin utk gi..wp tak dibenarkan mandi...smp pinggang je berendam..hihihi
Sumenya 10 orang budak itam yang join the riadah..
Malas nak menaip ayat...enjoy the photos!! A lot of them... hihihi...tp bila paste url kat dlm posting ni tak jadi plak..so tgklah gambo kat atas ni ye...

Fuuhh...masih ada rezeki...


Saturday...
Gi Melaka again..jap je dah 2 weeks..
On d way balik..
Teringat sesuatu...
Pantas diselongkar handbag....TAKDE
Bag ngajo...TAKDE
Paper bag...TAKDE gak....
Ingat balik...
Tadi..letak dlm handbag...gi bilik KP...
Pastu gi balik DK...pastu....
OOOOoooOOOOOOOOOOOOOooooooooooOOOOOOOOOOOOO
TIDAK!!!
Tertinggal kat dewan kuliah...
My external hard disc...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dalam tu ada semua hasilan/dokumen/results/data aku..
Sebab aku jarang store apa2 dalam laptop --> laptop slow....sumenya aku dump dalam EHD/portable disc tuh...
Call KP...tak angkat
Call cik Wan...tak angkat
Call Cik Reen...tak angkat
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....waktu tu dah lepas dari alor gajah..dah nak masuk Pedas...takkan nak patah balik...
Last2 dapat call cik Reen...dia bg no cik Wan...
Cik Wan masih ada kat kolej...
KP plak call...KP kata cik Wan dah amik rete aku tu dan dah simpan...
Lega...
Hubby pun tumpang lega..sbb dia akan lebih susah dari aku sendiri if anything happens to my results/data/paper...huhuhuhu....
Alhamdulillah...lain kali jangan lalai...

Monday, August 20, 2007

Plan Lain...Jadinya Lain....


Weekends..
Sabtu..Ada jemputan walimah x-student aku. Kat Gombak..
Ahad..Ada jemputan walimah cousin aku. Kat Labu..
Mak aku tanya..nak gi ke dak yg kat Labu tu. Actually aku tak rapat mana ngan sepupu-sepapat ni. Dont ask me why. I also dont know..huhuhuhu.
Plan asal aku-
Saturday, nak gi wedding kat gombak...
Sunday, nak melepak...
Namun, Allah Maha Mengetahui...sebaik-baik perancangan manusia..perancangan Allah lebih sempurna..
Friday evening
dapat call dari sifu..ada training esok..kol 10.30 am kat lab..utk equipment yang memang penting utk aku guna..Masih lagi ok..sbb sifu kata 2 jam lebih kurang. Aku pun dah janji ngan EnSgBuloh (x-student aku gak) dengan cik akak dia nak gi Gombak dlm 12.30 pm. So sempatlah. Aku siap2lah pakai baju kurung sume gi training tu...
Akhirnya...
Akhirnya started Friday nite, perut aku sakit, memulas, berulang ke toilet, kembung dan segala macam jenis sakit perut ada. Tidur pun tak nyenyak. Sabtu pepagi aku dah msg Cik Akak kata tak larat nak gi- sbb ada appointment ngan sifu and jugak sbb aku sakit perut...ermmm...akhirnya pas abes training dgn mengontrol sakit perut..aku balik umah, lunch dan rehat ngan hubby.
Petangnya aku gi melepak kat umah kakak aku kat puchong..dan menmain ngan budak kecik ni...huhuhu...dah pandai berdiri-diri..and suara dia sgt kuat..huhuhu...geram aku tgk budak ni..Yang blkg budak tecit ni adalah bibik dia ye..
Ahad plak...
Aku yang asalnya tak nak gi walimah cousin aku terpanggil plak nak pegi..chewahh..thanks to hubby yang sudi jadi chauffer buat sekian kalinya..gi ngan mak, along, uda and anak2 sedara. Sampai umah pengantin tu..ujan mcm nak turun, akhirnya, lepas je pengantin berarak ke pelamin (aku ngan family n the rest of rombongan (cousin aku ni tak buat kenduri kat umah dia..so selesai semua kat umah pengantin pompuan...) terus je berarak ke khemah..lapar weiii...lauk pun ngancam..aku pun buat2 lupa perut sakit..dok amik masak lomak cili api rebung ngan perut..besh besh besh..dan lauk2 kenduri yg lain. Lom abes makan ujan dah turun dgn lebatnya. Kompang masih bergema..diorg main kompang bawah khemah..huhuh...seb baik kitorang dok kat khemah lain..kalau tak...mau bergegar gegendang telinga.
Ni mak aku (baju biru) dan mak pengantin (adik arwah ayah...)
Lepas kenduri kendara tu, kami hantar mak balik semban plak. Banyak gak benda aku nak buat nih..waktu sampai semban dah pukul 2.30 ptg. Aku nak visit maklong(kakak arwah ayah aku) yang baru diserang stroke last few weeks. Aku tak sempat jenguk lagi. So pas lepak2, makan2, minum2 kat umah mak, aku ngan hubby ajak mak gi umah maklong plak..sampai-sampai je maklong dah nangis. Ermm...sian maklong, aku teringat arwah ayah aku, masa dia kena mild stroke dulu..arwah pun mcm ni gak..sensitif sungguh...takleh tanya sket, sebut sket pasak kesihatan dia..terus dia menangis. moga maklong tabah dan akan dianugerahkan kesihatan yang lebih baik..insyaAllah..ameen...pas jenguk maklong, kami gi jenjalan kat Jalan Pantai. Nothing spesel..cumanya kami singgah di Jelita Ostrich Farm. Ada banyak binatang kat sini, burung unta of course laa kan..pastu ada flamingo, itik angsa (gerun sungguh aku ngan binatang ni dulu..err...smp skrg pun sebenarnya), unta, rusa, kancil. Dulu diorg ada bela kuda gak..Tapi skrg ni takde plak.
Pas melayan-layan kesegaran udara di tempat tu..kami pun berangkat pulang..chewah...ayat skema..huhuhu
flamingo tepi payo minum ayo...

Itik ang...berbunyi dengan kuatnya...test vocal ke incik itik? :p

Ostrich/burung unta/kasawari...besar..dan agak jinak..tp sbb aku malas nak turun dari kete..amik gambo zoom dari jauh je lahhh. Dulu ostrich kat sini penah kena sabotaj..abes mati berpuluh-puluh ekor...tatau angkara sapa...ish ish ishhh...kijam...sungguh kijammm!!

Unta sedang tergolek dengan jayanya...layannnn!!

Ni plak rusa...besar gak and banyak....

Tulah bila difikirkan...aku plan lain..yang jadinya lain...hope to have a better and wonderful weeks ahead!!


Monday, August 13, 2007

Suatu Hari Di Hari Sabtu...


6.30 am
Melaka trip. Macam biasalah, routine every other weeks.

8.30am-1.30 pm
Lecture. Aku rasa bagi lecture ni addictive kot. Bila aku bagi lecture macam rasa puas ati jer. Huhuhuhu.

1.30pm-2.30pm
Lunch kedai mamak kat MITC - best. Makan telur sotong (nyum-nyum--sisihkan jauh2 the facts of its high cholesterol level) and solat.

2.30pm-4.30pm
Lab plak..adushhh..kaki aku dah menggeletar dah ni menahan kepenatan. Sian tapak kaki aku yg kiut ni nak menampung badan aku yang terlebih kiut. Muahahahah

5.00pm-6.50pm
Melaka-Hentian bas jalan Reko (singgah sebentar di R n R Seremban- beli manggis 3 kg, dukung 1.5 kg dan juga pulasan 3 kg, beli mee udon pepper dan cucur udang..wahh...besh besh...)

6.50pm
Sampai hentian bas jalan Reko setelah makan berkilo-kilo langsat. Jumpalah cik baiksss, bodyguard blog KS. Uiiiii...tingginya budak ni..anak sapalah nih.

6.50pm-8.30pm
Tapau sate kajang kat stadium..last aku gi makan kat situ masa aku undergrad kat USM, tahun 199;, beli kek dan buah-buahan lagi kat Giant Kajang. Pastu sampai umah KS.

8.30pm-10.00pm
Lepak-lepak di umah KS sesambil makan dan sembang. Amik gambo etc.
Sebenarnya kami nak join pot luck kat umah KS anjuran baiksss dan uncle J tu, tapinya last minute, superdupa nak jumpa plak...ermmm...dah janji ngan KS dan baiksss nak dtg. Kami gagahkan juga...lagipun dah lama sgt tak gi umah KS. Sian KS demam..Kak ain nampak runsing je. InsyaAllah kami doakan KS sentiasa sihat dan ceria.
Cik Baiksss bergaya depan sate dan kuah. Steady je kak ain memotong nasik himpit.
Sate kajang dalam bekas bentuk daun pisang..sodap tu..
Uisshh...rajinnya mak dara 2 orang ni...buat apa tu? Huhuhu
Dalam kotak comei kat atas ni...ada so called accelerated brooch pemberian cik baiksss- besday gift utk cik epel..tengkiu so much..I Like....

Hubby dan KS...KS walaupun demam dan tak berapa nak larat, masih mampu tersenyum...cheeessseeeeeee!!!!!!!!!!
Ermm..napa epel sorang je yang sengeh???

Cik baiksss tersenyum simpul reben diapit dua jejaka ensem kontrol macho...huhuhu


10.00pm-12.00pm
Hantar cik Baiksss balik umah uncle dia kat saujana impian. Berkilo-kilo lagi langsat yang kami makan. Thanks to hubby yang sangat sabar memandu walaupun hubby sendiri tak sure jalan. Pemandu Semenyih/Kajang/Putrajaya/Puchong memang canggih aa skil diorang bawak kete. Sampai aku asyik terjerit sebab terperanjat...tetiba muncul kete kat sebelah kiri...tetiba ada orang potong barisan..tetiba plak lagi masuk simpang kanan kiri sesuka hati mak bapak diorang je..hahahah..

12.00pm
Alhamdulillah selamat sampai di rumah. Gembira aku dan hubby sebab dapat juga menempuhi satu lagi hari dengan jayanya. Moga pot luck session di rumah KS esoknya berjaya dan meriah. Kami memohon 10 jari sebab tak dapat join masa sume org ada. Next time insyaAllah.

To KS dan Kak Ain serta anak-anak: Terima kasih menerima kedatangan kami dengan sungguh mesra walaupun short notice. Kami amat menghargainya.

To Baiksss: Sangat gembira jumpa awak...sekepala nampaknya...huhuhu...thanks jugak for the lovely brooch. Though I dont buy 'accelerated brooch' but I do use it on my tudung...hahahahah (kes tak nak beli tapi orang bagi jalan jee...muahahahah)

To uncle J: Baiksss pecah rahsia katanya ada cup cake utk besday girl...uhuhuh...tengkiu wp tak berjaya kulihat rupanya...huhuhuhu....

Semoga silaturrahim berpanjangan. Ameen.




Wednesday, August 08, 2007

T.I.G.A P.U.L.U.H


Pagi-pagi sebelum gi keje hubby nyanyikan utk aku...

Belon ni Dr Ib yang tiup dan bagi..terharu dah...pepagi lagi dah dpt gerombolan belon...huhuhu

Kek ni...CIK UST dan KAK PAH (kakak kesayangan cik UST) yang berikan sebagai tanda ingatan...sob sob...lagilah aku terharu...

Sesambil nyanyi ucapan dan doa hubby untuk aku dan kami berdua..moga panjang umur..murah rezeki..bahagia hidup kami bersama dunia akhirat..cepat habis PhD..

Sedap wooo kek nih...bagus ada kawan mcm CIK UST ni...huhuhu...home made tu...

Terharunya aku..tak penah lagi hubby wat mcm tu..walaupun dalam keadaan cuba mengawal pitching..hahahaha...


Terima kasih buat hubby, family dan sahabat-sahabat.

Moga kita semua diberkatiNya..ameen.


Friday, August 03, 2007

May Your Day be a Shay Day...


Aku sebenarnya jarang sangat nak forward email ke orang. Bule kira dengan sebelah jari jumlahnya aku forward email ni melainkan hal-hal kerja yang rasmilah. Hari ni..aku dapat email dari Kaklang yang dok di KB nun. Kakak aku ni pun, kalau benda tak dikira important takkan di forward email ke aku. Lepas menimbang baik buruk, aku pun forward ke members of the faculty. Nilah benda yg aku forwardkan..Let's share this and it touches my heart...


What would you do?....you make the choice.
Don't look for a punch line, there isn't one. Read it anyway. My question is: Would you have made the same choice?

At a fund raising dinner for a school that serves learning-disabled children, the father of one of the students delivered a speech that would never be forgotten by all who attended. After extolling the school and its dedicated staff, he offered a question: "When not interfered with by outside influences, everything nature does is done with perfection. Yet my son, Shay, cannot learn things as other children do. He cannot understand things as other children do. Where is the natural order of things in my son?"

The audience was stilled by the query.

The father continued. "I believe, that when a child like Shay, physically and mentally handicapped comes into the world, an opportunity to realize true human nature presents itself, and it comes in the way other people treat that child."

Then he told the following story:
Shay and his father had walked past a park where some boys Shay knew were playing baseball. Shay asked, "Do you think they'll let me play?" Shay's father knew that most of the boys would not want someone like Shay on their team, but the father also understood that if his son were allowed to play, it would give him a much-needed sense of belonging and some confidence to be accepted by others in spite of his handicaps.

Shay's father approached one of the boys on the field and asked (not expecting much) if Shay could play. The boy looked around for guidance and said, "We're losing by six runs and the game is in the eighth inning. I guess he can be on our team and we'll try to put him in to bat in the ninth inning."

Shay struggled over to the team's bench and, with a broad smile, put on a team shirt. His Father watched with a small tear in his eye and warmth in his heart. The boys saw the father's joy at his son being accepted. In the bottom of the eighth inning, Shay's team scored a few runs but was still behind by three. In the top of the ninth inning, Shay put on a glove and played in the right field. Even though no hits came his way, he was obviously ecstatic just to be in the game and on the field, grinning from ear to ear as his father waved to him from the stands. In the bottom of the ninth inning, Shay's team scored again. Now, with two outs and the bases loaded, the potential winning run was on base and Shay was scheduled to be next at bat.

At this juncture, do they let Shay bat and give away their chance to win the game? Surprisingly, Shay was given the bat. Everyone knew that a hit was all but impossible because Shay didn't even know how to hold the bat properly, much less connect with the ball.

However, as Shay stepped up to the plate, the pitcher, recognizing that the other team was putting winning aside for this moment in Shay's life, moved in a few steps to lob the ball in softly so Shay could at least make contact. The first pitch came and Shay swung clumsily and missed. The pitcher again took a few steps forward to toss the ball softly towards Shay. As the pitch came in, Shay swung at the ball and hit a slow ground ball right back to the pitcher.
The game would now be over. The pitcher picked up the soft grounder and could have easily thrown the ball to the first baseman. Shay would have been out and that would have been the end of the game.

Instead, the pitcher threw the ball right over the first baseman's head, out of reach of all team mates. Everyone from the stands and both teams started yelling, "Shay, run to first! Run to first!" Never in his life had Shay ever run that far, but he made it to first base. He scampered down the baseline, wide-eyed and startled.

Everyone yelled, "Run to second, run to second!" Catching his breath, Shay awkwardly ran towards second, gleaming and struggling to make it to the base. By the time Shay rounded towards second base, the right fielder had the ball ... the smallest guy on their team who now had his first chance to be the hero for his team. He could have thrown the ball to the second-baseman for the tag, but he understood the pitcher's intentions so he, too, intentionally threw the ball high and far over the third-baseman's head. Shay ran toward third base deliriously as the runners ahead of him circled the bases toward home.

All were screaming, "Shay, Shay, Shay, all the Way Shay"
Shay reached third base because the opposing shortstop ran to help him by turning him in the direction of third base, and shouted, "Run to third! Shay, run to third!"
As Shay rounded third, the boys from both teams, and the spectators, were on their feet screaming, "Shay, run home! Run home!" Shay ran to home, stepped on the plate, and was cheered as the hero who hit the grand slam and won the game for his team.
"That day", said the father softly with tears now rolling down his face, "the boys from both teams helped bring a piece of true love and humanity into this world".

Shay didn't make it to another summer. He died that winter, having never forgotten being the hero and making his father so happy, and coming home and seeing his Mother tearfully embrace her little hero of the day!

Wednesday, August 01, 2007

Stress...sad...so so...oklah...happy!!!


My previous entry penuh dengan kekecewaan dan stress. Memang aku sedang stress dengan kerja yang banyak dan juga idea yang tak kunjung tiba untuk aku menulis report first year aku. Puas mengadap PC...tak juga ada idea.Semuanya mcm tak best je. Aku letak data kat sana sini..aku susun balik photo yang diambil, aku cuba kaitkan dengan teori tapi semua nampak tak kena. Sifu nak report hari ni, sebelum dia pergi hadiri conference esok sampai ahad. Aku cuba nak sampaikan pada dia aku tak sempat siapkan tapi nampak pelik plak. Dah 2 kali aku mintak extend tarikh. 2 kali pertama sebab masalah kesihatan aku yang sampai masuk ward tuh. Kali ketiga dah ni and me myself, I will not fancy the request from my research student to postpone date for report submission. Cemana neh??


Semalam Cik Nie and Cik Jay msg aku di YM. Kak Epel, birthday party sifu esok ye kita buat..dalam lunch time. Party ni sepatutnya buat last monday tapi sebab Cik Zab ada urgent matter (nenek dia meninggal-al fatihah untuk nenda cik zab) maka kami tangguhkanlah. Aku dah urut dada, cemana nak masak? Aku plan nak buat tiramisu ngan makaroni goreng. Bahan untuk tiramisu takde..bahan untuk makaroni ada...tapi aku nak siapkan report..cemana ni? Fikir-fikir kejap bagitau Cik Jay...
'Kak epel bg duit...korang gilah beli kek berjenama tiramisu (??) kat kedai kek mana2...ermm..belilah kat secret recipe'.
Cik Jay kata
'Alaa...kak epel..kat baker's cottage pun ok dah...ermm...kat secret recipelah kak epel ek..kitorang belikan chocolate indulgence'.
'Apa2lah Cik Jay..kak epel sdg pening-pening lalat nih'.
So nilah keknya...nampak biasa2 je tapi besh gak. This is a kind of cake bila makan boleh rasa yang salur darah kita mengecil sebab ada cholesterol plaque. Muahahahahahah


Jamuan berlaku dengan jayanya walaupun tertunda more than 1 hour sebab hujan dan sebagainya. Since Si Fu tatau makanya its a surprise party. Venue pun berubah dari level 6 ke level 10 kat area bilik lecturer belah my room. Mujurlah bilik sifu kat the other side. Kami locked the door sebabnya kebetulan belah2 aku nih ramai yang takde hari ni. Lepas dah sampai semua orang and dah lengkap, kami minta Yee Min (btol ke ini nama dia?? muahahaha) gi panggilkan si fu..Kami sedia dengan video camera dan jerit...
"SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!" pada si fu yang sedang berjalan menuju ke mesin potostat (sebab Yee Min bagi alasan nak suh si fu ajar dia guna mesin potostat yang ada kat depan bilik aku..muahahahaha).
Overall the party was a success. Semua bawak makanan yang best-best dan lazat-lazat. Nilah anak-anak murid si fu..aku yang paling tua dok tengah-tengah tu. Ada 3 PhD students and 10 master students. Tema kami hari ni kuning. Yang pakai hijau tu kak Nor kesayangan kami semua yang dah naik pangkat dari pembantu makmal jadi pegawai eksekutif...way to go kak Nor. I'm really proud of you.

Hampir nak habis majlis, si fu buat announcement....yang membuatkan aku terpekik...
"What?????" lantas pandanganku terarah ke cik JAY (Puan sebenarnya...she kept it from me all this while...uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...)


Nilah annoucementnya..yang my sifu first PhD student kat lab ni dah selamat diijabkabulkan dengan Encik R...(ni sorang lagi..beria cakap itu ini ngan aku last 2 weeks..takleh nikah ngan tak sekufulahh...itulahhhh...inilahh....). Mula2 aku kecik ati sebab dedua ni aku sayang dan amik berat as adik-adik. Aku kenal diorg since day 1 diorg kat faculty ni. Later, I feel very happy for both of them. Alhamdulillah...

So to Puan Jaya and Encik Rozi...

Kak Epel doakan selamat sejahtera semuanya utk u all berdua. Moga panjang umur, murah rezeki dan dipanjangkan jodoh sehingga akhirat sana. Moga Puan Jaya jadi isteri solehah dan Encik Rozi jadi suami yang soleh. Selamat berjaya dalam pelajaran buat keduanya. Kak Epel tahu Puan Jaya akan grad dulu dari Kak Epel...But truly....sincerely...

I'M very HAPPY for both of you.




Hilanglah stress aku. Alhamdulillah...





kak

Tuesday, July 31, 2007

Dari jalanan ke Harvard...Sebuah kisah benar...


Aku pernah tengok cerita tentang ketabahan dan ketekunan gadis berusia 15 tahun ni di Hallmark Channel. Pertama kali aku tengok, aku menangis..dan aku dah tengok cerita ni more then 3 times tapi aku masih menangis dan insaf everytime though...how hunger and desperation could influence people's life. Aku tgk watak utama berdasarkan kisah benar sbg seorang yang takde sense of security...takde apa...kosong...dia takde rumah...mak ayah penagih dadah..mak dia kemudiannya HIV positive and died of AIDS dan ditanam di tanah perkuburan lot kebajikan...and the father lived in shelter and also suffering from AIDS...the sister was partially blind and lived with a grandfather who hated her. She left the house and lived everywhere...but she has got the brain...and she has got the courage and determination.

Aku rasa cerita-cerita macam ni yang perlu disiarkan di TV pada waktu perdana...cerita-cerita macam ni yg lebih layak mengisi ruang santai keluarga daripada cerita Janji Dianos..Sembelit Kasihan..reality show yang cuba mencari bakat menyanyi yang mana pesertanya sibuk menjaja bakat dan berkata 'demi Tuhan saya tak tiru CT Nurhaliza,saya adalah diri saya sendiri, ni kejadian asal saya(sambil teresak2 menangis dan nampak warna hitam dari mascara yang tak waterproof tu berlinangan di pipi yang ditepek ngan foundation setebal 2 km..) dan jugak cerita lain / bual bicara yang jemput artis yang sgt emosional and brainless yang kadangkala tak tau nak beza antara Rasul Allah yang Mulia kedudukannya dengan diri dia sendiri yang rambut pun tak nampak warna asal dan juga muka yang dah berkedut 2 ribu tu? ...

Am I too harsh? I do think so... I've got concrete points there...Secara logiknya, kesusahan akan mengajar kita untuk lebih mengenal diri...sebab dengan ujian kesusahan manusia akan sentiasa mencari 'jalan pulang yang benar'..dan juga sebab kita ada iman...perkataan yang ringkas tetapi dalam maknanya dan tinggi pengaruhnya dalam hidup kita as a Muslim...jika diuji dengan ujian kesenangan...biasanya, manusia akan terleka...sentiasa merasakan diri mereka benar dan betul...mengenepikan semua nilai yang benar...mengenepikan ajaran Islam yg syumul dan kerap meyakinkan diri sendiri..."Aku yakin dengan diri aku, selama ni pun aku gembira..bab iman dan amalan..tu urusan aku dan Tuhan..aku puasa..aku raya..aku buat amal kebajikan..yang lain-lain tu kalau aku ikut tak up to date lah aku nanti"

Akan tetapi, adakah kita boleh paksa orang untuk menghormati kita? Atau kita hanya mahu certain group of people je hormat diri dan kehidupan kita dan bagi yang tak nak terima diri dan cara kita, kita akan labelkan org tu sebagai ketinggalan zaman or too jumud? Aku bukanlah manusia yang sempurna...sbb kesempurnaan bukan milik manusia...tetapi cuba menjadi yg terbaik...moga Allah makbulkan doaku...

Ermm...apa yang aku merepek ni? Aku sebenarnya tertekan dengan keadaan sekeliling. Yang lalai dan lagha terlalu diagung2kan..yang benar terlalu ditindas...namun aku insaf kembali...hidup ni hanya sementara..yang kekal abadi adalah di akhirat sana..semoga kita semua tergolong dalam golongan ummat yang mendapat syafaat junjungan mulia kita di sana nanti...dan bersenang-lenang di taman syurga firdausi...ameen....

Petikan dari
www.collegenews.com

'Homeless to Harvard' Heroine Says Everyone Can Learn from Her Amazing StoryApril 6, 2005, Greencastle

"It's not about Harvard, it's not about a prestigious school," says Liz Murray of her incredible and uplifting life story, which she shared with an audience at DePauw University tonight. "It's not about that. It's about learning, about educating yourself and gathering enough knowledge to find your way through any little crack or crevice you possibly can so you can move up and escape from that trap you were born into."
The 24-year-old Murray, who went from living on the streets of New York City to winning a scholarship to Harvard University, delivered The Timothy and Sharon Ubben Lecture, "Homeless to Harvard: A Remarkable Journey," in Kresge Auditorium of DePauw's Performing Arts Center. Working without notes and addressing her audience from the edge of the stage, Murray detailed how she was born to drug-addicted parents, and how as a child, living in squalor, her parents and everyone she knew was living month-to-month on government checks.
"I didn't even know that people worked when I was younger, 'cause you have to think about -- what does a kid seeing when they're little. I saw that people cashed welfare checks... they were happy to see the mailman, he was like Santa Claus or something or some celebrity -- and we'd go to the check cashing store and there would be a line wrapped around the block for an hour-and-a-half" on the days checks arrived, she remembered. Her parents would spend the bulk of the money on drugs; about $30 a month was all the family of four spent on food, and Murray's parents would go without food for several days at a time.
Despite the tumultous environment in which she was raised, Murray says she has always loved her parents. Her life, already in disarray, unraveled quickly when her mother was diagnosed with HIV. Her mother moved out, her father went to a homeless shelter, and Murray, then a young teen, was sent to a group home. Her unpleasant experiences there led her to run away and she lived on the streets of New York City, eating out of dumpsters and sleeping at friends' houses or on subway trains, but in her own words, "going nowhere." The year Murray turned 16, her mother died, and her view of life changed.
"I got the sense that my life was in my own hands," she told her DePauw audience. "And I knew that already, but it's different when a parent dies; maybe some of you know what I mean. You look around and strangers become more strange, big institutional buildings look scarier, everything looks more alien, nothing is friendly. There's no person to think about yourself through. It truly is yourself in the world, and that's it. I realized my own isolation and I realized there never would be somebody to kind of filter me in the world. And I went back with my friends, and without having her to think about anymore -- I mean I did, but not the same way -- I sat with them and I realized that I had been falsely relying on my friends. I realized that, at the end of the day, whatever I did or did not do with my life would stick to me, even if I hung out with them."
Murray, whose story is chronicled in the Lifetime Emmy-nominated movie, From Homeless to Harvard: The Liz Murray Story, enrolled in an alternative high school at age 17; when most of the people her age were graduating, she was starting. Guided by an understanding teacher/mentor and fueled by a desire to make something of her life, Murray finished high school in two years while still sleeping where she could find a place to lay her head at night. When she visited Harvard on a school trip, a seed was planted. Murray applied for a New York Times scholarship and was one of six students selected out of the thousands of applicants. A story profiling the scholarship winners was published on the cover of the Times' metro section.
"I really didn't understand the power of the media before that, but I found out," Murray said with a chuckle. "You know [that] New Yorkers have this reputation for being really cold, right? Well, the readers of the newspaper came out of their houses around [the school] and brought me sweaters and clothing their kids weren't using anymore. Some lady came just to give me a hug! Another came just with some cookies, then she said to me, 'I don't have any money, Liz, but I have a stationwagon and a house. Do you have any laundry?,' she asked me. 'I just want to do your laundry.'"
Murray's story was featured on ABC's 20/20 and she was a guest of Oprah Winfrey, becoming the first recipient of the talk show host's Chutzpah Award. Murray transferred from Harvard to Columbia University to be closer to her father, who is ill. She had been studying film, but after talking about her experiences in front of audiences around the nation and the world over the past few years,

"My interests broadened because I realize that I have certain insights based on what had happened to me, and I had this opportunity to share with people and go back-and-forth and maybe draw some meaning out of it." She now has her sights set on a masters degree in sociology and psychology hoping to "understand what creates motivation in a human being and how to apply that in society. Is there a way to create upward mobility? Is there a way to break class differences?," she asked. Murray's ultimate goal is to create a coaching and seminar company that will work with groups, perhaps specializing in inner-city schools.

"Instead of just speaking about my life, I want that to be a footnote, and I want to offer strategies to people.

Me too- I also wish the same thing...that one day, people will qoute my words in their writing...and at the moment I'm working really hard to achieve that....................May Allah eases my path to success....ameen...

Monday, July 30, 2007

Boleh berdiri ye...


pokok keladi giant mak nih dah nak tumbang...huhuhuu.....besau pokok nih....



Semalam petang aku ngan hubby gi ke Maycare kat pusat bisnes worldwide shah alam. Tempat tu ada banyak rehab item. Kebetulan plak wheelchair hubby yg sebutir (yg lama) dah rosak dan memang takleh dibetulkan dah...kenalah beli yg baru. Kalau ada sebutir je susah gak. Kalau ada kecemasan kat yg sebutir tu alamatnya tak bergerak le hubby. Bak kata hubby, wc tu ibarat kaki dia..kalau sakit kaki tu...takleh ke manalah dia..



Since 20 years ago, hubby selalu beli wc dia kat kedai rehab item di Cheras yang tersohor. Sejak kami bernikah, dah 2 wc dibeli dan maintainance pun kat Cheras gaklah...jauh weiii...dah lah tu jalan ke sana tu sesak sokmo. Aku tahu tentang kedai yg kat Shah Alam ni tru admin staff kat faculty ni and kami pun selalu nampak cume tak berkesempatan nak gi. Tgk kedainya macam mahal je produk yg ada kat situ. Akan tetapi bila memikirkan kesusahan dan jarak yang jauh nak ke Cheras tu kami gagahkan jugaklah ke premis tu.



Sampai kat situ dah hampir waktu tutupnya. Masuk je kedai tu aku dapat melihat rehab item yang pelbagai..yg biasa2 ada...yg luar biasa pun ada. Ada 2 item yg sangat menarik perhatian kami.

Item pertama tu ialah powered wc. Ianya menggunakan kuasa bateri. Sekali full charge boleh mencecah jarak 40-50 km sekali digunakan. Aku tak amik gambo plak sbb dah agak biasa tengok cumanya yang menarik sebab harganya tak semahal yg biasa kami tengok. Selalunya kos dalam RM 10- 15 K tapi yg kami tengok semalam less RM9 K...joystick dan controller nya pun nampak lebih dipercayai. Takdelah nampak macam joystick cap ayam...huhuhuhu

Item kedua ialah standing wc...wahhhh...aku amat teruja melihatnya. Wc ni macam wc biasa jugak. Penggunanya boleh duduk diatasnya dan mengendalikannya seperti biasa. Untuk org normal yang boleh berdiri kalau nak buka suis lampu yang tinggi kedudukannya takde masalah sebab kita boleh berdiri tapi bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan wc utk bergerak tentulan payah. Kena carik kayulah..senduk ke botol air ke buat me'manjangkan' tangan mereka ni...Masalah ini akan dapat diatasi dengan standing wheelchair. Aku malas nak cite panjang...silalah lihat gambar2 yg tertera dibawah ni...Model yang menggayakan standing wc ni adalah kakitangan kedai tu...huhuhuhu....dia kata takpe nak amik gambo pun...dia tak kisah...aku pun snap jelah...nak amik video bateri plak tak cukup...huhuhuhu.

Gambar 1: Kena gunakan talipinggang keselamatan...di bahagian dada, pinggang dan lutut. Kat lutut tu dia mcm ada ruangan untuk support both knees. Jadinya bila berdiri, area pinggang, dada dan lutut tu macam di'kunci'. Sendi2 ni amat penting untuk dikunci especially utk SCI patient yang mengalami spasm yg amat dahsyat. Kalau tak btol2 bule jatuh dibuatnya. Secara jujurnya..bila lihat powered wc dan standing wc ni ingatan aku dan hubby singgah juga pada KS...sahabat kami yang diuji dengan tetraphlegic...jom gi gathering kat umah KS 12 Ogos ni, 2.30 ptg dengan konsep pot luck ye...huhuhu...iklan free...tak pe ye KS...Gambar 2. Kalau perhatikan di tangan kanan model ni, anda pasti dapat melihat ada small button utk ditekan. Bila ditekan je button ni, wc ni akan perlahan-lahan berdiri dan dua batang tongkat kat belah depan tayar kecik tu akan jejak bumi. Proses ni berlaku perlahan-lahan ye, bukannya macam spiderman/superman nak tukar baju dan start terbang/bergayut2 bila ada org jerit 'bantu saya...tolong saya...help me' tu ye. Jadinya, ianya amat berguna bagi bed ridden patient as well as any paraphlegic or tetraphlegic patient. Macam kes hubby, hubby boleh berdiri jika dipakaikan callipers di kaki bagi mengunci sendi lutut dan juga memberikan 'bantuan kekuatan'. Nak pergi berdiri tulah tak jumpa cari masanya, sbb nak berdiri kena ada palang yang kukuh. Kat Shah Alam ni wp ada banyak tasik dan taman rekreasi yang canggih2...tak sekali pun kami jumpa dengan palang tu. Hubby tinggi orangnya kalau berdiri...6ft 2inc rasanya...aku nih cuma takat bahu je kalau waktu berdiri...takde gambo lak..sbb waktu tu takde digital cam lagi...aku guna camera hp je...takleh lak transfer ke pc nih....

Gambar 3. Lihatlah...dia sudah tegak berdiri..model bantuan di belah kiri tu sedang menunjukkan kerapatan tongkat like tu menampung dan menyeimbangkan kedudukan model yang sedang berdiri itu. Bagi wc user dan juga bedridden patient, amatlah senang bagi mereka mengalami pressure sore. Luka akibat tekanan. Pressure sore ni plak kalau nak merawatnya amat payah dan mengambil masa yg sgt lama. Jadinya wc ni mungkin boleh membantu mengurangkan masalah-masalah berkaitan akibat kedudukan di posisi yang tidak berubah dalam jangka masa yang agak lama.

Bila kami lihat fungsi dan operasi standing wc ni...wahhh...excited banget kami. Harganya? ermm...RM17 K...huhuhuhu...bule beli kete 2nd hand tu. Aku tahu sekarang ni kami tak mampu utk memililinya. InsyaAllah ada rezeki kami, manalah tahu kan...dalam jangka masa 3-5 tahun lagi kot2 kami tergali tong isi jongkong emas padu seberat 1 tan ke..bulelah kami beli 2. 1 untuk hubby, 1 lagi bagi adiah kat KS...hihihihi...impian dan anganan tu memang ada...cumanya...kita manusia hanya mampu bermimpi...kita berusaha untuk mencapai dan merealisasikan mimpi itu jadi kenyataan...dan doa serta pergantungan pada Allah..kerana sebaik2 perancangan kita, perancangan Allah jauh lebih molek...moga Allah murahkan rezeki kami...ameen....

Akhirnya, kami beli wc yang standard, harganya lagi RM10 nak cukup RM1000...jauh lebih murah dari yang kami beli di Cheras tu...ermm...kami pernah beli yang regenya RM1300 tp kat kedai baru ni...cuma RM700 jer...uhuk2...bule beli 2 maa..takpelah...ni dah tahu takyahlah beli lagi kat tempat yang mahal tu..customers have options and they can choose the best...chewahh...cakap omputih plak....hubby komen yang wc baru ni lebih ringan body framenye berbanding dengan yang hubby dok guna skrg...alhamdulillah...bukan apa, 1 hari hubby kena angkat minimum 4 kali wc untuk dimasukkan dlm kete bila ke tempat kerja..so kalau ringan tu..kuranglah sket kepenatannya...moga hubbyku sabar dengan dugaan ini. Ameen...

Tuesday, July 24, 2007

9 hari


Hari pertama- 10 Julai 2007
Aku balik awal hari ni. Badan sakit-sakit dan tekak dah mula pedih. Aku minum air sebanyak mungkin. Sampai di rumah tumpang kereta cik senyum, aku makan PCM 2 biji. Lega sekejap. Aku kira demam aku akan kebah macam biasa tapi sepanjang malam aku tak mampu melelapkan mata. Badan sakit dan juga demam setiap 2,3 jam. Seksanya. Menjelang pagi...demam dah kebah. Alhamdulillah..
Hari kedua - 11 Julai 2007
Sampai di lab pukul 6.50pagi. Standard laa tu. Hari-hari mcm ni sejak hubby mula bekerja. Belum mampu nak beli sebuah lagi kereta jadinya hubby akan hantar aku ke Uni dan kemudian menuju pula ke tempat kerjanya. 7.30 pagi kepala aku dah berdenyut-denyut. Badan jadi seram sejuk dan akhirnya sejuk tak terkata. Call Uda mintak dia tolong hantarkan ke klinik. Uda kata 30 minit. Akhirnya 9.30 pagi baru uda sampai. Aku tersandar lesu dalam kereta dan selepas jumpa doktor yang tak cek langsung aku yang tengah demam panas ni...suhu badan pun tak amik, anak tekak aku yg pedih ni pun dia tak tengok, dia terus je tulis ubat. Sabar jelah. Disebabkan aku sedang sakit malas plak nak bergaduh. Pas amik ubat:
PCM 500 mg q6 h
Cephalexin 250 mg tds
Difflam lozenges q6h
Benadryl syrup 10 ml tds
Uda pun hantar aku balik rumah, rumah dah jadi mcm tongkang pecah, uda yang tolong kemaskan. Pastu dia siap belikan aku nasik lemak RM1 yang bungkus daun pisang. Aku memang lapar tapi pedas tu...tekak aku sakit...Akhirnya aku terbaring kat sofa di family area. Uda pun balik ke opis dia kat seksyen 9. Throughout the day aku demam on and off and takleh tdo waktu malam. Jenuh hubby jelum dengan air asam jawa tapi suhu badan aku tetap tak turun.
Hari ketiga - 12 Julai 2007
Aku dok kat rumah je dan msg sifu bagitau aku demam dan siapkan report kat rumah walaupun hakikatnya aku hanya dok termenung sambil kejap berselimut dan kemudian pas makan PCM badan berpeluh aku mandi. Menantikan hubby balik, terseksa amat rasanya badan aku nih. Sampai tahap aku cakap sorang-sorang. Waktu ni aku kerisauan sebab suhu badan terlalu panas. Terlintas di fikiran aku..agaknya aku nih kena demam denggi kot. Errkk...takutnya...nak minum air pun pedih yang amat...inikan plak nak makan..lagilah selera ku tak jalan. 6.40 ptg hubby sampai rumah, aku terus masuk kereta dan hubby yang kerisauan memecut ke Dee EE Em Cee kat seksyen 9 tu haa..Sampai je, aku dok menanti kat kerusi luar tu, tunggu giliran sampai, aku tertido dan terjaga. Bila aku masuk jumpa doktor, suhu diambil. 38.7 degree C. Wahh...bule tahan tingginya. Dr suh aku gi buat blood test and UFEME. Suspected dengue fever. Aku dah agak. Longlai langkahku menghala ke tingkat 3. Pas buat blood test, masuk bilik doktor balik. Kata doktor tu-
'Ur platelet is normal..ur white blood cell count (wbc) 22.8. Urine got blood stain and protein. Most likely, u r having UTI. '
Aku kata-
'But my throat is very painful and very difficult for me to swallow. I couldn't drink water and I'm sure that I'm dehydrated by now.'
Dr tu tak setuju ngan kata aku, dia bagi zinnat plak utk gantikan cephalexin yg semalam tu collogue dia bagi.
Aku balik rumah, hubby call kak ita mintak tolong buatkan bubur nasik sebab aku dah 2 hari tak makan, badan aku makin lemah, kepalaku sakit, tekak aku rasa mcm tersekat ngan bola sepak. Langsung takleh telan, telan air liur pun pedih. Kak Ita datang kemudiannya bawak bubur nasik. Aku makan 3,4 suap pastu takleh telan dah. Hubby tgk aku yg makin lemah, terus hubby ajak aku gi spital balik. Mintak admitted sbb aku dah 'kering'. Dalam mamai2 aku setuju dan call insurance agent aku. Kalau gi spital gomen bule cumanya proses lama dan aku memang dah rasa teruk banget. Lebih teruk dari masa aku masuk ward utk buang appendix aku yg bengkak dulu dan lebih hebat kesakitan dan seksanya dari masa aku miscarriage dulu. Sampai Dee EE Em Cee...aku gi kat kaunter, aku bgtau staf kat situ, saya nak jumpa doktor dan nak masuk ward.
Dipendekkan cerita, doktor yang biasa rawat aku bertugas malam tu. Kata dr tu-
'Ni takleh duduk rumah dah ni, WBC tinggi sangat, tengok tonsil...ishhh...dah menanah ni' lepas dia suluh dalam mulut aku.
Soalan seterusnya-
'Nak bayar pakai apa? Ada insurans?'
'Ada, tp sy bayar dulu, nanti claim kemudian sbb spital ni bukan spital panel insurans saya,'
Aku kemudiannya di pasangkan drip line dan ditolak naik ke ward guna wheel chair...huhuhu...barulah aku paham perasaan hubby yang sokmo gerun kalau orang tolak dia laju-laju sangat. Aku ditempatkan di ward bilik bertiga. Tak kisahlah...janji badan aku 'rehydrate' dan demam aku boleh resolve.
Hari keempat - 13 Julai 2007
Malam pertama diward sebab ikut admission time aku pulul 12.03 am. Huhuhu...aku baring atas katil yang terletak di tepi tingkap. Normal saline bersilih ganti ngan dextrose 0.5% memasuki vein aku sampailah ke pagi. Kol 5.30 pagi aku dah siap mandi dan tunggu subuh sebabnya aku takleh tdo langsung sebab demam aku masih belum kebah. Kol 6.30 pagi doktor pakar yang rawat aku sampai. Uisshhh...awalnya doktor ni. Dr ni pun tak sanggup nak tengok tonsil aku. Katanya-
'erkk...very bad'
'Ok..so kita start zinnat IV. Continue drip and menthol inhalation'... sebab bila aku dok je atas katil ward malam tadi tu hidung aku tersumbat tapi hingus tak keluar. Waaaaaaa....seksanya..berikan aku kesabaran ya Allah...
Nilah kroniknya tangan aku yang dah 4 hari bertebuk..huhuhu...seksa woo....pas air masuk kena gi toilet...dahlah aku mamai..nak kena angkut sekali botol drip tu...selalu je darah tereverse keluar balik kat salur drip tu.
Dari pagi sampai petang aku menerima pelawat tak henti-henti. Semua bawak buah tangan yang memang tak tercapai dek akal utk aku makan sebab tekak aku sakit banget. Pagi tu around kol 11, hubby datang ngan opismate. Aku suh hubby gi keje..yelah kan...baru je minggu kedua start keje..takkan dah nak apply cuti. Rupanya, bila spouse/anak masuk ward, automatic pekerja dapat cuti 3 hari..pastu on top of that, company akan tanggung perbelanjaan aku dalam ward- bil ditanggung beres. Alhamdulillah..tak yah guna insurans aku..huhuhu... Petang tu Along datang dengan abanglong and anak2 sedara. Huhuhuhuh...sedihnya..mak aku takde..gi umrah...

Walaupun aku sentiasa dihydratekan semula, PCM bagi setiap 4 jam dan antibiotik dah diberi secara IV, yang heran bin ajaibnya, demam aku masih belum resolve. Dan yang lebih menghairankan...aku hanya demam bila aku takde visitor. Sorang-sorang aku terkial2 kesejukan, tekan buzzer panggil nurse. Sian adik2 nurse tu sebab asyik kena attend aku je. Malamnya aku masih takleh tidur. Belakang aku sakit sangat. Tengkuk dan belakang aku macam kena lenyek-lenyek. Nak duduk pun salah nak baring lagilah salah. Aku hanya mampu bersabar.

Hari kelima - 14 Julai 2007

Demam masih belum resolve, doktor yang rawat aku ada urusan lain jadinya doktor lain yg cover utk dia. Aku mintak tukar antibiotik dan ubat demam sebab demam aku masih menjadi-jadi. Doktor tu suh tunggu doktor aku yg sebenar. Another sleepless nite. Demam, sakit belakang dan hidung sumbat. Ampunkan dosa aku ya Allah...

Hari keenam - 15 Julai 2007

Doktor yang rawat aku akhirnya tukar antibiotik kepada Rocephin- sakit woooo waktu dimasukkan ke IV line aku. Pedih..perit dan sedikit pijau tangan aku. Alhamdulillah menjelang petang, demam aku dah kebah...mak mertua aku datang jauh dari KT...sian mak...mekasihlah datang jenguk anok menantu mok ni...huhuhu...Yang tak bestnya, rocephin ni takde dalam bentuk oral so aku kena dok ward sampai habis treatment which is 5 days. Maknanya paling awal aku bule kuar ward hari khamis....TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ni pemandangan masjid shah alam dari ward aku melepak selama 7 hari tu...mujur alhamdulillah pemandangan menarik.


Dipendekkan cerita..hari selasa, hubby plak demam..hari rabu gi dapat treatment tp outpatient je and dapat MC leave 2 hari...huhuhu...menjangkit plak. Hari Rabu tu jugak aku muntah kol 3 pagi...keluarlah ketulan-ketulan darah beku. Ada orang kata aku kena 'buat' tapi aku percaya tu adalah tanda sembuh luka kat tonsil aku yg dah menanah tu. Lepas tu kahak dan lendir yang keluar semuanya diiringi darah pekat. Eiiiyoooooo.....

Hari khamis..hari kesembilan...aku dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah. Walaupun badan aku masih lemah, in fact sampai hari ni aku masih belum fully recovered. Solat pun aku buat secara duduk sebab kepala aku feninglah fening tapi aku syukur. Allah uji aku dengan kesakitan-Allah sayang kat akulah kan..insyaAllah..ameen.

Bakul buah ni opis yang bagi. Diorg suh aku makan buah je dan menten berat badan aku yang turun 5 kg dalam masa 10 hari...waahhhhh...beshhhh woooo.....huhuhuhu.

Terima kasih juga buat semua sahabat-sahabat yang sudi ziarah di spital, call dan hantar sms..aku sangat-sangat menghargai. Sesungguhnya kawan ketawa memang ramai...kawan menangis kala sakit...hanya beberapa kerat tapi aku bersyukur kerana kerat2 tulah yang memberikan aku sedikit kekuatan.

Semoga aku diberikan kesihatan yang baik selepas ini. Ameen.....


Tuesday, July 03, 2007

Hari pertama





2 Julai 2007.




Hari pertama aku jadi student PhD full time kat UiTM ni ...


Hari pertama hubby memulakan kerjaya di salah 1 GLC kat KL...


Sebelum ni aku yang tergesa-gesa keluar rumah waktu pagi dihantari hubby/drive sendiri...


Sekarang dah berubah..


Sebab sebelum ni selalunya hubby balik rumah semula. Kalau ada kerja baru dia keluar.


Tapi sekarang, hari-hari hubby kena keluar gi kerja..dan hubby bangun lagi awal dari aku..


Aku pun baru je nak sesuaikan diri...


Bukan dengan rutin harian...tapi dengan rutin mingguan- gosok baju hubby...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......susahnya gosok suar panjang org lelaki dan kemejanya....


hubby kata nak gosok sendiri tapi aku x suke sebab kalau hubby gosok sendiri , side tu akan jadi double triple dan quadraple..baju aku mcm tu xpe..tp jgn baju hubby aku. Pada aku, apa yg hubby pakai kalau ada urusan kat luar reflects me as his wife...muahahahaha...yoo oooo jerk....




Cite lain plak...


Satu pejabat ngan hubby, ada sorang lagi staf baru yg OKU jugak. Kami panggil dia Siti Ira...


Siti Ira ni ada kecacatan tulang belakang dari lahir. Walaupun begitu, Siti Ira ni kuat orangnya..kuat semangat dan cekal. Mak Siti Ira pun sama. Mak Siti Ira yang banyak fight utk kebajikan anaknya yang bongsu tu. Orang tak lalui orang takkan faham.




Sebelum aku kawen dengan hubby pun aku tak pernah fikir utk OKU. Aku tak pernah cuba untuk faham. Allah tetapkan jodoh aku dan hubby dan kami redha. Ehh...sambung cite Siti Ira...


Siti Ita ni merupakan pemegang ijazah sarjana muda dari UTAR. Semangatnya cukup kuat..Siti Ira memandu sendiri kereta, sama dengan hubby. Kat tempat keje baru, diorang dapat tempat letak kereta khas..park sebelah-sebelah. Bagus juga pengurusan GLC tu. Cumanya..tandas belum ada...atau memang takkan ada untuk OKU kat bangunan tu. Aku cuma doakan mereka mampu bertahan dengan serba kekurangan tu..sebabnya, bukan senang golongan OKU nak dapat kerja setaraf dengan kelayakan dan kemampuan. Aku selalu ulang ayat ni...mereka hanya kurang upaya fizikal-berkerusi roda...tapi akal dan fikiran tidak pincang ataulembap...mereka sama seperti orang lain bezanya, jika orang normal boleh berlari menuruni tangga, mereka perlu cari ramp yg sesuai supaya tidak jatuh/tergolek. Mudah-mudahan bangunan baru GLC ni yang dikatakan di Subang akan cepat siap. Bangunan baru akan dilengkapi dengan semua kelengkapan asas...tak payahlah risau macam sekarang.




Sebenarnya, hubby dan Siti Ira dan OKU yang lain dah menghadiri temuduga pada bulan September 2006. Dijanjikan lepas raya utk panggilan kerja jika berjaya. Kami tunggu punya tunggu..last2 amik keputusan kereta kami kena ubahsuai...hubby kena amik lesen memandu...tu kami buat bulan disember...lepas tu contact lagi GLC tu..kata Assistant Manager HR tu..kami memang nak panggil, cuma nak tunggu kelulusan dari JKM, kelulusan utk ubahsuai bangunan (sediakan tandas dan tempat letak kereta di basement). Bila management company dah setuju, JKM ok...kena minta kelulusan building owner sbb GLC ni cuma menyewa kat building tu..ding dong ding dong..owner tak bagi. Toilet tak boleh ubah, parking basement pun takleh buat gak..cemana? Kami hanya mampu menunggu..Akhir Mac, kami dipanggil ke GLC tu skali lagi..kali ni, harapan lebih cerah sbb disuruh buat medical check up..Kami merasakan masanya dah makin tiba ni..Anggaran gaji yg ditawarkan pun dah diberitahu...Meanwhile, hubby suggested kami kena pindah..masa tu kami dok Puncak Perdana...so hubby kata kena cari rumah yg dekat ngan my work place..supaya senang aku nak ke lab...dan juga tak jauh berulang alik at least for 1 of us...so tulah jadi kisahnya kami pindah ke seksyen 2. 3 KM from my parking space kat faculty early May.....hahahahahha. May dan Jun kami masih menanti...akhirnya second week of June dapat call dr GLC tu..alhamdulillah...hubby start keje early July...




Begitulah ceritanya...so sekarang, around 6.45 pg aku dah sampai opis..mudah2an banyaklah keje aku bule buat dan cepatlah aku habiskan tempoh pengajian aku. Huhuhuhu...doakan aku...doakan hubby...doakan siti ira...semoga kami tabah menghadapi dugaan ini...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino