Oleh kerana masih belum boleh menerima hakikat yang pahit dan menyakitkan hati dan perasaan ini, saya dan suami sepakat untuk menghibernasikan dahulu vi-junior di rumah dan saya dihantar dan dijemput oleh suami setiap hari melainkan sangat terdesak.
Rasionalnya-
1. Sudah pasti untuk menjimatkan penggunaan petrol yang diberikan diskaun 30 sen seliter oleh pihak pemerintah. Sekiranya keadaan sangat terdesak barulah vi-junior akan keluar melihat dunia.
2. Apabila vi-junior tiada bersama saya ketika saya melakukan kerja-kerja di makmal, fikiran saya tidak dapat memaksa kaki dan tangan saya untuk bergerak dan makan di luar. Saya akan dengan penuh insafnya akan makan di cafeteria yang paling jauh pun di Blok 3 S&T sahaja. Jimat masa, tenaga, duit dan petrol(yang sekarang ni sangat popular sebagai penelan duit paling efisien).
3. Saya dan suami akan dapat meluangkan masa bersama ketika hari bekerja dengan agak panjang sedikit kerana beliau perlu menghantar saya ke tempat kerja dan kemudian menjemput saya pula.
Kesimpulannya, saya sudah mula menyediakan sarapan pagi di rumah dan menyediakan bekalan air untuk suami-penapis air hexagon yang kami beli untuk rumah baru sudah saya pasangkan malam tadi. :)
2 comments:
budak budak pejabat dah bertukar port minum pagi.
masing masing mencari kedai mamak yang teh tariknya berharga seringgit.
sib baik ada ...
tak jauh dari Mydin Mall ...
wELL, WHAT TO DO, DAH NAIK PETROL TU..
Post a Comment