Thursday, April 30, 2009

Pesta


Ahad lepas tercapai juga hajat saya dan suami untuk ke pesta buku di PWTC yang sangat tidak mesra OKU. Kami pergi awal pagi..maklumlah dari Klang nak ke Kuala Lumpur ditambah pula dengan keinginan yang membuak-buak untuk shopping buku sejak ianya bermula sepuluh hari sebelumnya. Walaupun pada hujung minggu yang sama, rakan sekerja saya beria-ia...

Monday, April 27, 2009

Baru


Hari ini saya menerima surat dari pejabat pendaftar. Arahan pindah ke kampus Puncak Alam berkuatkuasa 1 Jun 2009. Saya hanya tersenyum kerana saya sudah bersedia dengan arahan ini sejak kali pertama melapor diri lebih 5 tahun yang lalu. Segala pelan dan pengisian bangunan yang banyak dan besar itu kami lakarkan sejak itu. Kabur sungguh imaginasi...

Friday, April 24, 2009

Doakan Kak Ida


Semasa saya memulakan karier saya di sini, saya duduk menyewa di sebelah rumah sepupu suami (ketika itu tunang saya). Duduk di kawasan kampung di Padang Jawa dan bergaul dengan masyarakat setempat benar-benar membuatkan saya mengalami kejutan budaya. Saya fikir saya adalah seorang anak gadis yang sangat jarang menghadiri majlis kenduri-kendara apatah lagi rewang. Di Padang Jawa, saya belajar menghadiri rewang, kenduri, majlis...

Thursday, April 23, 2009

Dia pergi jua


Pagi ini saya mendapat pesanan dari khidmat pesanan ringkasAngah baru call, kak aisah kritikal. Minta tolong bacakan yasin, moga dipermudahkan. Saya pernah menulis entri berkaitan kak Aisah di sini. Kak Aisah adalah adik kepada kakak ipar saya, yang berasal dari Sarawak. Kenangan kali pertama berjumpa dengan kak Aisah ialah ketika Angah dan kak Dayang bernikah pada tahun 1992. Ketika itu kak Aisah adalah mahasiswa di UIA, Gombak....

Wednesday, April 22, 2009

Lupa


Apabila saya melakukan kerja tikus, ianya bermakna komitmen 200 peratus terhadap binatang kecil itu. Beddingnya perlu ditukar setiap hari, air dan makannya perlu dijaga. Sangkarnya pula perlu ditukar dan dibasuh setiap minggu. Ianya rutin yang memerlukan tenaga dan penumpuan luar biasa terutama buat saya yang geli geleman dengan tikus atau...

Tuesday, April 14, 2009

Ahli Farmasi Diperlukan


Iklan khidmat masyarakat:Sebuah kedai farmasi di Kota Sarang Semut, Kedah memerlukan seorang ahli farmasi berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.Pendapatan lumayan ditawarkan: RM 5000 sebulan serta 40% share* dan elaun pengarah**bergantung kepada prestasi syarikat.Sila hubungi:Encik Zulkifli Mustafa: 012 5357701p/s: wahh...besarnya gaji retail pharmacist sekarang. Ermm....menarik...menarik....hihi...

Ngeri


Pantasnya masa berlalu pantas konon...hihihihi. Saya kini sedang dalam mode hibernasi untuk menyiapkan beberapa mini experiments untuk menggilap ketepatan kerja yang dihasilkan. Wahh...macam hebat bunyinya. Tidak...ia tidak hebat langsung kerana saya dengan sedar dirinya telah meletakkan REMINDER.. PERINGATAN yang menakutkan tentang berapa...

Sekadar Di Pinggiran


Arwah apak adalah seorang kakitangan Jabatan Telekom (JT) sebelum ianya diswastakan dan menjadi Syarikat Telekom Malaysia sehinggalah sekarang ia bergelar Telekom Malaysia. Setiap tahun, satu acara yang kami adik-beradik nantikan adalah Parti Telekom. Kami semua akan dipakaikan baju raya dan dijemput oleh pemandu kenderaan JT untuk dibawa...

Friday, April 10, 2009

Mood godek-godek...


Saya sedang mengubahsuai blog ini. Terima kasih...

Thursday, April 02, 2009

Kembar


Muhamad Azhar dan Muhamad AzfarPakcik dan Makcik-makcik Mama dan AbahPuan Jay dan pasangan baru sahaja dikurniai cahayamata...sepasang cahayamata lelaki yang dilahirkan kembar secara normal dan pembedahan. Ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi kami semua di lab. Bagi saya pula, ini adalah pengalaman pertama melihat bayi kembar...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino