Sampai di PWTC pada pukul 8 pagi kerana saya ada mental picture bahawa pameran bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi sebenarnya pukul 10 pagi. Hihihihi..di manalah saya dapat idea tersebut agaknya. Kami menunggu di hadapan booth PTS dan dengan kebenaran para petugas, suami saya ditemani saya tentunya...hihihi..memilih buku sebelum orang lain dibenarkan berbuat demikian. Puas hati saya setelah menimbang-nimbang tajuk yang saya impikan untuk dibeli saya perolehi dengan potongan 25%. Seronoknya saya sehingga tersengih-sengih. Terjumpa dengan Puan Sifu sebelum beredar dan panjanglah juga sembangnya. Soalan wajib Puan Sifu, "mana bukunya? Ini ramai orang mencari buku." Saya hanya tersengih lagi. Moga perancangan dipermudahkan Allah...
Pesta buku kali ini adalah yang paling saya ingati dan nikmati sesungguh hati kerana berjumpa dengan figura-figura yang karya mereka dewasa bersama saya, Puan Sifu, Norhayati Berahim, Noor Suraya, Kang Abid dan Faisal Tehrani.
Tanda mata dari Tuan Faisal Tehrani buat kami yang bertuah. Terima kasih Tuan.
3 comments:
Banayk sungguh buku yang dibeli. Dan kita tidak bertemu disana. Tolong kirimkan mesej alamat ke - safmi_80@yahoo.com TERIMA KASIH
am,
best nye shopping buku. kiter pun suka buku. tapi thn ni tak sempat nak p pesta buku. sibuk dgn memacam hal. ish ish..
byk Am memborong buku ek.
argghh... abg faisal ada hari ahad ker? iskss... tak pergi hari ahad laa pulak. sempat jengah prof kamil jer aritu during weekdays.
Post a Comment