Seorang ahli keluarga rapat saya sedang bertarung dengan kanser pilorik (perut) tahap keempat yang baru dapat didiagnos 2 minggu lepas. Permintaannya supaya dirahsiakan dari ibu bapa yang agak uzur dan ahli keluarga lain kerana ini adalah kali kedua keluarga ini diuji dengan penyakit kanser. Kakaknya meninggal dunia lebih 10 tahun lalu diuji dengan penyakit yang sama. Saya merasakan kepedihannya walaupun saya hanya bertemunya 4 kali sahaja namun ikatan ukhuwah itu sangat rapat, kukuh terpahat di dalam hati. Pasukan perubatan di Hospital Kuching sudah 'melepaskan'nya pulang ke rumah. Dia memohon kepada suaminya supaya mereka berpindah ke rumah yang baru dibelinya kerana katanya, mahu mati di rumah sendiri. Ajal maut rahsia Allah jua..pasukan perubatan hanya mampu meramal. Ya Allah...pedihnya hati saya mendengar ucapan itu. Ianya juga membuatkan saya menyedari bahawa ukhuwah itu sesuatu yang sangat misteri...tidak perlu tinggal bersama atau bersapa mesra saban hari...ianya kompleks. Ianya kurniaan Allah.
Mohon doakan buat dia...semoga dia melaluinya dengan tenang, mudah dan kurangkan kesakitan yang dialaminya.
nota: Berita terbaru ini menjadikan saya menjadi ratu air mata secara konsisten sejak 3 hari yang lalu.
4 comments:
moga tabah selalu..
Salam
Minggu lepas mak kawan saya pun baru meninggal dunia kerana kanser rahim. sedihnya sebab ada adik dia yang tengah belajar kat oversea tak sempat jumpa arwah before meninggal... takutnya bila saya sekali mula fikir yang bukan-bukan... mintak jauh ya Allah...
Salams,
Semoga kita semua diberikan ketabahan dan kesabaran.. Semoga Allah meringankan beban derita ahli keluarga Am...Ameen
salam am...
cuba jengah sini http://salwashoppe.blogspot.com/
hope membantu
Post a Comment