Banyak betul perkara yang memerlukan perlakuan memangkah pada minggu ini. Banyak ke? Hihihi..
Pagi tadi saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai warga kampus UiTM yang berdedikasi. Buat pertama kalinya, FF ada calon lebih dari 2 kerusi yang diperuntukkan iaitu seramai 4 orang calon MPP. Seronok juga dapat mengundi apatah lagi calon-calon tersebut adalah anak didik saya. Rupa-rupanya cara mengundi di UiTM adalah secara online. Bagus juga cara begini tetapi saya tetap sukakan cara yang lama kerana kita perlu memegang pen dan membuat dua garis yang bersilang di tengah-tengah dan melalui pepenjuru kotak undian tersebut. Hihihi..
Apabila merenung kembali, oleh kerana terlalu banyak 'menulis' menggunakan komputer, saya kira sudah banyak perkataan bahasa inggeris yang saya tidak hafal ejaannya. Ia akan di betulkan secara automatik oleh word. Ianya amat menyusahkan hati terutama semasa saya perlu menduduki semula IELTS 2 tahun lalu semasa baru mendapat tawaran biasiswa dahulu.keputusan IELTS yang saya perolehi tahun 2002 dahulu sudah tamat tempoh Saya belajar mengeja dengan kamus. Hihihi...Ehh..kenapa pula masuk cerita IELTS ni...
Sabtu ini pula akan berlangsung pilihanraya kecil kawasan parlimen P036, Kuala Terengganu. Suami saya berdaftar di sana akan tetapi kerana tarikh tersebut bertembung dengan tarikh kuliah pertamanya maka pilihan perlu dibuat. Semoga bakal ahli parlimen yang akan dipilih dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Hari ini, selain dari mengundi saya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Badan agak lesu hari ini tetapi semangat tetap membara!!jangan membara je epel..pergi buat kerja tu!!
p/s: Terima kasih buat suami saya yang disayangi kerana sanggup menunggu saya menyelesaikan kerja di makmal sehingga lewat malam saban hari. Semoga Allah membalasnya.
Pagi tadi saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai warga kampus UiTM yang berdedikasi. Buat pertama kalinya, FF ada calon lebih dari 2 kerusi yang diperuntukkan iaitu seramai 4 orang calon MPP. Seronok juga dapat mengundi apatah lagi calon-calon tersebut adalah anak didik saya. Rupa-rupanya cara mengundi di UiTM adalah secara online. Bagus juga cara begini tetapi saya tetap sukakan cara yang lama kerana kita perlu memegang pen dan membuat dua garis yang bersilang di tengah-tengah dan melalui pepenjuru kotak undian tersebut. Hihihi..
Apabila merenung kembali, oleh kerana terlalu banyak 'menulis' menggunakan komputer, saya kira sudah banyak perkataan bahasa inggeris yang saya tidak hafal ejaannya. Ia akan di betulkan secara automatik oleh word. Ianya amat menyusahkan hati terutama semasa saya perlu menduduki semula IELTS 2 tahun lalu semasa baru mendapat tawaran biasiswa dahulu.
Sabtu ini pula akan berlangsung pilihanraya kecil kawasan parlimen P036, Kuala Terengganu. Suami saya berdaftar di sana akan tetapi kerana tarikh tersebut bertembung dengan tarikh kuliah pertamanya maka pilihan perlu dibuat. Semoga bakal ahli parlimen yang akan dipilih dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Hari ini, selain dari mengundi saya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Badan agak lesu hari ini tetapi semangat tetap membara!!
p/s: Terima kasih buat suami saya yang disayangi kerana sanggup menunggu saya menyelesaikan kerja di makmal sehingga lewat malam saban hari. Semoga Allah membalasnya.
3 comments:
mengundi jugak ke?
calling calling akak...019-2671825
mengundi kak...
insyaAllah...ada masa epel calling2 akak :D
Ingat Allah bila mengundi.
Post a Comment