Tuesday, January 20, 2009

Tahniah...


Saya mempunyai banyak kategori sahabat rapat. Antara kategorinya ialah sahabat rapat senasib yang belum Allah kurniakan cahayamata. Pagi ini saya mendapat perkhabaran sahabat saya, puan N telah dikurniakan cahayamata lelaki yang selamat dilahirkan di PUSRAWI. Syukur alhamdulillah. Kami sering berkongsi masalah dan meluahkan perasaan tentang persepsi keluarga dan masyarakat. Puan N yang sudah masuk tahun ke 6 perkahwinan tertekan sejak awal kerana dia mempunyai kembar yang bernikah pada tarikh yang sama dan sudah pun memperolehi zuriat. Pelbagai kaedah dicuba tanpa putus asa dan saya masih ingat kali terakhir April lalu dia dan suami terpaksa akur bahawa kaedah IVF yang diikhtiarkan juga belum Allah perkenankan. Siapa menyangka bahawa Allah menganugerahkan mereka zuriat secara normal yang hadir sebulan selepas kaedah IVF gagal. MasyaAllah..Subhanallah...Saya menitiskan airmata mendengar perkhabaran puan N mengandung 9 bulan lalu. Tengahari tadi saya menelefon puan N yang kedengaran lemah tetapi sangat gembira. Sekali lagi airmata saya menitis memikirkan keagungan Allah dan saya berasa sangat gembira. Semoga puan N dan suami akan lebih bahagia dan juga moga anak yang dilahirkan akan menjadi anak yang soleh..penyejuk mata dan penawar jiwa buat ayahanda bonda. Tahniah puan N!!

5 comments:

Anonymous said...

salam epel..nak kongsi sikit...mmgla kalau kita takde anak kita nak anak..pastu bila kita dah ada anak sorang nak lagi sorang...tp tak dapat..nak kata tertekan tak jugak..ttp sedih adala bila anak kawan yg sebaya dgn hafiz dah ada 3 atau4 org adik..

sedih bila tengok orang mengandung dan melahirkan cahaya mata...baby mmg comel..tu lah yg rasa sedih bila tengok baby...
nampaknya kena tunggu cuculah epel..yalah umo kak awwapun dah meningkat...tp kalau ada rezeki tak menolak...

kat blog wordpress depa duk bincang..lea bulan 2 ni bersalin la dia...sabarlah hati...alahai........

umeboshi on Wednesday, January 21, 2009 at 12:01:00 PM GMT+8 said...

sabar ek Am. (kiter tahu, Am sentiasa tabah). insya-ALLAH kalo ada rezeqi nye nanti, ada la tu. ALLAH Maha Mengetahui.

cikya on Thursday, January 22, 2009 at 9:09:00 AM GMT+8 said...

Salm am.....kita honeymoon dulu Am, sabarlah itu semua kuasa Allah.

Abang Long on Saturday, January 24, 2009 at 5:35:00 AM GMT+8 said...

Kehidupan dan rezeki masing - masing sudah diatur. Kita boleh berusaha dan berdoa. Apapun, jangan putus harap dengan Allah.

Nor Ramli on Saturday, January 24, 2009 at 10:06:00 AM GMT+8 said...

Salam buat semua..
Saya sangat gembira dengan anugerah Allah buat sahabat baik saya itu. Saya yakin dan pasti Allah merancang yang terbaik utk saya dan suami. Terima kasih atas sokongan semua :)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino