Tahniah kepada pasukan bolasepak negara bawah 23 tahun yang berjaya merampas kejuaraan dari Myanmar dalam piala pestabola merdeka.
Apa kaitan aku ngan bola?
Aku tak main bola [pernahlah main futsal tu pun buat jadi pelengkap pasukan je..I am not a sportswoman...naa aaa...not me...]
Akan tetapi, aku sangat minat TENGOK perlawanan bolasepak.
Aku tak tahu bagaimanakah minat yang satu ini mula bercambah, yang pastinya, sejak sekolah rendah, aku selalu pergi menonton [read: menjadi tukang sorak yang sangat fanatik dan jeritan aku biasanya lebih kuat dari crowd yang ada...hahahahah...aku ahli pasukan nasyid dan koir sekolah (to USM) dan pernah memiliki vocal range yang sgt besar..soprano ke namanya..hihihi...but I lost it bit by bit...thanks to my chronic tonsilitis..]
Aku rasa..dan mak pun punya pendapat serupa, minat bola sepak aku ni aku warisi dari arwah apak. Arwah apak selalu menonton perlawanan bola sepak di sekolah aku, di stadium MPS Seremban (masa tu stadium Paroi tu belum ada lagi) dan juga siaran langsung/tertunda di RTM1 atau RTM2. Aku pulak bila masuk darjah 4, sesi persekolahan pagi, petangnya bila ada perlawanan yang melibatkan sekolah aku sama ada di padang sekolah atau padang sekolah orang lain (ada rombongan penyokong) aku akan turut serta. Ianya sangat menyeronokkan sebab pasukan sekolah aku dulu sangat hebat. Juara daerah ye...hikhikhik...striker aku dah tak ingat nama tapi ramai peminat (biasalah tu...). Bila aku dah selalu sangat gi tengok bola, arwah apak mula tak senang hati, yelahkan..kalau anak bujang yang gi tengok bola takpe gak. Ini aku..anak dara dia yang sihat dan montel ni. Muahahahah...akhirnya arwah apak pesan kat mak, no more football match for epel.
Sehari dua hari tiga hari aku ikut..tapi bila team sekolah aku dapat masuk final daerah dan perlawanan kat padang sekolah aku..takkan aku tak nak pergi plakkan? Akhirnya aku pergi gak. Mak sporting, mak kata, pandai2lah balik awal nanti sebabnya arwah apak jadi tetamu jemputan sebagai PIBG committee. Pas perlawanan sebab terlampau seronok bila jadi champion..aku lupa nak balik awak (walhal aku nampak arwah apak yang duduk kat khemah jemputan tu balik...). Aku kantoi...aku tak kena marah tapi aku dapat jelingan yang sangat tajam as arwah apak was not a man of words..tp jeling2 je..tak pukul...aku tak pernah kena jentik pun dengan arwah..Lepas dari tu, aku dapat full freedom nak gi tengok football match. Mak kata, kuah nak tumpah kat mana lagi kalau bukan kat nasik...huhuhu..aku jadi nasiklah plak.
Masa sekolah menengah, aku kurang sket sbb menengah rendah aku skolah agama. Takde girls yang gi tengok football match wp aku NAKKKKKKKKKKKKK sangat gi tengok. Walaubagaimanapun, peluang akhirnya datang jugak bila aku join team MASKAN (aktiviti akademik dan sports utk sekolah2 menengah agama kerajaan NS). Masa ni aku wakil sekolah utk kuiz agama (ehemm...johan negeri ye) dan patutnya wakil syarahan bahasa arab (aku hafal je..makna tahu sket2...) tapi jadual pertandingan kuiz dan syarahan bertembung, so naib johan sekolah yang wakil syarahan dan dia jadi johan..since kuiz aku menang gak takdelah terluka sgt hatiku ini.....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Tibalah perlawanan akhir bola sepak, aku gi tengok dan sebab aku memang penyokong yang berguna kepada team, bangsa dan negara (hahahah) aku pun telah terlupa yang waktu tu aku berbaju kurung dan bertudung labuh (pakaian seragam sekolah). Aku tak ingat team sekolah kitorang menang ke kalah, tapi strikernya tergolek kat kaki aku sebab kejar bola dan terbabas dan mencederakan kaki aku (kena spike tajam tuhh...sakit sehhh). Lepas match tu, aku kena bebel ngan senior (lady of course) sebab terover dose plak menjerit...hihihi..padan muka aku.
Masa kat MRSM, aku takde geng nak tengok bola and it was always the match between jasin and terendak yang berlangsung dengan keganasan siap gaduh2 baling botol kasut segala. Lagipun masa tu, kawan baik aku sangat baik dan bersopan orangnya..dia tak gi tengok match nih. Akan tetapi, waktu aku form 5, masa tu ada final round world cup. Wahhh.....mana bule tengok sebab match waktu pagikan. Masa tu US yang jadi tuan tanah. Final match tu antara Italy dan Brazil. Kami yang minat bola ni semuanya dengan sepenuh hati mintak kebenaran warden nak tengok match tu (Senin pagi- kol 4 rasanya start). Warden tak bagi kata putus sampailah pengumuman masa balik kelas prep (preparation class- wat homework, wat revision, seludup walkman and tidur once in a while...)
"assalamualaikum..perhatian kepada semua pelajar puteri, sesiapa yang ingin menonton perlawanan akhir bola sepak piala dunia, sila berikan nama anda kepada ketua blok masing-masing...ulang suara...daaa diiii dduuuuu dduu diii....terima kasih..."
Semua yang minat bola menjerit dan bersorak dengan pengumuman tu. Aku pun antara yang awal mendaftarkan diri untuk jadi penonton. TV kat dewan selera (DS) (teringat plak aku kat classmate aku yang sgt jahat(nakal sebenarnya) yang kami gelarkan kucing DS..hahahahah). Pagi tu around 3.30am, bilik2 yang mempunyai nama2 penghuni yang nak tengok match tu diketuk. Mamai2 kami sume g kat DS. Walaupun tu final world cup tapi aku sangat sakit hati sebab both teams, Italy and Brazil main bertahan je..ek elleee...banyak main kat mid field...ni yang nak marah nih. attempt goal pun tak banyak tapi walaupun tak banyak, aku dan kawan2 tetap menjerit sakan mengalahkan boys yang tgk kat DS diorang yang letaknya seberang jalan from ours. Aku sokong sapa? Hahahah...good question..sapa yang menang (lebih pada Italy sebenarnya..). Akhirnya perlawanan berkesudahan Brazil menang dan waktu tu subuh pun dah masuk. Kat kelas Isnin tu puas boys nak tahu sapa yang gi tengok match tapi takde sapa yang pecah lobang. Kalau sekarang aku dah tak kisah tapi waktu tu..girls sume nak jaga saham dan menten ayu depan boys...(wakakakakakakak). Akhirnya bila boys dok rancak bercerita itu ini itu ini..diorg pasang perangkap, cite 1 benda salah...aku pun terus je...'mana plak weii...kan ke mcm ni mcm tu...'
"ko tengok match tu epel??....ko tengok???" budak lelaki gamat gelakkan aku dan aku buat muka toya utk cover sebab terkantoi....anyway...mana ada orang berkenan kat aku pun masa aku sekolah menengah tu sebab aku sangat garang dan tak mesra alam. Kihkihkihkihkih.
Masa matriks aku melebarkan sayap aku dengan upgrade gi tengok bola kat stadium, masa ni team NS kuat..huhuhu..dan stadium paroi pun dah siap. Asalkan ada cuti aku tengok bola..asalkan ada bola aku cuti..hihihi...
Bila start degree year, aku dah takde masa dan jugak aku dah macam tak bape minat, masa ni banyak kes rasuah bola dan jugak team NS dah hampeh. Aku tak minat EPL..aku cuma suka tgk perlawanan local team, piala merdeka, piala asia, piala malaysia, piala sumbangsih, piala segala pialalah dan jugak world cup. Napa aku tak suka EPL? Ntahlah...aku ni kan patriotik sket..hihihi...cumanya aku ada koleksi jam, t-shirt dan jugak kalender, diary etc of Man U. Dulu kakcik aku blaja kat Manchester Uni.
Skrg ni aku dah lost track..since team mesia slalu main dengan main2..takde semangat...asyik pk duit je...dan jugak politiking yg berleluasa dalam persatuan bola sepak...aku jadi malas dan lemau. Apak pun dah takde...kalau tak mesti arwah lah yang akan menonton sume perlawanan di kaca TV. Ermmm..sebaklah plak...
Truly, perlawanan bola sepak is something that links me to apak directly. We shared the same interest...though arwah tak pernah bawak aku gi tgk match dengan sukarela (sbb biasanya aku siap awal2 dan dok tercongok tepi motor suzuki dia...)...hihihi...Tu kenangan yang takkan aku lupakan. Dengan sambutan merdeka ni jugak menggamit kenangan aku pada arwah...arwah sangat patriotik...mesti bendera (2 lagi tau) akan tergantung di pintu pagar rumah. Ni kali kedua arwah takde, bendera tu pun dah tak pasang lagi kat situ...Aku pernah buat satu nukilan tahun lepas...aku selitkan jugak kat sini...
Bendera dan Merdeka
Kala terlihat kibaran bendera
Kala terlihat kibaran bendera
Kekosongan dan kesepian melanda jiwa
Kala itu juga bayangan wajahnya
Melintas di minda
Tanpa sedar
Menitis airmata kerinduan...
Saban tahun tanpa jemu
Akan dikibarkan jalur gemilang di muka pintu
Bukan satu tetapi dua
Sering juga kami tersenyum
dengan kesungguhannya
hilang satu dibelinya satu
hilang dua berganti yang baru
Ahh...menitis airmata ini dengan kerinduan yang semakin sarat...
Merdeka kali ini
Tiada lagi kibaran bendera
Tiada lagi terlihat semangatnya
Tiada lagi wajah cerianya
Pergidengan segala rahsia hatinya
Terpahat kukuh dalam jiwanya
Aduhai airmata...mengapa makin deras kau mengalir
Kini...Hanya kenangan yang ada
Hanya kerinduan yang tak jemu bertandang
Baruku mengerti
ErtiSebuah kehilangan yang abadi....
Al-Fatihah buat Almarhum Ayahandaku...Haji Ramli bin Osman yang tak pernah lupa mengibarkan bendera kala tibanya detik ulangtahun merdeka....
1 comments:
hehehe.. boleh jadi jurucakap bola sepak ni .. heheheh... sabo jer ler .. brutal jugek makcik ni ..
Post a Comment