Tuesday, July 03, 2007

Hari pertama





2 Julai 2007.




Hari pertama aku jadi student PhD full time kat UiTM ni ...


Hari pertama hubby memulakan kerjaya di salah 1 GLC kat KL...


Sebelum ni aku yang tergesa-gesa keluar rumah waktu pagi dihantari hubby/drive sendiri...


Sekarang dah berubah..


Sebab sebelum ni selalunya hubby balik rumah semula. Kalau ada kerja baru dia keluar.


Tapi sekarang, hari-hari hubby kena keluar gi kerja..dan hubby bangun lagi awal dari aku..


Aku pun baru je nak sesuaikan diri...


Bukan dengan rutin harian...tapi dengan rutin mingguan- gosok baju hubby...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......susahnya gosok suar panjang org lelaki dan kemejanya....


hubby kata nak gosok sendiri tapi aku x suke sebab kalau hubby gosok sendiri , side tu akan jadi double triple dan quadraple..baju aku mcm tu xpe..tp jgn baju hubby aku. Pada aku, apa yg hubby pakai kalau ada urusan kat luar reflects me as his wife...muahahahaha...yoo oooo jerk....




Cite lain plak...


Satu pejabat ngan hubby, ada sorang lagi staf baru yg OKU jugak. Kami panggil dia Siti Ira...


Siti Ira ni ada kecacatan tulang belakang dari lahir. Walaupun begitu, Siti Ira ni kuat orangnya..kuat semangat dan cekal. Mak Siti Ira pun sama. Mak Siti Ira yang banyak fight utk kebajikan anaknya yang bongsu tu. Orang tak lalui orang takkan faham.




Sebelum aku kawen dengan hubby pun aku tak pernah fikir utk OKU. Aku tak pernah cuba untuk faham. Allah tetapkan jodoh aku dan hubby dan kami redha. Ehh...sambung cite Siti Ira...


Siti Ita ni merupakan pemegang ijazah sarjana muda dari UTAR. Semangatnya cukup kuat..Siti Ira memandu sendiri kereta, sama dengan hubby. Kat tempat keje baru, diorang dapat tempat letak kereta khas..park sebelah-sebelah. Bagus juga pengurusan GLC tu. Cumanya..tandas belum ada...atau memang takkan ada untuk OKU kat bangunan tu. Aku cuma doakan mereka mampu bertahan dengan serba kekurangan tu..sebabnya, bukan senang golongan OKU nak dapat kerja setaraf dengan kelayakan dan kemampuan. Aku selalu ulang ayat ni...mereka hanya kurang upaya fizikal-berkerusi roda...tapi akal dan fikiran tidak pincang ataulembap...mereka sama seperti orang lain bezanya, jika orang normal boleh berlari menuruni tangga, mereka perlu cari ramp yg sesuai supaya tidak jatuh/tergolek. Mudah-mudahan bangunan baru GLC ni yang dikatakan di Subang akan cepat siap. Bangunan baru akan dilengkapi dengan semua kelengkapan asas...tak payahlah risau macam sekarang.




Sebenarnya, hubby dan Siti Ira dan OKU yang lain dah menghadiri temuduga pada bulan September 2006. Dijanjikan lepas raya utk panggilan kerja jika berjaya. Kami tunggu punya tunggu..last2 amik keputusan kereta kami kena ubahsuai...hubby kena amik lesen memandu...tu kami buat bulan disember...lepas tu contact lagi GLC tu..kata Assistant Manager HR tu..kami memang nak panggil, cuma nak tunggu kelulusan dari JKM, kelulusan utk ubahsuai bangunan (sediakan tandas dan tempat letak kereta di basement). Bila management company dah setuju, JKM ok...kena minta kelulusan building owner sbb GLC ni cuma menyewa kat building tu..ding dong ding dong..owner tak bagi. Toilet tak boleh ubah, parking basement pun takleh buat gak..cemana? Kami hanya mampu menunggu..Akhir Mac, kami dipanggil ke GLC tu skali lagi..kali ni, harapan lebih cerah sbb disuruh buat medical check up..Kami merasakan masanya dah makin tiba ni..Anggaran gaji yg ditawarkan pun dah diberitahu...Meanwhile, hubby suggested kami kena pindah..masa tu kami dok Puncak Perdana...so hubby kata kena cari rumah yg dekat ngan my work place..supaya senang aku nak ke lab...dan juga tak jauh berulang alik at least for 1 of us...so tulah jadi kisahnya kami pindah ke seksyen 2. 3 KM from my parking space kat faculty early May.....hahahahahha. May dan Jun kami masih menanti...akhirnya second week of June dapat call dr GLC tu..alhamdulillah...hubby start keje early July...




Begitulah ceritanya...so sekarang, around 6.45 pg aku dah sampai opis..mudah2an banyaklah keje aku bule buat dan cepatlah aku habiskan tempoh pengajian aku. Huhuhuhu...doakan aku...doakan hubby...doakan siti ira...semoga kami tabah menghadapi dugaan ini...

2 comments:

Anonymous said...

bg jer kursus kat dia suh iron suar sendiri ahakss...

sd. on Sunday, July 8, 2007 at 11:18:00 AM GMT+8 said...

amin..

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino