Tuesday, February 20, 2007

Pokok Naga...


Benda yang paling aku suka buat bila balik umah mak aku ialah tengok koleksi pokok-pokok dan tanaman2 yang mak jaga dan rawat. I supposed she's trying very hard to occupy her time. Pas arwah apak meninggal she looks different. Bila dia start sebut nak tanam pokok naga and nak spend duit dia sendiri tanpa sesiapa pun bg suntikan modal, aku memang tak terkata apa. Know how stubborn, firm and determine she could be when it comes to 'making her dreams come true' ...aku cuma mampu doakan..moga mak sehat sentiasa wp dia akan berhabis2an tenaga dan masa untuk jaga kebun barunya tu.



Pokok limau purut yang berusia lebih 10 tahun. Buahnya lebat dan pokoknya rendang je..senang aku nak punggah buahnya since aku suka mandi guna limau purut ni...aromatherapy...hubby pun suka...so akulah orgnya yg suka mengkidnap buah limau ni everytime balik seremban. hihihi....
Aku suka sangat ber'aromatherapy' guna samada limau purut or/and daun pandan. Alkisahnya masa dok kat London dulu, alaa...waktu tu wat master...uni sponsored aku gi sana..kalau nak harapkan aku...hahahah...kim salam jelah gamoknye...kat sana, bila dah masuk musim panas, aku pindah umah..sewa bilik kat umah family dari mesia jugak...walaupun pengalaman dok ngan diorg ni ala2 amat perit dan pahit kerana ketidaksesuaian dan juga kehairanannya aku tgk perangai diorg yg ntah apa2 ni...aku gagahkan jugak. Masa summer, bunga2an amatlah murah harganya...kdg2 seharian aku akan asyik dok melilau kat high street tgk pas satu, satu gerai jual bunga...and biasanya dlm masa seminggu, bilik aku akan bertukar jambangan at least 2 kali...hihihi...sekali beli sejambak besau sepound...mana tak gilanya aku beli...muahahahaha...wangi dan harumlah bilik aku...bila aku stress bangat ngan keje lab, ngan spray dryer rosak ngan glassware pecah...aku akan balik umah..dok dendiam dlm bilik and mula memerhatikan jambangan bunga tu...hihihi....ada sekali tu..aku memang tension tahap gaban x,y,z potong 18 tiga perempat...balik dari lab aku terus ke China Town yang terletak di Leicester Square...aku gi naik bas 2 tingkat...sampai je trus aku redah gi kat kedai jual kicap kipas udang, belacan petai segala tok nenek dari mesia sume ada kat kedai tu...and aku sbnrnya hari tu nak gi cari daun pandan...aku beli daun pandan secekak ngan harga 3 pounds 99 pence. Lebih kurang RM28...kenapa?? sebab aku tension and aku nak lepaskan tension ngan buat bunga rampai...hahahahahhahaahha....lawaknya bila aku ingat balik semua ni. Pastu aku cari plak bunga ros and aku balik ke bilik sewa aku tu. Pas aku dah cincang2 daun pandan and gaul2 ngan minyak wangi n rose petals tu, aku bungkus dlm muslin cloth yg aku guna utk buat drug dissolution testing kat lab utk balut and aku letakkan dalam 7 tempat berbeza kat dlm bilik aku...hasilnya...sangat lumayan..wangiiiii...aku sgt suka...pastu aku dok dendiam dlm bilik and teruskan keje aku..tetiba ada bunyi ketukan di pintu...aku bukak slow je...tgk2 kakak tuan umah ada depan bilik..melayu gak...
'apa benda bau wangi ni epel?'
'saya buat bunga rampai..napa?'
'wangi sangat bau...kenapa buat bunga rampai?'
'saja je ..saya tension...saya buatlah' waktu ni suara aku dah nak start naik...sbbnya memang sepanjang minggu tu dia asyik cari kesalahan aku...walhalnya sewa bilik, utilities sume aku bayo...on time lagi...
''kalau buat mcm ni...jadi cemana plak ko epel?'
'saya saja...saya nak wangi2 dalam bilik sy...supaya sy tak stress sgt'
'haahhh!!! ko neh mesti ada saka kan...saka yang ko warisi dari mak ko..org n9 memang banyak simpan saka2 ni...mcm mak akak..dia pun ..bila saka dia dtg...dia akan cari benda wangi2 ni...' dan ntah apa2 lagi yang kakak ni bebelkan...
'kak...saya ni tensen...bukan saka2 ni...'
'yelah...slalunya org simpan saka ni...dia memang tak ngaku...mcm ko nilah...hmm...patutlah kdg2 akak rasa meremang bulu roma bila lalu depan bilik ni' pas senyum senget, aku terus tutup pintu bilik n kunci...
kepala hotak dia...nama je blajo tinggi...saka mendenya ada kat aku ni..memanglah lalu depan bilik aku meremang bulu roma...sbbnya...bilik aku sebelah toilet...gi toilet tu nak terkucil agaknya...meremang le bulu roma bila dah tak tahan tu...ces ces ces dan cesss lagi....hihihi...jauhnya aku menyimpang...back to seremban story...
Ni bunga mak tanam depan umah...bonsai je pokok ni...cantikkan bunganya...aku suka sgt...so lively...

Ni pokok bendi yang mak tanam gantikan pokok bunga matahari dia dulu...her passion utk tanam2an ni memang aku kagum sgt...

Ahaa...nilah kisah sebenarnya...pokok naga yang mak tanam di kawasan halaman belakang umah kami di seremban. Mak kata, dia nak gunakan tanah yang ada..sayang biarkan je tak diusahakan...actually kawasan blkg ni dulu penuh dgn pokok durian, rambutan, manggis(masih wujud), pisang, koko pandan and ubi kayu. Tak lama sebelum arwah apak meninggal, pokok durian tu disambar petir and terpaksa di tebang..sayang sgt...sebelum ni kami tak pernah teruja nak beli durian bila tiba musimnya sbb dari pokok durian yang sebatang tulah kami menikmati durian saban tahun...bila pk balik..mcm petanda plak...arwah apak sayang sgt ngan pokok tu...masa aku kecik2 dulu, hari2 arwah akan pastikan takde sehelai daun pun berselerak bawah pokok tu bila arwah balik dari kerja waktu petang..kalau arwah ada mesyuarat and balik lambat, kamilah yang kena amik alih tugas membersihkan bawah pokok tu...hmm..kenangan...

Mak yang usahakan sume..panggey org bersihkan kawasan belakang..suh org bajak tanah ngan traktor..mak paksa adik bongsuku ikut dia gi cari anak benih and gi blaja ngan org indonesia yg keje kat ladang buah naga ni di Pilah ke Terachi ntah...mak panggil orang suh betulkan pagar belakang umah tu....mak jugak yang kuarkan modal...mak tak nak sesapa pun bantu modal...mak kata..ni duit yang bulan-bulan anak berikan...cukuplah tu nanti...Abanglong, along and anak2 diorg yg balik every weekends sbb nak tolong mak walaupun mak tak pernah mintak tolong...bila ditanya...berbuah pokok ni nanti..mak nak buat apa ngan buahnya? "makanlah...." kata mak sambil senyum2. Ada 35 batang pokok...setiap satunya mak akan belek2 2 kali sehari..di waktu pagi bila mak siram pokok2 tu dan juga waktu petang....Aku terkilan jugak sbb dlm kesibukan aku setiap hujung minggu, payah jugak nak carik masa utk balik dan tolong mak di kebun naganya.. tapi mak selalu kata...takpe..mak akan jaga sendiri pokok2 ni...Bila difikir2kan...aku tahu, mak sunyi sebenarnya...dulu, dia slalu bising sbb dia kata arwah apak takleh tgk dia dok diam...ada je benda nak suruh dia masakkan..skrg ni...dia bising jugak sbb dia kata..dia takleh nak masak sbb takde org nak makan...ermm...hanya mak yang faham kesepian dan kesunyian yang melanda jiwanya...


Yang bertudung hitam tu mak...dalam usia yang menjangkau 64 tahun, kuat lagi mak nak jaga sume pokok ni...tak masuk lagi pokok2 bunga dan sayuran dia kat halaman depan umah. Moga Allah anugerahkan mak kesihatan dan kegembiraan.....!!!ameen....sayang mak...!!!

1 comments:

Ayahman Dragon Fruit on Wednesday, April 11, 2007 at 1:05:00 PM GMT+8 said...

Tahniah kerana berjaya mengusahakan tanaman ini. Kuat semangat yang ditunjukkan oleh ibu U tu. Calang-calang orang, bila dah menjangkau umur tu, tak der pikir lain dah. Sepatutnya anak-anak kena bagi sokongan 100%.
Saya nak tahu alamat sebenar tem[pat penanaman pokok ni, saja nak lawat kalau saya balik ke kampung di KP, boleh singgah kat sini.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino