Friday, January 12, 2007

French Fries dan BUDU BELACAN


Ke hadapan French Fries
Aku sebenarnya memang bengang tahap gaban Z potong 28 setengah dengan kau...
Bila kita bertentang mata saat kau menyerang aku pagi tadi...
Kurasakan bahasa mataku sudah terang lagi bersuluh...
Bahawasanya...
Aku tunggu masa saja untuk menyuruh kau meninggalkanku di situ secepat mungkin..
Tapi mengapa French fries..
Mengapa kau kayu dan batu sangat untuk memahami...
Bahawa kedatanganmu aku tak suka dan aku tak tunggu...
Bukan seperti lagu Candy yang popular beberapa zaman dahulu...
Akan ku tunggu....uuuuu..uuuu...
Detik tiba saat itu.....
Tapi sudah puas aku berbahasa melalui mata...
Kau tak faham juga...
Masih dengan keras kepala dan lagakmu yang sombong lagi bodoh bermadu...
Masih lagi mengecil-ngecilkan kemampuanku...
Dengan berlagak dan angkuhnya....
Ketahuilah French Fries....
Aku dah menyampah dengan lagakmu...
Aku dah loya nak dekat denganmu kerana baumu...sebab ini Malaysia...silalah belajar mandi pagi ye...
Aku juga dah tak larat nak melihat pancuran air liur dari mulutmu yang berbahasa kadang-kala tidak ku fahami maksudnya....
Ketahuilah juga...
Selain dirimu...si sushi king tu pun aku tak berapa selesa....
Pandai-pandailah membawa diri..
Manalah tahu..jodohmu di sini tidak panjang...
Pandai-pandailah berbahasa dengan menu-menu yang lain...
Kerana...
Aku yakin dengan semangat Malaysia bule..
Walaupun bukan bernama antarabangsa...
Setakat budu belacan...
Setakat ikan singgang..
Masak lemak putih umbut...
Atau pun tempe goreng...
Kami semua lebih berjati diri
Lebih berhati dan berjiwa
Kami semua tak gentar...
Kerana...
Niat kami hanya keranaNya..
Kami juga yakin..
Ikhlaskan diri...
InsyaAllah..
Segalanya pasti menjadi....

1 comments:

aku on Friday, January 12, 2007 at 8:32:00 PM GMT+8 said...

hahah marah nampak
nak campur rasanya tak lalu
sebab tekak ku ini tekak budu
bukan french fries bulu kelabu

kihkihkih :p

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino