Wednesday, May 23, 2007

Balik Kampung


Ni buah katak puru. Aku mula kenal buah ni lepas aku bernikah 2 tahun lepas sebab hubby aku teramatlah sukanya dia dengan buah ni. Selama 2 tahun aku hanya tengok je sebab tak rasa selera langsung tengok buah nih. Masa kami nak pindah hari tu adalah gi amik anak sedara belah hubby kat rumah nenek diorang kat Meru, kebetulan ada pokok ni. Aku pun trylah sket. Wahh...macam best plak. So aku pun dah jadi seronok makan buah nih. Ala-ala masam and lemak-lemak sket. Rupa tak bape nak comei tapi rasanya nyaman...huhuhuhu...



Esok aku dan hubby akan balik kg.

Balik KT ...kampung hubby..

Balik seremban..tu kampung aku.

So esok balik KT. Seronoknya...sebab apa? Lama dah tak balik KT nih..last balik raya haji hari tu..dah hampir 6 bulan tak balik. Bolehlah aku gi makan nasi dagang kat kedai mek sepioh hok jua gulai kepala ikang aye 45 ghiya hari tu.



Aku harapkan aku dapat membasuh semua kelukaan dan kedukaan serta tekanan yang melanda hebat. Nak mensucikan fikiran aku dan fokus. FOKUS. fokus. FokUs. fOKus. Perjuangan sebenar aku akan bermula bila aku kembali bekerja nanti.....Moga 2 tahun setengah yang diberikan mencukupi. Ameen...

Tuesday, May 22, 2007

Kenangan Terindah...


Last weekends, aku dengan cik Ust and cik senyum join ITEX 07 kat KLCC.
Ni kali pertama kami masuk pertanding luar uni. Berdebar toksah citelah.
Banyak gak yg kami input dari pertandingan peringkat uni dulu and kami improved banyak gak rasa akulah kan. Dengan marking paper exam budak-budak, dengan sibuk dengan lab, dengan demam yang lom baik sepenuhnya,dengan nak kena tulis paper untuk SiesEsAr. Aku memang tak cukup kaki tangan rasanya. Lupa plak, aku bukan hantar 1 produk tapi 2. 1 lagi dengan cik senyum. Aku rasa sangat bertuah dapat partner yang sangat fokus dan komited dengan kerja. Kalau harapkan aku, ntahlah. Aku terlalu banyak benda yang letak dalam kotak fikiran aku ni. Dengan confirmation yang blom kunjung tiba...ermm..sabar jelah kan.


Ni gabungan corak baju aku dengan baju cik senyum..huhuhuhu....takdo kojo betullah aku nih

Ni bakul buah kat booth aku dan cik ust. Kenapa bakul buah? Adalah kaitan dengan produk yang kami hantar tu. Habis je pertandingan ahad petang buah-buahan telah dibahagi-bahagikan kepada RA, EO Ai AR di Si dan juga aku. Muahahaha..Sodap mangga tu.



Ni plak booth kami. Aku dan cik ust. Booth aku dan cik senyum malas nak letak sebab ada muka aku terpampang kat situ..muahahahahaha....



Ni plak buah anggur yang kami uji..huhuhuuh...ada je staf yang jaga accidentally makan. Alhamdulillah selamat, so memang terbuktilah edible produk kami nih..muahahahah


Jeng jeng jeng..We didn't manage to get gold medal. Silver je. Jadilah. Alhamdulillah. Tahniah buat cik Ust yang kompiden menerangkan pada para juri. Aku cuma dok sebelah and sengih-sengih tanda setuju. Truly it was a very good experience. Syukur pada Allah SWT kerana izinkan kami menang. InsyaAllah pasni gi international exhibition. Cik Ust nanti gi molek-moleh deh. Kita buat lagi gempak!! Huhuhuhu...






Thursday, May 17, 2007

MARAH!!!!!!!!!!!!


Aku sangat marah hari ni.
Aku buat semua kerja yang aku kena buat.
Aku tak berkira dengan masa dan tenaga mahupun wang ringgit aku yang habis.
Itu perasaan aku minggu lepas.
Aku elakkan diri dari insan itu bukan sebab aku takut tapi sebab aku malas nak bergaduh lagi dan malas nak tunjuk muka muncung/masam/terlebih cuka pada orang lain.
Sepanjang hujung minggu aku sibuk sebab ada exhibition kat KLCC. Khamis, Jumaat dan Ahad aku habiskan masa di KLCC.
Sepanjang masa tu juga aku banyak berfikir. Bukan berfikir untuk membalas dendam tetapi berfikir untuk menenangkan diri aku dan juga mencari maksud tersirat di sebalik ujian ini.
Sepanjang tempoh itu juga bertiup kencang di pejabat tentang perkara-perkara yang berlaku ke atas aku. Hahahah..bukan aku yang menjaja, tetapi ramai plak yang sudi jadi tukang bawak mulut..putar alam pun ada..ular melingkau atas pagau pun ada..semuanya dengan bisa yang tersendiri. Cerita sebenar bukan dari mulut aku. Ish ish ish. Sedih, sakit hati, kecil hati. Pendek kata, memang luka parah jugaklah.
Pagi ni, aku lihat insan itu ada di bilik besarnya. Aku mempertimbangkan dengan akal serasional mungkin. Aku ketepikan ego dan juga sakit hati. Kerana apa? Kerana aku tak mahu orang lain menabur garam dan ajinomoto buat penyedap cerita.
Aku berterus terang. Apa yang aku rasa, rasional aku bertindak seperti mana yang aku lakukan minggu lalu.
Terdiam. Itulah reaksinya.
Selepas semuanya aku luahkan...ayat penutup:
"I'm sorry for what has happened but I was truly angry that time but I know I have to clarify few things with you so that either me or you dont feel bad about each other."
(Ayat dalam hati...lagipun takkan saya nak bergaduh dengan bos saya panjang-panjang, buat nyusahkan diri saya je..)
Akhirnya..
"Thank you epel...for coming and for the clarification...."
Aku pun taknaklah jadi orang jahil yang gagal mengawal kemarahannya.
As saying goes...Sesiapa yang tidak dapat mengawal kemarahannya dan membiarkan dirinya berterusan dalam keadaan itu adalah orang yang jahil....

Erkk...ngerilah plak.

DEMAM


Nanti aku update..
Ni nak updatelah ni. Heheheh..
Seminggu selepas kami pindah rumah, aku demam teruk.
Tak pernah seumur hidup aku bila aku demam aku tak lalu makan.
Tak pernah jugak bila aku demam aku tak boleh makan.
Semua yang aku makan aku keluarkan semula.
Dua kali aku pergi jumpa doktor, aku mula demam ahad tengahari, tapi aku tahan dengan makan paracetamol setiap 4 jam. Malamnya aku tak boleh tidur kerana tekakku sakit sangat. Esoknya aku ke klinik dekat dengan rumah tetapi demam aku tidak berkurangan juga. 2 Jam selepas aku makan paracetamol, suhu badan aku naik semula, aku menggigil, kepalaku sakit, tekakku perit teramat dan badanku lemah longlai rasanya.
Malamnya hubby ajak ke klinik lagi tapi aku tak larat, alang suruh gi klinik semula esoknya kalau masih tak kebah demam aku.Alang risau denggi tapi aku rasa tak kot sebab ada batuk dan selsema. Tambahan plak setiap kali tekakku berdenyut-denyut setiap kali itu juga aku muntah dengan teruk, sampai aku tak boleh makan langsung. Aku cuma mampu minum air kosong, itu pun minum seteguk demi seteguk. Huwaaaaaaaaa!!!!
Selasa selepas subuh hubby hantar aku ke DEMC sebab aku dah lembik sangat. Aku jumpa doktor dan beritahu doktor masalah aku, doktor kata bukan denggi sebab aku ada batuk dan selsema, selamat darah aku, kalau tak mesti kena amik darah..huhuhuhu..sakit wooo....!!! Doktor tukar antibiotik aku, doktor semalam bagi ampicilin je kat aku (which dari mula lagi aku dah agak ianya takkan berhasil-adakah sebab psikologi itu mempengaruhi kadar penyumbahan aku? Heheheh), hari ni aku dapat Augmentin-amoxicillin dan clavulanate potassium. Mahal ooo sebijik..tak ingat plak aku berapa harganya. Antipyretic pun tak dapat PCM je, dapat yang combination jugak- myoflex (PCM 500mg + Orphenadrine citrate 35 mg) sebab aku dapat body pain yang teruk gak. Uwaaa......!!!! Doktor bagi jugak pain killer- sebab aku sakit kepala teruk. Pain killer kalau amik combination dengan PCM boleh bagi kesan sinergistik (tolong menolong sesama kita..huhuhuhu). Lozenges pun aku dapat Difflam..wahh...bape RM lah uni kena bayar untuk kos rawatan aku nih. Aku dapat MC dua hari.
Isnin sampai Rabu aku melepek kat umah..bukan melepak ye..sangat tidak larat. Suara tidak keluar..makanan tidak masuk. Banyak gak aku belajar dari ujian ni. Antaranya, selama ni aku selalu hairan dengan orang yang tak lalu makan/makan sikit je dah kenyang..and memang tak boleh makan lebih dari apa yang diorang makan. Aku tak faham kenapa dan apa perasaan mereka. Mereka ni jugak bukanlah orang yang memanjang nak jaga figure (I'm not against these people sebab aku memang tak pedulik sangat pasal figure aku sebab kalau aku kurus habislah berkedut muka aku. Wakakakakka...) tapi just tak selera.
Dalam kamus hidup aku, aku tak tahu perkataan takde selera..apa yang ada hanyalah terlebih selera sebab tulah badan aku tak pernah turun beratnya melainkan naik belaka (ada sekali turun 7 kg masa bulan puasa sebab aku makan diet formula, pas raya aku balik kampung and terlupa nak bawak balik...hancus ...naik balik badan aku macam tayar kempis di pam dengan pam kat stesen minyak. Hahahahahah). Akhirnya, hari khamis aku kembali ke pejabat tapi suara aku tak keluar. Kebetulan plak students and parents diorang ramai yang call sebab nak merayu masuk program ______ kat fakulti aku yang aku baru je dapat surat terima kasih atas khidmat sebagai KP. Yelah, sebab aku dah nak cuti belajar bergaji penuh Julai ni. Aku masih belum boleh makan nasi banyak. Semua spesies benda berminyak aku tak boleh nak telan. Aku cuma makan nasi sket dengan ayam panggang (bukan ala-ala BBQ tapi ala-ala ayam terjatuh dalam api unggun orang bakar sampah masa musim panas). Walaupun tak sedap tapi tu jelah penyumbang tenaga aku sebab aku malas nak pergi hospital untuk 'masuk air' (on drip) walaupun aku dan dehydrated gila-gila. Bibir kering, bawah mata aku lebam dan cengkung dan mucosal membrane dalam mulut aku pecah-pecah. Huwaaaa!!! (Sesungguhnya ujian sakit itu adalah kifarah dosa. Ameen..)
Hujung minggu tu aku makin pulih dan aku habiskan masa di rumah sebab memang aku keletihan dan kelesuan. Demam dah ok, suara dah makin pulih, satu je yang tak ok lagi- aku masih constantly muntah kalau makanan tu berminyak terlebih ataupun aku tersedak sikit waktu makan sebab aku batuk. Bila orang dok dengar aku uwek uwek kat toilet, maka keluarlah soalan antaranya :
Pn Epel pregnant ke? - taklah - Dah pegi check Doktor ke? ( kalau sy yg ngandung kenapa doktor plak nak di periksa? Hahahahahhaha) - Taklah kak..saya tak pregnant..cuma saya kena viral fever yang teruk. Tu sebab saya muntah.
Dan sampai ke hari ni, walaupun dah 2 minggu lebih aku demam, aku masih kena jaga makanan aku sebab sebarang makanan yang terlebih minyak/ajinomoto/yang buatkan aku tersedak akan membuatkan aku muntah dengan jayanya. Aku bukan aneroxic!!!! Cuma aku masih tak sihat. Aku juga tidak pregnant!! Cuma batuk aku masih teruk dan selsema juga masih ada.
Moga aku sembuh segera. Aku redha dengan ujian ini.

Tuesday, April 24, 2007

Pindah...


Lama tak nulis ni...
Aku dgn hubby sedang busy banget sebab ahad ni kami nak pindah rumah..
So aku takleh tulis panjang2..banyak benda nak setelkan ni..banyak banget...
talian tepon..talian internet...dan mcm2 lagi....selamat bercuti panjang buat rakyat mesia!!!

Wednesday, April 18, 2007

Laptop lagi


Last week aku hampir kehilangan laptop.
This week pulak, laptop aku makin kehilangan daya pecutan.
Antivirus yang uni subscribed dah takleh nak cover semua tok nenek cacing kerawit yang ada. Bila aku call comp technician, diorang kata, download antivirus lain, karspersky ke apa ntah namanya lagi. Bila aku download sendiri, kena uninstall dulu yang current antivirus, kena ada password, bila aku call kat smb minta password..
Diorang balas gini..
"Maaf puan, tak boleh ye nak uninstall antivirus sebab kalau ada apa-apa yang berlaku pada laptop puan, pihak uni takkan bertanggungjawab,"
Aku nak je melaser, tapi aku control dan aku balas pula begini...
"Ye, saya faham, tapikan kak, laptop saya ni dah penuh dengan virus sampai nak klik tanda pangkah kat window tu pun amik masa lebih 30 saat,"
Akhirnya aku dapat jugak password tu. Aku install semua then laptop aku konk terus..muahahahahah....alhamdulillah aku dah backup semua filekan..kan kan kan...hikmah di sebalik kehilangan sementara.
Isnin aku hantar laptop aku ke computer lab dan aku cilok sebijik laptop fakulti untuk aku gunakan sementara. The best thing about the new comp technician ni (pompuan tau...) ..she is very efficient. Aku hantar senin, selasa dah siap reformat...wahhhh..cayalah....hari ni baru aku amik laptop tu sebab semalam aku cuti.
Hari ni aku dah dapat laptop aku semula..alhamdulillah...but still kena isntall printer etc....banyak gaklah. Speed pun dah ok sket though not as fast as laptop baru yang aku cilok tu and dah pulangkan balik pagi tadi.

Thursday, April 12, 2007

PC..sebuah ujian kehilangan...


Aku pernah dengar orang hilang laptop.
Aku pernah dengar orang kecurian laptop.

Kali ni aku nak bercerita pasal sejarah aku dan komputer sama ada laptop/desktop.

Komputer pertama yang aku beli adalah desktop second hand milik senior aku ketika di USM. Waktu tu aku cuma ada RM800 dan dia jual desktopnya padaku. Ketika mula-mula beli aku selalu imagine..bestnya..bule tengok CD..bestnya bule main game dasyat-dasyat. Bestnya tu dan bestnya ni. Masa tu aku tatau pasal RAM..processor...hard disc (mcmlah skrg ni aku tau sgtkan...) Bila aku bawak balik PC tu kat bilik aku...masa tu aku dok desasiswa K. Huhuh...first floor..bilik berdua..sampai je kat bilik aku..takleh onkan..kena aku hantar kat cyber cafe yang terletak di cafeteria tu. Balik PC tu ke aku..aku cuba nak tengok VCD, kawan aku yg bawak..cite hindustan..tak ingat tajuk apa dah. Percubaan ni membuatkan kami semua tertidur sebab cite tu kami tonton dalam keadaan slow motion ...hahahah...processor tak power..memory sket.

Walaubagaimanapun, aku tetap berbangga sebab dengan PC tulah aku berjaya siapkan clerkship report dan juga thesis final year aku yang bertajuk : Kesan saiz partikel chitosan dan jenis pengikatnya terhadapt pembentukan tablet. Wahhh...huhuhu..dapat A+ tau paper ni.

Bila aku grad, arwah apak belikan PC utk aku kat umah seremban sebab waktu tu aku buat housemanship kat sana. Kata arwah apak:
"Biar senang dak epel tu nak cari bahan rujukan dari internet nanti,"
Akhirnya apa yang aku rujuk? mIRC, YM dan MSN messenger..ICQ tak suke sangat. Huhuhu...

Pas dapat scholarship ke UK, aku tak leh nak beli laptop sebab aku baru je beli kereta kancil. Sayang sangat aku dengan kete ni. Asalnya aku beli kete ni sblm dalam scholarship ke UK tu...waktu tu aku dapat scholarship sebuah IPTS terkenal di Cheras tu haa...depa suh aku buat M Pharm di USM. Lom sempat tandatangan kontrak, aku cuba-cuba je gi interview utk scholarship kat sini..mana tau memang jodohku di sini. Masa tu aku pujuk mak sebab sebelum dpt scholarship IPTS aku dah dapat scholarship USM, gi australia...tapi tak mak tak bagi sbb sept 11 terjadi beberapa bulan sebelum aku berangkat. Alhamdulillah mak izinkan. Kereta kancilku? Adikku yang melenjan sampai aku balik semula ke tanahair.
Masa di UK, aku takde laptop, nyawaku untuk guna PC adalah di makmal komputer kat campus Waterloo, Franklin Wilkin's Building tu. Masa tu housemate aku offer gak laptop dia..tapi mana bule pinjam barang orang lama-lama..mula-mula dia sukalah.pastu dia benci dah pepandailah cari jalan nak usahakan sendiri punya. Pastu sorang kakak ni dia offer nak jual laptop dia..aku pun offer nak beli..mana tau rupanya sama ngan PC yang aku beli masa aku undergrad dulu..ermmm.....kasihan dia...abes gaklah GBP 190 ke kalau tak silap aku. Masa balik cuti easter/bertunang (huhuhu) aku beli laptop aku sendiri. Tu yang aku usung balik ke London tu dan dapatlah aku siapkan thesis MSc aku dengan tenang sebab sendiri punya.

Bila start keje, lepas setahun, aku dapat laptop dari fakulti. Nilah yang aku dok guna di pejabat dan di rumah. Laptop lamaku hubby yang guna. Selalu gak hubby merungut sebab lambat..almaklumlah..dah lama..hhuhu..

Ada beberapa kes kehilangan laptop di fakultiku sepanjang 3 tahun aku disini.
Kes 1
Ka Che kehilangan laptop yang ditinggalkan di dalam bilik pejabatnya. Esoknya dtg tgk2 bilik dah kena pecah..laptop dah hilang..isk isk isk..merana..sumenya ada dalam tu. lecture notes, paper, research data..segalanyalah..
Kes 2
Jim pa waw nun hilang laptop gak tp takde masa nak cite pasal ni.. hahahah
Kes 3
Kak Chah...aku tatau plak cemana kisahnya yang pastinya dia claim hilang.

Since aku takde desktop di opis, aku kenalah angkut laptop aku ni dari opis ke rumah ke opis everyday without fail. Bayangkan..sebab aku fobia dengan semua kisah kehilangan tu maka aku jarang meninggalkan saja di dalam kereta. Aku gi beli barang kat Tesco pun aku angkut..even gi pasar malam pun aku akan galas begnya di belakangku. Pedulikan apa orang nak kata. Kalau apa2 jadi kan aku jugak yg susah...


Pagi tadi..
Aku gi keje macam biasa hubby hantar.
Masa nak kunci umah aku letakkan beg laptop dan beg tambahan aku yang penuh berisi data kerja aku di makmal serta log book research aku. Ada yang aku dah key in dalam excel ada yang belum.
Pas kunci umah aku pun melangkah masuk ke kereta.
Sepanjang perjalanan, dadaku asyik berdebar..hubby kena layan bad mood aku yang asyik kritik caranya membawa kereta..cian hubby..huhuh...Pas isi minyak di Petronas dan juga isi angin tayar wheelchair, kami sampai di fakulti, macam biasa gak aku belikan sarapan utk hubby. Pastu aku suruh hubby bukakan bonet kete sebab nak amik beg laptop dan beg lagi 1. Buka bonet...

KOSONG!!!!!!!!!!

berderau darah aku, laju adrenalin di pump dan mukaku terasa kering. Terbayang beg laptop dan beg tambahan yang aku sandarkan di luar pintu rumah. Terbayang pintu pagar yang tidak bertutup untuk mudahkan hubby masukkan kereta ke tempat letak kereta bila dia balik nanti....
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"yang!! laptop tertinggal kat depan pintu umah!!!"
Hubby terus amik tindakan pantas menghubungi jiran kami di hadapan rumah
"minta tolong makcik simpankan beg tu ye..epel tertinggal di depan rumah td. Jika ada makcik simpankan ye..." Pantas hubby suh aku masuk kete dan memecut pulang ke rumah

Aku tatau nak kata apa..dah terbayang segala kemungkinan yang buruk-buruk. Data yang aku kumpul sejak 6 bulan, gambar tikus aku yang aku amik setiap hari, segala scientific journal yang aku dah susun ikut tajuk dan tarikh, segala research paper yang aku tulis, abstract, dokumen admin, senarai markah pelajar, nota kuliah.......wajah Ka Che..kak chah..beg laptopku...Ya Allah..ko selamatkanlah beg laptopku itu...

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pas 10 minit, aku call semula makcik.
"Makcik...ada ke beg saya?

"Makcik gi tadi...tengok-tengok....
Lambatnya ayat makcik tu nak dihabiskan...

"Tengok2 ada kat situ..ni makcik dah amik simpankan.

"Mekasih makcik...Alhamdulillah..."

Syukur padaMu ya Allah.

Ni aku insaf dah. Aku dah buat 2 backup dalam CD dan 2 backup files dalam portable hard disc aku.

Tuesday, April 03, 2007

PGM the movie..bukan PGL the movie ye!!


Kisah ni aku pun aku pernah hantar ke mailing list dulu..saja je..tension dengan ISO audit esok. Macam-macam sgt nak kena siapkan..pastu sangkut sbb tetiba je aku kena pegang file prosedur kerja org lain. Hampas betul...melampau le tu...takpe..aku siapkan je sume dokumen ni ..esok waktu audit aku kurung diri kat lab aku...muahahahahahaha...jahatnye!!! Cerita di bawah adalah kisah benar dan aku gunakan ganti nama saya=> very d skema.. hihihi

Teringat pengalaman attachment di wad psikiatri di Jalan Perak,
Penang.
Masa tu saya pelajar tahun akhir sarjana muda jurusan sains farmasi
di USM, dalam tahun 2000. Kebetulan pula, nak melangkah je masuk ke
tahun akhir saya ditimpa ujian, kena jalani pembedahan. Bukannya
serius pun, sebab appendicytis je, jadi kenalah dilakukan
appendisectomy. Bila mula attachment tu saya masih lemah sebab baru
2 minggu lepas pembedahan.

Kami ni pun pergilah ke Wad Psikiatri Jalan Perak. Ada 2 bangunan,
belah kiri, wad lelaki dan belah kanan, wad perempuan. Kami memang
akan ke wad perempuan sebabnya lebih kepada keselamatan. Pesakit
yang ada gangguan mental (selepas ini saya akan singkatkan pada PGM)
yang perempuan lebih seronok bila ada doktor/kakitangan/pelajar mcm
kami ni yang lelaki. Sebab student farmasi masa tu ada 100 orang
tapi lelaki ada 16 orang je, so kami dihantar ke wad perempuan.
Sesampainya di sana, kami disuruh masuk ke bilik tutorial yang
disediakan dan seorang demi seorang diberikan case file yang perlu
kami teliti dan sediakan laporan untuk penilaian.

Saya dah tak ingat nama PGM yang saya dapat kesnya tapi saya ingat
masalah PGM tersebut.

Dia dapat masalah mental pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun.
Gangguan bermula apabila dia ditinggalkan tunangnya dan sejak itu
dia ada kecenderungan membunuh diri. PGM yang saya teliti casenya
ni, dia akan memperhatikan setiap objek yang ada disekelilingnya dan
akan diubahsuai dengan imaginasinya untuk dijadikan alat/cara untuk
mencederakan dirinya.

Semasa dirumah sebelum dihantar ke wad
psikiatri tersebut, dia pernah mengerat rambutnya dengan parang
sabit rumput. Rambut pesakit ni memang panjang tapi dah jadi macam
dipotong 'layer style' dari kanan ke kiri. Kukunya dibela panjang
sebab dia rasa kuku tu pun boleh digunakan untuk cederakan diri dia
nanti. Kuku saya yang sederhana panjang pun dia belek-belek dengan
penuh minat, dia tanya saya
"kuku ni kalau cucuk kat pipi mesti boleh kluaq darah.."
Saya waktu tu sebenarnya takut dan risau tapi sebab nak siapkan
laporan terus juga duduk dengan PGM tersebut dan menemubual beliau.
PGM ni juga sangat gemar duduk di depan pantry yang digunakan
jururawat.
Saya tanyakan juga,"kenapa suka dok depan ni?"
Jawabnya, "sebab dalam tu ada pisau, tajam, buleh buat macam-macam,
senang kerja nanti."
Telan air liur saya dengan jawapan PGM tersebut.
Kebetulan saya sematkan pin tudung di kiri dan kanan tudung untuk
elakkan tudung tu berubah kedudukan. Pin tu pun dia usap-usap penuh
perasaan. Katanya lagi, "Pin ni panjang dak? Nak try tengok boleh
sampai mana kalau cucuk kat dada ni,"
Uwaaaa!!! Mak!! Tolong anakmu ini. Heheheh..tapi tu dalam hati je,
kat luar kontrol macho aaa...
Di belakang wad tersebut ada rumah flat yang bumbungnya boleh
dilihat dari tempat saya bawa dia berbual (sepanjang 3 hari saya di
sana, saya bawa PGM ni berbual di beberapa tempat berlainan untuk
melihat respond PGM ni). Sepanjang perbualan itu juga, matanya tak
lepas memandang bumbung rumah flat tersebut.
Akhirnya dia kata pada saya, "kalau dapat panjat bumbung tu mesti
seronok."
Saya tanyalah dia, "kenapa?"
PGM ni jawab, " kalau panjat, bule terjun, kalau terjun, paling-
paling pun pecah kepala tu."
Saya terdiam terkedu.

Sepanjang berbual dengan PGM ni, dia takkan jawab soalan yang tiada
kaitan dengan topik objek untuk mencederakan diri atau subjek
tunangnya. PGM ni bagitau saya tunangnya datang menziarah setiap
hari tapi bila saya semak senarai pelawatnya, yang pernah datang
hanyalah ibu dan bapanya sahaja itu pun 2,3 kali sahaja sejak
dimasukkan ke wad tersebut 5 bulan sebelum itu.

Sebelum balik selepas hari ketiga berakhir dan saya telah dapat
segala maklumat berkenaan sejarah pesakit, maklumat semasa pesakit
dan juga ubat-ubatan yang di ambil pesakit, PGM yang saya jadikan
bahan kes ni tiba-tiba menangis kuat dan berlari menuju ke arah saya
yang masa tu sedang berjalan menuju ke pintu pagar untuk keluar.
Dia menjerit sambil menangis,"adik, adik janganlah balik...kalau
adik balik kak nak ikut."
Saya terkedu dan jururawat segera datang meleraikan pegangan PGM ni
pada hujung lab coat yang saya pakai.

Di dalam bas yang menuju pulang ke kampus di Minden, kawan-kawan
saya sibuk mentertawakan saya, mereka kata saya ni memang muka yang
PGM suka dan berkenan.
Walaupun zahirnya saya ketawa bersama mereka, tetapi emosi saya
sangat terganggu. Saya sedih. Betapa lemahnya kita sebagai manusia.
Tanpa akal fikiran yang waras, apalah bezanya kita dengan hidupan
lain di alam ini? Bersyukurlah kita semua kerana masih Allah
kurniakan akal fikiran yang waras dan terkawal walaupun tekanan
sentiasa ada.

Aku dan Motor....


Aku dah penah hantar kisah ni ke group yahoo dulu. Tetiba teringat...aku koreklah balik dan tepeklah kat sini...

Kisah motor mengingatkan aku zaman aku belajar undergrad di USM Penang dulu.
Almaklumlah, student, untuk memudahkan pergerakan sebab waktu tu aku agak aktif dengan aktiviti akademik dan bukan akademik. Pujuk mak, mak kata, tak adil kalau
dia belikan untuk aku sedangkan adik-beradik yang lain dia tak belikan. Lagipun
kami bukan orang berada. Akhirnya, aku beli motor dengan duit simpanan dan
sedikit bantuan dari kakak-kakak and abang. Mak pun cip in sikit. Motor tu honda
C70. Plet pendataftaran PDF 7601. Tulah kenderaan berenjin pertama aku miliki
dengan harga RM1700. Yelah, masa kecik-kecik dulu ada dah kenderaan tapi tak
berenjin le. Beskal namanya..hihihihi.

Aku ada pembonceng tetap dan separa tetap. Yelah, ada juga kawan-kawan yang
takde kenderaan sendiri dan kena naik bas USM. Ada satu peristiwa yang bila aku
ingat balik mesti aku akan tersenyum sendiri. Kisahnya begini...

Dalam kampus USM dahulu kala tak perlu pakai helmet apabila menunggang
motorsikal tetapi arahan pemakaian dikuatkuasakan selepas beberapa kemalangan
maut berlaku dalam kampus. Jika tidak silapku, masa aku di Matrikulasi tahun
kedua penguatkuasaan ni berlaku. Lagi satu, aku cuma ada Lesen L sehinggalah di
tahun ketiga pengajian. Tu pun sambungan dari lesen L yang digunakan untuk ambil
lesen kereta pada tahun 1995. Lama tu. Tapi dahulu dan sekarang sistem untuk
mengambil lesen kenderaan dah berubah. Sekarang lebih leceh dan mahal
belanjanya.

Berbalik pada kisah tadi. Masa di semester ke empat, waktu tu aku masih belum
ada lesen penuh untuk motor lagi. So adalah terlekat tanda L di depan dan
belakang motor ku tu. Hari selasa pagi, kami ada kelas di dewan kuliah X (DK X)
sehingga pukul 9.30 pagi dan 10 minit selepas itu kami ada kelas di Pusat Bahasa
yang letaknya hampir 3 km dari DK x tu. Dalah laluannya berbukit bukau. Jadinya,
yang bermotor kurang bermasalah tetapi bagi yang berjalan kaki memang ada
masalah dan selalunya mereka akan lambat sampai kerana menunggu bas atau
berjalan kaki. Seorang kawan ku, FAR,kebetulan hari tu sakit kaki,
so dia nak tumpang aku, dan aku takde helmet lebih
dahlah tu, lesen L yang terpampang tu. Dalam hati berkata, kalau ada pak guard
buat road block ni, habislah. Tapi sebab kesian punya pasal, tumpangkan juga
sebab kawan-kawan lain semua dah ada pembonceng.
Aku kata pada dia, " FAR, kalau ada road block, ko terjun jelah dari motor ni
ek.." FAR cuma ketawa. Yelah, bukannya selalu pak guard buat road block pun.

Aku pun memecut laju ke hala Pusat Bahasa. hihihi..macam lawak, apalah sangat
pecutan yang Honda cup macam motor aku tu bule buat, ye tak. Tiba di
persimpangan nak naik bukit di depan dewan bahasa, tiba-tiba kuar dua orang pak
guard yang sedang nak tahan sebuah motor di depan aku.

"Allah, FAR!!" aku terjerit sebab dah gelabah. Spontan, aku brek mengejut dan
FAR yang kat belakang terkejut sebab dia tak nampak pak guard tu. Kalau kena
saman, terbanglah duit aku RM20 untuk satu kesalahan tapi aku buat dua ni. RM40
untuk student macam aku ni sangat besar dan bererti. Duit makan 10 hari tu.
Motor aku berhenti kira-kira 6 meter dari pak guard tu dan si FAR yang dah
sedar ada road block dengan lagak ayunya turun motor dan terdengkot-dengkot
melintas jalan depan pak guard tu. Hihihihi. Pak guard tu tahan aku, aku dah
berdebar tahap maksimum. Pak guard tu senyum-senyum and kata, "Lain kali, jerit
tu slow-slow sket, jangan buat lagi,"
Aku terkulat-kulat depan Pak guard tu dan cuba tersenyum kontrol ayu walaupun
aku rasa senyuman aku tu senget semacam. Hahahahah...

Lepas peristiwa tu, aku serik dh nak tumpangkan orang walaupun dengan helmet.
Cuti semester tu juga aku gunakan untuk mengambil ujian bagi memperolehi lesen
motor B2. Kebetulan aku tak balik kampung bercuti sebab sibuk siapkan projek
penyelidikan untuk thesis tahun akhir. Alhamdulillah sekali amik je aku lulus.

Kisah amik lesen motor pun macam-macam gak. Masa tu aku perhatikan, kebanyakan yang fail test motor ni ialah budak-budak muda yang nampak ada iras mat rempit. Jatuh jambatan..walhal aku buat ok je..(belagaklah plak..almaklumlah dah pass..hihi), pastu kat pusingan bentuk 8 tu pun bule masuk terbalik. Yang paling best aku rasa bila buat emergency break tu...hihihi...sampai kuar asap...bunyi dasat...

Itulah sedikit coretan kisah aku dan motor. Motor tu aku dah jual 4 bulan
lepas aku start housemanship kat hospital seremban dan aku beli motor yamaha
lagenda pulak yang juga aku jual di akhir housemanship aku dan berubahlah
kenderaan dan gelaran orang terhadap aku. Dulu staf farmasi hospital seremban
panggil aku minah rempit. Hahahah. Kenangan.

Sekarang ni, hubby dah tak bagi aku bawak motor wp gatal je tangan aku nak bawak motor. Best best best

Thursday, March 29, 2007

Happy birthday Ekha...


Simple and small yet very meaningful for all of us yang dah tepu untuk hari ni. Esok n lusa Si fu takde...hihihi....sabtu takde letrik kat sini tp dengarnya fakulti kami on mcm biasa sbb banyak lab yg ada benda2 sensitip and perlukan tenaga eletrik berterusan...apa tu? hahahahah...

Birthday cake...aku tak bayar sebab diorang kata tak payah...so next time kengkawan...though I'm like girl next door gitukan...inform me ye kalau nak kumpul2 duit ke apa ke. wink wink wink


This is ekha...the birthday girl. Dr Teh kata she is adorable and sweet..aah kan...

Ni kek buah yang Yanie punye kot...tatau le...tak sempat makan sebab dah takde kat atas meja tu...huhuhuhu

The whole team lab sebelah...basically my Sifu ada 2 kelompok students..These girls and guys are very young. 1 of them dah nak abes PhD and she is 3 years younger then me...go go Jaya!!! Jangan lupa plan tikus farm kita ye...hihihi..Khaizan dah abes MSc and baru enrol led for PhD plak. The rest sdg buat MSc. Very rajin and dedicated unlike me...very busy pegi meeting and dedicated to teaching...bila ko nak buat research epel?? ahahahha...buatlah ni...kan sdg develop tu...Yang berbalut-balut dengan aluminium foil and looked like kapal angkasa alien salah landing tu are dessicators....my lab kat sebelah lagi satu...tempat letaknya barang-barang berharga ratus2 ribu...huhuhuh...
Kami takde pinggan...kami takde piring...kami sedang cuba berinovasi..seb baik bukan berinokom...ahakss...mula-mula ala2 kontrol...pastu....jeng jeng jenggg....


Sket lagi...pastu...zrappppp...hahahah..koyak pun kotak kek ni


Me n Jaya dok nyuap kek..khaizan snapped gambo ni..dia kata goyang aaa kak epel...erkk...hahahah...kena tekan suis takmo bagi goyang tu aaaa...

Khaizan yang tension ambik gambo sendiri..Yanie sengih2 tanda setuju...hahaha
huuuhhh!! makan pun posing...makan je...kunyah slow2...


me n yanie...tayang gigi rabbit..ouchhh....dah maghrib...solat solat solat kengkawan...

p/s: PERHATIAN!! JANGAN MAKAN DI DALAM LAB....ahhahahha..aksi di atas adalah untuk golongan profesional sahaja...

Latest Edition...AIMAN HAFIZ





Aiman Hafiz..latest edition barisan nephew yang ada. Kejap je..he's now 5 months plus. Lama tak jumpa dia..last Tuesday jumpa dia..hihih...bestnya gomol2 pipi dia yang gebu tu..ahakss..dahi jendul, mata bulat, idung penyek...hahahah..kompom anak sedara aku.
Air liur mejejer-jejer...masa ngandungkan aiman hafiz ni, babah dia dok kat Sudan..banyaklah benda yang menurut kakak aku tak sempat dia nak makan...sebab tu le air liur aiman hafiz ni non-stop. Ye ke mcm tu? Any scientific proof? hihihihi

Senang ketawa bila diagah and bibir..muka dia sama je macam potostat abang-abang dia yang bertiga..hahahah...kakak2 aku dapat anak lelaki, abang plak dapat anak sume pompuan. Sorang je kakak aku yang ada anak berlainan jantina.

Hihihi...akhirnya dia sengeh gak...gigi sudah ada ka? OoOoO..belum...

Rajin plak aku antar entry..kenapa?

Sebabnya, aku agak senang hati pas I had a very good discussion with my supervisor since yesterday. Ada results utk di bentangkan dan ada suggestion untuk my lab work though not that promising but at least I know how to handle those rats better than before. Banyak lagi benda nak kena buat and insyaAllah..take one thing at a time. Mudah2an sumenya mudah utk aku dan juga kawan2 lain yang dok kat lab ni. Caiyok caiyok!!!

REDHA...



Sambungan dari posting yang terdahulu...
I came across one interesting article. Bila aku baca, rasanya penulis ni nak sampaikan konsep redha dan bersangka baik secara islamiknya. Nak share ngan semua.

Author: Stephen Covey
Discover the 90/10 Principle.


It will change your life (at least the way you react to situations). What is this principle?

10% of life is made up of what happens to you. 90% of life is decided by how you react. What does this mean? We really have no control over 10% of what happens to us. We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic. We have no control over this 10%. The other 90% is different. You determine the other 90%.

How? ……….By your reaction.



You cannot control a red light. but you can control your reaction. Don't let people fool you; YOU can control how you react. Let's use an example. You are eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You have no control over what just happened. What happens next will be determined by how you react.
You curse.
You harshly scold your daughter for knocking the cup over.
She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your spouse and criticize her for placing the cup too close to the edge of the table. A short verbal battle follows.
You storm upstairs and change your shirt.
Back downstairs, you find your daughter has been too busy crying to finish breakfast and get ready for school.
She misses the bus.
Your spouse must leave immediately for work.
You rush to the car and drive your daughter to school.
Because you are late, you drive 40 miles an hour in a 30 mph speed limit.
After a 15-minute delay and throwing $60 traffic fine away, you arrive at school.
Your daughter runs into the building without saying goodbye.
After arriving at the office 20 minutes late, you find you forgot your briefcase.
Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse.
You look forward to coming home. When you arrive home, you find small wedge in your relationship with your spouse and daughter.
Why? …. Because of how you reacted in the morning.

Why did you have a bad day?
A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?


The answer is “D".

You had no control over what happened with the coffee.
How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day.
Here is what could have and should have happened.

Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry.
You gently say, "Its ok honey, you just need to be more careful next time".


Grabbing a towel you rush upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase, you come back down in time to look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves.

You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss comments on how good the day you are having. Notice the difference?


Two different scenarios. Both started the same. Both ended different.


Why?

Because of how you REACTED. You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% was determined by your reaction. Here are some ways to apply the 90/10 principle. If someone says something negative about you, don't be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out etc.


How do you react if someone cuts you off in traffic?
Do you lose your temper?
Pound on the steering wheel?
A friend of mine had the steering wheel fall off)
Do you curse?
Does your blood pressure skyrocket?
Do you try and bump them?

WHO CARES if you arrive ten seconds later at work? Why let the cars ruin your drive?

Remember the 90/10 principle (for me this is REDHA) , and do not worry about it.

You are told you lost your job.
Why lose sleep and get irritated?
It will work out. Use your worrying energy and time into finding another job.


The plane is late; it is going to mangle your schedule for the day.
Why take outpour frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on.
Use your time to study, get to know the other passenger.
Why get stressed out? It will just make things worse.
Now you know the 90-10 principle. Apply it and you will be amazed at the results. You will lose nothing if you try it.
The 90-10 principle is incredible. Very few know and apply this principle. The result? Millions of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and heartache. We all must understand and apply the 90/10 principle. It CAN change your life!!! Enjoy….

Monday, March 26, 2007

I feel bad


Since the last 1 month, I've been pushing myself to hard = I've been torturing myself to the limit.
Started to realise the situation is very bad when I looked at my 'undone' laundry at home.

I work 7am-9pm almost everyday.
I dont bother of having a day out to relax.
I dont bother to rearrange my closet/things.
I even went to do part time lecturing for 9 hours on Friday and Saturday.

It turned out to be...
Constant headache since saturday...
Sensantion of lights since Sunday morning...but managed to go to Nilai Square sampai petang semalam which I took it as girls day out with my friend...kononnya....!!
Last nite..
My hubby sent me to DEMC after the unbearable throbbing headache...couldn't even cough as that worsen my condition...
The doctor took my BP...there!!
150/103.. Mengucap panjang aku...
I have never have elevated BP before.
I have never experienced systolic reading of more than 120
I have never experienced diastolic reading of more than 80 before
When is that before? 3 weeks ago....

The nurse requested me to lie down for 30 minutes to repeat the BP measurement
She asked me to relax...clear my mind..gave me a synflex 550mg for the headache.
"adik..please inform my hubby yaa..ada kat luar dalam kereta plet BHP dot dot dot dot"
I tried to relax...
I started to imagine me lying at the beach by the seaside...(of course laa...got aa beach next to our house?)
Started to see the blue greenish ocean and typical pokok kelapak...(like in the poster...)
Suddenly...I started to think of my lab..office...work...students...
Guess what?
That nice peaceful blue greenish ocean scene changed to a very fierce wave colour teh susu...cehhhhhh!!!!
After sometimes...the nurse came back and take my BP measurement again.
Alhamdulillah dah drop tremendously.
130/97...though the diastolic still high but me and the doctor came to a conclusion that:
-I am too stressful
-I need a day break every week
-I have infection-bad cough for almost 3 weeks now= note that infection will increase BP
Back to the car after the pharmacy - sesi mengambil ubat...
My hubby looked very worry...cian dia..
So I told him nothing to worry....
I'm ok..I'm fine...
At home...
Hubby told me not to think of unnecessary thing like
-that NL yang suka gesa org for urgent meeting when nobody's around....
-students yang takde minat nak blaja...lantaklah depa tu...yg minat je kita layan.....
-have to rethink of me taking the part time lecturing in melaka for the coming semester.....

Me thinks:
-I should control my diet
-I should muhasabah myself - malas solat hajat, malas pose sunat, malas baca quran => padan muka aku
-I should take things easily...work hard and think smart....

This morning...
No spirit to do anything
Finally teringat blog ni...
That's y I'm here...

QUOTE of the DAY
Duit bule cari...kesihatan sangat bermakna...jaga diri sendiri sebab orang lain takkan pedulikan kita kalau kita dah flat nanti.....

Syukur padaMu ya Allah kerana mengizinkan aku terus sihat hari ni....

Monday, March 12, 2007

AWAS! PEMANDU CACAT


Aku takleh tido malam tadi
Pagi tadi kol 5.30 pagi dah bangun
Check document yang sebakul tu sampai 3,4 kali

Pas subuh kami dah berangkat pergi
Bekalku cuma telur goreng disandwichkan dalam roti
Air plak cukuplah air mati
Pukul 6.30 pagi lagi federal highway kereta dah tak berhenti

Sampai PJ terus je aku tepek sticker yang dibeli
Lambang L pun disangkut di depan dan dibelakang dengan tali
Hubby dok testing2 bukit dan pusingan 3 penjuru beberapa kali
Cukup jam 8.15 pagi pegawai Jay Pi Jay pun sampai di driving school ni
Aku beratur dan uruskan semuanya sekali
Hubby dok ready dalam kereta untuk berjuang dengan berani

Nombor pun dipanggil untuk ujian jalanraya
Erkk..peluhku lebih laju dari calon di dalam kereta
Aku gi ke pegawai penguji untuk jelaskan pada dia
Kat sana cik keretanya
Hubby menunggu dengan redha

Waktu pegawai penguji masuk kereta
Aku berdebar tidak terkira
Kulihat hubby buat sume routine wajib utk markah lima
Pastu aku concentrate baca buku cerita
Walaupun aku dok kat page yang sama
Sampailah kelihatan semula hubby drive kereta masuk kawasan ujian semula

Aku bergegas ke kereta
Pegawai penguji kata tunggu dipanggil semula
Aku senyum walaupun senget serasanya
Hubby kata..sorry...abang terlanggar double line laa
Haaahhhh???
Hubby tunjuk kertas salinan keputusan yang diperolehinya
Cessss!!!!
19/20 tu markah yang diberi padanya
Alhamdulillah..lepas satu seksa

Tunggu lagi dan lagi
Sambil menunggu aku tak senang hati
Teringat2 hubby baru tahu fungsi side mirror kanan dan kiri
Sembang2 dengan calon2 lain yang muda bestari
Ooohhh..ramai budak2 lepasan tingkatan 5 yang berdebar dengan keputusan SPM yang diumum hari ini...

Matahari makin terik berdiri
Belum habis lagi ujian jalanraya utk calon yang masih menanti
Kuperhati sekeliling kelihatan muka resah tak berseri
Ramai juga calon jalanraya balik ke tapak ujian dengan duduk di sebelah kiri
Dah tukar driver...calon menumpang kereta dibawa pegawai penguji...
Kikikikikikiki...ooopsssss...!!!

Pukul 11 lebih aku lihat hubby diarah bergerak untuk ujian slope parking dan penjuru tiga
Aku tak nak lihat lagi adegan seterusnya
Debaran di dada kembali dengan lebih mengada-ngada
Ku baca buku cerita
Tak bergerak muka suratnya

Ku tinjau2 ke arah sana
Ku lihat hubby dah lepas kawasan bukit dengan sejahtera
Parking pula destinasi seterusnya
Aku kembali menatap buku cerita
Huwaaaaaaaaa
Tak sanggup rasanya menanti lebih lama
Nak tengok aku tak sanggup rasanya
Tak nak tengok aku nak taulah pula
Hahahahahaah

Akhirnya aku jenguk juga
Erkkkkkkkkk
Napa pegawai penguji dan DI dok ukur kereta dan tempat parking di sana
Kemudian aku tengok hubby diarahkan keluar semula
Huwaaaaaaaa
Ayang aku ni lupa tengok cermin sisi pulak agaknya
Aku dah start panic tak ingat dunia
Jantung aku dah tak beritma
Degup degap sampai jelas kedengaran di telinga

Aku tinjau sekali lagi
Rasa tak puas hati
Aikkkk
Hubby buat semula parking tadi
Pastu terus ke pusingan tiga penjuru akhir sekali

Lepas hubby menghala kuar dari tapak ujian kedua
Aku tatau apa nak di harapkan pula
Pas ke fail hubby agaknya?

Hubby senyum lebau sampai nampak gigi dan gusi
Alhamdulillah aku ucapkan dalam hati

Hubby kata...tadi first time tu diorang ukur saiz kereta
Cehhhhhh
Buat bedebau aku saja

Alhamdulillah....!!
Tahniah buat hubby yang dah lulus ujian memandu pagi tadi. I'm really proud of you hubby..!!


Tapi aku tak setuju dengan sticker ni...

Biasa kita lihat papan tanda
AWAS!! ANJING GARANG
AWAS!! KERJA MEMBAIKI JALAN DI HADAPAN
AWAS!! JALAN TIDAK RATA
AWAS!! LEMBU MELINTAS

Semua tu membawa makna berhati2 ataupun merbahaya. Bila dilihat sticker ni kan. Macam OKU driver ni adalah subject utk disuruh berwaspada dengan mereka. Sedangkan kalau mereka tak layak takkan diberikan lulus untuk memiliki lesen memandu sendirikan. Maybe Jay Pi Jay perlu adakan sticker jugak utk drivers yang langgar lampu merah atau yang memotong ikut lorong kiri atau yang tak reti beratur ikut giliran di jalanraya dengan sticker berikut:
AWAS!! PEMANDU MEMBUTAKAN DIRI UNTUK WARNA MERAH atau
AWAS!! PEMANDU TAK KENAL KIRI DAN KANAN atau
AWAS!! PEMANDU TAK PERGI SEKOLAH SEBAB TU DIA TAK TAU BERATUR

SUGGESTION JE KAN..JANGAN EMOSI EK..HAHAHAHAHAH

Lagi satu aku pk. Bila ada sticker ni, akan lebih mendedahkan OKU tu kepada bahaya sbb org keliling dah maklum keadaan pemandu so mungkin penjenayah ke lagi minat nak dekat? Ermmm..hanya pendapat aku je. Lagipun aku rasa dah sampai masanya utk ubah sticker tu kepada PEMANDU KURANG UPAYA daripada AWAS PEMANDU CACAT...

Anyway...aku dah cabut dah sticker RM5 tu dari kereta sbb aku pun bawak kereta jugak so a permanent sticker is not suitable.




 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino