Ini hadiah dari suami untuk saya.
Hari ini terasa indah..hihihi
Terima kasih yang. Saya sangat menghargainya....
Catatan perjalanan kehidupan..Suka duka gembira derita

Hujung minggu lepas pula walimah Janna dan Azmi. Saya terkilan kerana tidak sempat memasak hidangan untuk mempelai (saya biasa melakukannya- untuk majlis kaklang dan kakcik serta adik bongsu saya). 2 hari sebelum majlis saya tergerak hati untuk membuat pesanan LRC Kak Dd. 3 ekor ditempah. Seekor untuk majlis makan beradab, seekor untuk sepupu suami saya dan keluarganya serta seekor lagi untuk saya bawa pulang ke rumah.
Sampai di PWTC pada pukul 8 pagi kerana saya ada mental picture bahawa pameran bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi sebenarnya pukul 10 pagi. Hihihihi..di manalah saya dapat idea tersebut agaknya. Kami menunggu di hadapan booth PTS dan dengan kebenaran para petugas, suami saya ditemani saya tentunya...hihihi..memilih buku sebelum orang lain dibenarkan berbuat demikian. Puas hati saya setelah menimbang-nimbang tajuk yang saya impikan untuk dibeli saya perolehi dengan potongan 25%. Seronoknya saya sehingga tersengih-sengih. Terjumpa dengan Puan Sifu sebelum beredar dan panjanglah juga sembangnya. Soalan wajib Puan Sifu, "mana bukunya? Ini ramai orang mencari buku." Saya hanya tersengih lagi. Moga perancangan dipermudahkan Allah...
Pesta buku kali ini adalah yang paling saya ingati dan nikmati sesungguh hati kerana berjumpa dengan figura-figura yang karya mereka dewasa bersama saya, Puan Sifu, Norhayati Berahim, Noor Suraya, Kang Abid dan Faisal Tehrani.
Tanda mata dari Tuan Faisal Tehrani buat kami yang bertuah. Terima kasih Tuan.

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino