Wednesday, June 03, 2009

Tahniah kawan-kawan




Majlis konvokesyen...

Minggu lepas saya dan adik-adik di makmal ini meraikan bekas pelajar sifu yang sudah melepasi halangan viva dengan jayanya dan bergelar graduan sarjana (farmasi) di majlis konvokesyen. Saya seperti biasa sangat emosional. Mungkin dengan peningkatan umur agaknya. Dahulu, saya selalu hairan dengan air mata yang menitis dari tubir mata emak setiap kali anak-anak berjaya...kini saya pula menggantikan emak. Menghadiri majlis nikah pun boleh menangis, melihat bayi baru lahir pun air mata menitis..ishh...tengok orang konvo pun boleh sebak...aduhai...kenapalah dengan saya ini.

Inti pati posting kali ini sebenarnya adalah untuk mengucapkan tahniah buat Yanie, Shida dan juga Midah atas kejayaan mereka mengharungi detik-detik mencabar menjalankan penyelidikan di bawah penyeliaan sifu (untuk Yanie dan Shida) kami. Teringat saat-saat saya mula melalukan kerja menggunakan tikus...saya sangat kagum melihat keupayaan Yanie dan Shida memegang tikus dan membuat suntikan..melakukan euthanesia dan datang hampir setiap hujung minggu untuk menukar sarang tikus dan juga memberikan makanan dan minuman. Kerja keras itu sudah terbayarkan...Moga kejayaan yang lebih besar menanti adik-adik berdua di masa hadapan. Tahniah!!

2 comments:

Abang Long on Wednesday, June 3, 2009 at 1:55:00 PM GMT+8 said...

Semoga semuanya menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.

shahida on Wednesday, July 1, 2009 at 4:06:00 PM GMT+8 said...

akak...terima kaseh banyak2..huhu..rs terharu hingga ingin menitiskan air mata..hmm..time kaseh ek..akak pun sy doakan akan cepat habis dan bergelar DR.Amlizan..amin...:)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino