Setelah hampir 2 tahun tidak membentangkan kertas kerja secara oral, saya melakukannya minggu lepas. Saya dan 3 orang lagi ahli makmal telah ke Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Sifu berlepas ke Perancis dan Itali dengan tujuan yang sama seminggu sebelum itu. Kami tidak sempat berlatih di depan sifu seperti yang dimintanya sejak awal dan ianya menambah kegusaran lebih-lebih lagi saya kerana kertas kerja penuh saya juga masih dalam proses. Di Penang, saya menjadi sangat teruja almaklumlah saya ini ibarat sirih pulang ke gagang. Hahaha..sangat teruja sehinggakan tiba pada hari pertama saya telah memandu keliling USM dan menunjukkan itu dan ini kepada ahli kereta yang lain. Saya tidak peduli sama ada mereka teruja seperti saya atau tidak..yang pentingnya saya melepaskan rindu di kampus USM, tempat saya jatuh bangun sehinggalah bergelar graduan 8 tahun yang lalu. Pantas sungguh masa berlalu.
Persidangan berlangsung selama 3 hari dan saya serta Shima menjadi pembentang di hari terakhir. Aduhai...seksanya jiwa raga. Setiap malam slaid saya berubah susun aturnya. Saya agak tenang kerana sifu menelefon dari Perancis untuk berbincang beberapa lagi maklumat tambahan sehari sebelum giliran saya. Soalan maut pun ada tetapi sayabelasah je merepek menjawab telah cuba menjawab dengan baik dan berhemah. Hihihihi
Saya juga bertemu dengan kawan-kawan lama dengan soalan wajib mereka berbunyi seperti berikut.."haaa...dah berapa orang anak?..."
Saya menjawab dengan nada yang hampir sama teruja dengan mereka dengan ayat standad berikut..."haa...belum ada lagi.." Hihihi....Sahabat rapat saya, Che Mah datang dari KB hanya untuk bertemu saya dan sahabat-sahabat lain...merasalah kami outing ke Queensbay Mall yang tidak pernah kami jejaki sebelum ini kerana 8 tahun yang lalu ianya belum siap lagi...hihihi...Saya juga sempat memandu ke Batu Maung untuk menikmati hidangan kari kepala ikan yang sangat enak...sila lihat gambar berikut..Restoran Pan Mutiara...sangat enak masakannya...dan harganya juga berpatutan. Mampu milik istilahnya...hihihi...Alhamdulillah dapat juga saya membentangkan hasil penyelidikan, berjumpa sahabat lama, menambah ilmu di dada dan menziarahi angah sekeluarga. Semoga saya akan lebih yakin untuk present paper selepas ini.
p/s: Terima kasih buat suami tersayang yang dengan baik hati tidak bersungut langsung tinggal seorang selama 5 hari 4 malam. Hihihi..more to come yang.. :)
Persidangan berlangsung selama 3 hari dan saya serta Shima menjadi pembentang di hari terakhir. Aduhai...seksanya jiwa raga. Setiap malam slaid saya berubah susun aturnya. Saya agak tenang kerana sifu menelefon dari Perancis untuk berbincang beberapa lagi maklumat tambahan sehari sebelum giliran saya. Soalan maut pun ada tetapi saya
Saya juga bertemu dengan kawan-kawan lama dengan soalan wajib mereka berbunyi seperti berikut.."haaa...dah berapa orang anak?..."
Saya menjawab dengan nada yang hampir sama teruja dengan mereka dengan ayat standad berikut..."haa...belum ada lagi.." Hihihi....Sahabat rapat saya, Che Mah datang dari KB hanya untuk bertemu saya dan sahabat-sahabat lain...merasalah kami outing ke Queensbay Mall yang tidak pernah kami jejaki sebelum ini kerana 8 tahun yang lalu ianya belum siap lagi...hihihi...Saya juga sempat memandu ke Batu Maung untuk menikmati hidangan kari kepala ikan yang sangat enak...sila lihat gambar berikut..Restoran Pan Mutiara...sangat enak masakannya...dan harganya juga berpatutan. Mampu milik istilahnya...hihihi...Alhamdulillah dapat juga saya membentangkan hasil penyelidikan, berjumpa sahabat lama, menambah ilmu di dada dan menziarahi angah sekeluarga. Semoga saya akan lebih yakin untuk present paper selepas ini.
p/s: Terima kasih buat suami tersayang yang dengan baik hati tidak bersungut langsung tinggal seorang selama 5 hari 4 malam. Hihihi..more to come yang.. :)
2 comments:
wahh.. sedapnya kari kepala ikan tu!!! best sangat sangat!!
Alhamdulillah..dah selesai present... More to come ek..
Ada penyampai yang tidak bijak, hingga ada yang terlena.
Hampir 10 blog yang dilawati, semuanya ada foto makanan.
Post a Comment