Petang semalam, kami di fakulti dikejutkan dengan berita pemergian abadi seorang pelajar tahun 2 akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan itu difahamkan berlaku di jalan Shah Alam- Puncak alam dan melibatkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah lori. Allahyarham adalah salah seorang pelajar kelompok pertama diploma di bawah bimbingan saya. Kini hanya kenangan yang tinggal dan moga keluarganya bersabar dengan musibah ini. Allahyarham merupakan anak tunggal. Ibunya masih dirawat di HTAR, Klang dan baru dipindahkan dari wad rawatan rapi. Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Asyraf Sulaiman.
Pagi tadi, semasa dalam perjalanan untuk menziarahi jenazah allahyarham di surau seksyen 8, saya dan 3 orang rakan sekerja bertembung dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan motorsikal di pintu masuk seksyen 7. Seorang gadis tertiarap di permukaan jalan raya dan mengerang kesakitan. Atas dasar tanggungjawab sesama insan, kami telah cuba membantu untuk menenangkan mangsa tersebut. Kami tidak cuba untuk mengalihkan mangsa kerana berlaku pendarahan yang agak banyak. Panik juga melihat kejadian sebegini di hadapan mata. Mujur ada seorang pensyarah perubatan yang juga turun dari kenderaannya untuk membantu dan memeriksa mangsa yang masih sedar sebelum mangsa di bawa ke pusat kesihatan.
Tips ringkas:
Jika berlaku kemalangan, jangan alihkan mangsa terutama jika mangsa tidak sedar dan tidak berupaya bergerak sendiri. Cuba untuk lencongkan laluan kenderaan lain. Jangan juga hanya mengambil gambar dengan telefon bimbit sama ada untuk dimuatkan di dalam blog atau untuk diforwardkan ke email ataupun untuk koleksi peribadi ye. Bantulah mangsa dengan menenangkannya tanpa mengalihkan kedudukan mangsa. Hubungilah ambulans/polis/bomba dengan kadar segera.

5 comments:
Malang memang tidak berbau.
Jarak kita sudah terlalu dekat ... ada pertemuan antara penulis blog.
Salam..
satu peringatan buat kita semua..
membantu yang memerlukan..
terimakasih atas ingtan ini...
Abang Long,
Ye. Memang tiada bau langsung.
Kak Liza,
Terima kasih singgah di blog ini. :)
innalillah... semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh... aminn..
Al Fatihah semoga rohnya di tempatkan di sisi org beriman amin..tak dapat nak bayangkan anak tunggal tiba2 Allah mengambilnya dengan begitu cepat. Ya Allah panjangkan umur anakku Hafiz..
Post a Comment