Sunday, June 28, 2009

Biru pula



Terkedu diriku tika kekanda bersuara
Tahun ini baju melayu dipinta
Tak perlu kupujuk rayu seperti biasa
Mimpi apa pula agaknya ya
Selaku zaujah solehah dan comel pula
Aku iakan sahaja sambil mulut pantas mengeluarkan suara
"Beli sedondon ek yang...tak pernah kita pakai baju sama di musim raya" walaupun sebenarnya baju raya dah ada 3 pasang dan hijau semuanya . Hahahahaha

Bagus sungguh suamiku sayang
Diizinkan pula membeli belah di kedai bersama rakan dan disediakan pula kad touch n go buat tambang
Sakan memilih kain berjenis-jenis buat mataku jadi rambang
Bukan sahaja untuk kami suami isteri tapi juga menjadi tukang beli untuk sahabatku yang sibuk bekerja malam dan siang
4 pasang aku tolong belikan buat tuan punya badan yang banyak duit tapi masa berpoya-poyanya kurang

Akhirnya..selepas puas bertolak ansur dengan perasaan sendiri
Mengalah juga dengan pilihan mata hati
Untuk membeli warna pilihan dan kegemaran sang suami
Warna birulah tema raya kami musim ini walaupun meraung di dalam hati

Baju raya dah sedia...bulan Rejab sedang bertamu mata
Puasa dah gantikan ke atau masih bertangguh tunda
Hilang Rejab nanti Syaaban pula menjelma
Pesanan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua
Jangan baju raya sahaja di siap sedia
Amalan puasa sunat dan gerak gempur ibadat janganlah pula leka
Kerana yang wajibnya ibadat pada Yang Maha Esa
Baju raya tidak lengkap pun tidak mengapa
Rasul SAW bersabda, yang pentingnya bersih sedondon nabi kita tak ajar wahai epel yang bulat bentuk wajahnya...huhuh...terkena batung hidungku pula..
Moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

5 comments:

anis-chan on Monday, June 29, 2009 at 12:06:00 PM GMT+8 said...

wah wah wah cik am rhyming semua ayat nih... hehehe.. biru cantik la btpa nak meraung :D

Anonymous said...

errrrr bukan coklat ke? biru ek yang? ishhh konpius tul .. semalam baru tenngok tp dah lupa huhuhuhu

Nor Ramli on Tuesday, June 30, 2009 at 9:53:00 AM GMT+8 said...

dear anis...
hihihi..tu tandanya otak artistik sdg berfungsi maksimum..hahaha...biru..not my pick...

coklat? Bila masa pulak kekanda saya ni suka coklat nih. Dah siap tunjuk kain..siap kata suka..boleh pulak tak ingat warna...fokus yang...fokus...

Fauziah on Wednesday, July 1, 2009 at 3:44:00 PM GMT+8 said...

oohh... puasa tak abis ganti lagi nih... baju raya tak ada tahun nih. tak tau pakai baju kembang atau berkain batik sahaja... maklum laa dalam pantang... huhuhu...

kak awwa said...

wah epel dah wat baju raya ek..mesti epel cute n hubby ensem raya ni kan hehehe...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino