Tuesday, June 30, 2009

Al Fatihah


Petang semalam, kami di fakulti dikejutkan dengan berita pemergian abadi seorang pelajar tahun 2 akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan itu difahamkan berlaku di jalan Shah Alam- Puncak alam dan melibatkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah lori. Allahyarham adalah salah seorang pelajar kelompok pertama diploma di bawah bimbingan saya. Kini hanya kenangan yang tinggal dan moga keluarganya bersabar dengan musibah ini. Allahyarham...

Sunday, June 28, 2009

Biru pula


Terkedu diriku tika kekanda bersuaraTahun ini baju melayu dipintaTak perlu kupujuk rayu seperti biasaMimpi apa pula agaknya yaSelaku zaujah solehah dan comel pulaAku iakan sahaja sambil mulut pantas mengeluarkan suara"Beli sedondon ek yang...tak pernah kita pakai baju sama di musim raya" walaupun sebenarnya baju raya dah ada 3 pasang dan...

Sepasang Cermin Mata


Sepasang cermin mataBuat pengganti yang sudah berusia dan sudah kabur melihat jalanraya dan membacaHadiah dari suami tercinta sempena dapat bonus dari syarikat yang berkira..oopss...itu rezekikan namanyaDapat juga warna idaman walaupun tidak banyak pilihannyaKata si optometris pemilik kedai di seberang jalan sanaDalam 100 pengguna cermin...

Wednesday, June 24, 2009

Kek


Cerita kek sekali lagi.Minggu lepas kami meraikan Aini yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 25. Ianya merapatkan hubungan kami dan membuatkan fikiran yang tepu saban hari agak bebas gembira seketika.Semoga Aini dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan juga cepat bertemu jodoh ibu Aini ingin melihatnya anaknya menjadi zaujah...

Tuesday, June 16, 2009

Akhir


Setelah hampir 2 tahun tidak membentangkan kertas kerja secara oral, saya melakukannya minggu lepas. Saya dan 3 orang lagi ahli makmal telah ke Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Sifu berlepas ke Perancis dan Itali dengan tujuan yang sama seminggu sebelum itu. Kami tidak sempat berlatih di depan sifu seperti yang dimintanya sejak awal dan...

Berkumpul


Semasa kecil, saya selalu merasakan seronoknya apabila sendirian di rumah kerana perhatian mak tentu lebih kepada saya. Tambahan pula, satu-satunya bilik untuk tempat menyalin baju di rumah kami (hanya ada 2 bilik, 1 untuk mak dan arwah apak dan sebuah lagi untuk kegunaan umum) akan menjadi hak mutlak saya. Bahagianya apabila dapat berangan-angan...

Monday, June 08, 2009

Hadiah dari suami..


Suami saya sangat jarang menulis email, surat, kad ataupun sms yang panjang lebar untuk saya. Sekeping surat yang dihantar melalui pos ketika saya di London semasa kami bertunang masih saya simpan hingga ke hari ini. Ala-ala surat cintalah tu. Semalam, saya tidur semula selepas subuh kerana diserang migraine sejak awal pagi ..saya tiada tabiat tidur semula selepas subuh sebenarnya..tetapi semalam saya benar-benar tewas akibat...

Wednesday, June 03, 2009

Tahniah kawan-kawan


Majlis konvokesyen...Minggu lepas saya dan adik-adik di makmal ini meraikan bekas pelajar sifu yang sudah melepasi halangan viva dengan jayanya dan bergelar graduan sarjana (farmasi) di majlis konvokesyen. Saya seperti biasa sangat emosional. Mungkin dengan peningkatan umur agaknya. Dahulu, saya selalu hairan dengan air mata yang menitis...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino