Saya adalah seorang pelajar yang sangat tidak menggemari waktu keputusan peperiksaan diumumkan. Banyak peristiwa yang berlaku disepanjang tempoh pengajian saya yang melibatkan keputusan peperiksaan. Saya bukanlah pelajar terbaik yang hebat berpidato, berpantun, bersyair, bermain bola jaring dan bukanlah juga pelari pecut tambatan sekolah. Setakat lari sambil bawa bola pingpong dalam sudu yang saya pegang bolanya dan saya lari...
