Thursday, August 30, 2007

MERDEKA!!!!!!!!!


ah.. (kredit gambar : utusan.com.my)
Tahniah kepada pasukan bolasepak negara bawah 23 tahun yang berjaya merampas kejuaraan dari Myanmar dalam piala pestabola merdeka.
Apa kaitan aku ngan bola?
Aku tak main bola [pernahlah main futsal tu pun buat jadi pelengkap pasukan je..I am not a sportswoman...naa aaa...not me...]
Akan tetapi, aku sangat minat TENGOK perlawanan bolasepak.
Aku tak tahu bagaimanakah minat yang satu ini mula bercambah, yang pastinya, sejak sekolah rendah, aku selalu pergi menonton [read: menjadi tukang sorak yang sangat fanatik dan jeritan aku biasanya lebih kuat dari crowd yang ada...hahahahah...aku ahli pasukan nasyid dan koir sekolah (to USM) dan pernah memiliki vocal range yang sgt besar..soprano ke namanya..hihihi...but I lost it bit by bit...thanks to my chronic tonsilitis..]
Aku rasa..dan mak pun punya pendapat serupa, minat bola sepak aku ni aku warisi dari arwah apak. Arwah apak selalu menonton perlawanan bola sepak di sekolah aku, di stadium MPS Seremban (masa tu stadium Paroi tu belum ada lagi) dan juga siaran langsung/tertunda di RTM1 atau RTM2. Aku pulak bila masuk darjah 4, sesi persekolahan pagi, petangnya bila ada perlawanan yang melibatkan sekolah aku sama ada di padang sekolah atau padang sekolah orang lain (ada rombongan penyokong) aku akan turut serta. Ianya sangat menyeronokkan sebab pasukan sekolah aku dulu sangat hebat. Juara daerah ye...hikhikhik...striker aku dah tak ingat nama tapi ramai peminat (biasalah tu...). Bila aku dah selalu sangat gi tengok bola, arwah apak mula tak senang hati, yelahkan..kalau anak bujang yang gi tengok bola takpe gak. Ini aku..anak dara dia yang sihat dan montel ni. Muahahahah...akhirnya arwah apak pesan kat mak, no more football match for epel.
Sehari dua hari tiga hari aku ikut..tapi bila team sekolah aku dapat masuk final daerah dan perlawanan kat padang sekolah aku..takkan aku tak nak pergi plakkan? Akhirnya aku pergi gak. Mak sporting, mak kata, pandai2lah balik awal nanti sebabnya arwah apak jadi tetamu jemputan sebagai PIBG committee. Pas perlawanan sebab terlampau seronok bila jadi champion..aku lupa nak balik awak (walhal aku nampak arwah apak yang duduk kat khemah jemputan tu balik...). Aku kantoi...aku tak kena marah tapi aku dapat jelingan yang sangat tajam as arwah apak was not a man of words..tp jeling2 je..tak pukul...aku tak pernah kena jentik pun dengan arwah..Lepas dari tu, aku dapat full freedom nak gi tengok football match. Mak kata, kuah nak tumpah kat mana lagi kalau bukan kat nasik...huhuhu..aku jadi nasiklah plak.
Masa sekolah menengah, aku kurang sket sbb menengah rendah aku skolah agama. Takde girls yang gi tengok football match wp aku NAKKKKKKKKKKKKK sangat gi tengok. Walaubagaimanapun, peluang akhirnya datang jugak bila aku join team MASKAN (aktiviti akademik dan sports utk sekolah2 menengah agama kerajaan NS). Masa ni aku wakil sekolah utk kuiz agama (ehemm...johan negeri ye) dan patutnya wakil syarahan bahasa arab (aku hafal je..makna tahu sket2...) tapi jadual pertandingan kuiz dan syarahan bertembung, so naib johan sekolah yang wakil syarahan dan dia jadi johan..since kuiz aku menang gak takdelah terluka sgt hatiku ini.....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Tibalah perlawanan akhir bola sepak, aku gi tengok dan sebab aku memang penyokong yang berguna kepada team, bangsa dan negara (hahahah) aku pun telah terlupa yang waktu tu aku berbaju kurung dan bertudung labuh (pakaian seragam sekolah). Aku tak ingat team sekolah kitorang menang ke kalah, tapi strikernya tergolek kat kaki aku sebab kejar bola dan terbabas dan mencederakan kaki aku (kena spike tajam tuhh...sakit sehhh). Lepas match tu, aku kena bebel ngan senior (lady of course) sebab terover dose plak menjerit...hihihi..padan muka aku.
Masa kat MRSM, aku takde geng nak tengok bola and it was always the match between jasin and terendak yang berlangsung dengan keganasan siap gaduh2 baling botol kasut segala. Lagipun masa tu, kawan baik aku sangat baik dan bersopan orangnya..dia tak gi tengok match nih. Akan tetapi, waktu aku form 5, masa tu ada final round world cup. Wahhh.....mana bule tengok sebab match waktu pagikan. Masa tu US yang jadi tuan tanah. Final match tu antara Italy dan Brazil. Kami yang minat bola ni semuanya dengan sepenuh hati mintak kebenaran warden nak tengok match tu (Senin pagi- kol 4 rasanya start). Warden tak bagi kata putus sampailah pengumuman masa balik kelas prep (preparation class- wat homework, wat revision, seludup walkman and tidur once in a while...)
"assalamualaikum..perhatian kepada semua pelajar puteri, sesiapa yang ingin menonton perlawanan akhir bola sepak piala dunia, sila berikan nama anda kepada ketua blok masing-masing...ulang suara...daaa diiii dduuuuu dduu diii....terima kasih..."
Semua yang minat bola menjerit dan bersorak dengan pengumuman tu. Aku pun antara yang awal mendaftarkan diri untuk jadi penonton. TV kat dewan selera (DS) (teringat plak aku kat classmate aku yang sgt jahat(nakal sebenarnya) yang kami gelarkan kucing DS..hahahahah). Pagi tu around 3.30am, bilik2 yang mempunyai nama2 penghuni yang nak tengok match tu diketuk. Mamai2 kami sume g kat DS. Walaupun tu final world cup tapi aku sangat sakit hati sebab both teams, Italy and Brazil main bertahan je..ek elleee...banyak main kat mid field...ni yang nak marah nih. attempt goal pun tak banyak tapi walaupun tak banyak, aku dan kawan2 tetap menjerit sakan mengalahkan boys yang tgk kat DS diorang yang letaknya seberang jalan from ours. Aku sokong sapa? Hahahah...good question..sapa yang menang (lebih pada Italy sebenarnya..). Akhirnya perlawanan berkesudahan Brazil menang dan waktu tu subuh pun dah masuk. Kat kelas Isnin tu puas boys nak tahu sapa yang gi tengok match tapi takde sapa yang pecah lobang. Kalau sekarang aku dah tak kisah tapi waktu tu..girls sume nak jaga saham dan menten ayu depan boys...(wakakakakakakak). Akhirnya bila boys dok rancak bercerita itu ini itu ini..diorg pasang perangkap, cite 1 benda salah...aku pun terus je...'mana plak weii...kan ke mcm ni mcm tu...'
"ko tengok match tu epel??....ko tengok???" budak lelaki gamat gelakkan aku dan aku buat muka toya utk cover sebab terkantoi....anyway...mana ada orang berkenan kat aku pun masa aku sekolah menengah tu sebab aku sangat garang dan tak mesra alam. Kihkihkihkihkih.
Masa matriks aku melebarkan sayap aku dengan upgrade gi tengok bola kat stadium, masa ni team NS kuat..huhuhu..dan stadium paroi pun dah siap. Asalkan ada cuti aku tengok bola..asalkan ada bola aku cuti..hihihi...
Bila start degree year, aku dah takde masa dan jugak aku dah macam tak bape minat, masa ni banyak kes rasuah bola dan jugak team NS dah hampeh. Aku tak minat EPL..aku cuma suka tgk perlawanan local team, piala merdeka, piala asia, piala malaysia, piala sumbangsih, piala segala pialalah dan jugak world cup. Napa aku tak suka EPL? Ntahlah...aku ni kan patriotik sket..hihihi...cumanya aku ada koleksi jam, t-shirt dan jugak kalender, diary etc of Man U. Dulu kakcik aku blaja kat Manchester Uni.
Skrg ni aku dah lost track..since team mesia slalu main dengan main2..takde semangat...asyik pk duit je...dan jugak politiking yg berleluasa dalam persatuan bola sepak...aku jadi malas dan lemau. Apak pun dah takde...kalau tak mesti arwah lah yang akan menonton sume perlawanan di kaca TV. Ermmm..sebaklah plak...
Truly, perlawanan bola sepak is something that links me to apak directly. We shared the same interest...though arwah tak pernah bawak aku gi tgk match dengan sukarela (sbb biasanya aku siap awal2 dan dok tercongok tepi motor suzuki dia...)...hihihi...Tu kenangan yang takkan aku lupakan. Dengan sambutan merdeka ni jugak menggamit kenangan aku pada arwah...arwah sangat patriotik...mesti bendera (2 lagi tau) akan tergantung di pintu pagar rumah. Ni kali kedua arwah takde, bendera tu pun dah tak pasang lagi kat situ...Aku pernah buat satu nukilan tahun lepas...aku selitkan jugak kat sini...
Bendera dan Merdeka
Kala terlihat kibaran bendera
Kekosongan dan kesepian melanda jiwa
Kala itu juga bayangan wajahnya
Melintas di minda
Tanpa sedar
Menitis airmata kerinduan...
Saban tahun tanpa jemu
Akan dikibarkan jalur gemilang di muka pintu
Bukan satu tetapi dua
Sering juga kami tersenyum
dengan kesungguhannya
hilang satu dibelinya satu
hilang dua berganti yang baru
Ahh...menitis airmata ini dengan kerinduan yang semakin sarat...
Merdeka kali ini
Tiada lagi kibaran bendera
Tiada lagi terlihat semangatnya
Tiada lagi wajah cerianya
Pergidengan segala rahsia hatinya
Terpahat kukuh dalam jiwanya
Aduhai airmata...mengapa makin deras kau mengalir
Kini...Hanya kenangan yang ada
Hanya kerinduan yang tak jemu bertandang
Baruku mengerti
ErtiSebuah kehilangan yang abadi....
Al-Fatihah buat Almarhum Ayahandaku...Haji Ramli bin Osman yang tak pernah lupa mengibarkan bendera kala tibanya detik ulangtahun merdeka....

Tuesday, August 28, 2007

Girls' Day Out...versi bergambar


Girls' Day Out...


Post grad club kat sini banyak buat aktiviti...
Aku tak join their first one sebab masuk ward hari tu...
Apparently (???...napa aku guna perkataan ni...???...hahahahah) aku nak ajak mak gi FLORIA kat Putrajaya sebab mak ada sebut last week. Aku pun teringin gak nak melawat tempat tu...
Pastu mak call bagitau dia ada projek besar hari ahad..so takleh ikut...huhuhu...macam-macam mak nih..ada je benda dia nak buat.
Aku pun ubah rancangan...ikut adik2 post grad yang lain gi picnic kat Sg Sendat, Hutan Simpan Batang Kali, Ulu Yam Baharu...Thanks to hubby yang bagi izin utk gi..wp tak dibenarkan mandi...smp pinggang je berendam..hihihi
Sumenya 10 orang budak itam yang join the riadah..
Malas nak menaip ayat...enjoy the photos!! A lot of them... hihihi...tp bila paste url kat dlm posting ni tak jadi plak..so tgklah gambo kat atas ni ye...

Fuuhh...masih ada rezeki...


Saturday...
Gi Melaka again..jap je dah 2 weeks..
On d way balik..
Teringat sesuatu...
Pantas diselongkar handbag....TAKDE
Bag ngajo...TAKDE
Paper bag...TAKDE gak....
Ingat balik...
Tadi..letak dlm handbag...gi bilik KP...
Pastu gi balik DK...pastu....
OOOOoooOOOOOOOOOOOOOooooooooooOOOOOOOOOOOOO
TIDAK!!!
Tertinggal kat dewan kuliah...
My external hard disc...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dalam tu ada semua hasilan/dokumen/results/data aku..
Sebab aku jarang store apa2 dalam laptop --> laptop slow....sumenya aku dump dalam EHD/portable disc tuh...
Call KP...tak angkat
Call cik Wan...tak angkat
Call Cik Reen...tak angkat
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....waktu tu dah lepas dari alor gajah..dah nak masuk Pedas...takkan nak patah balik...
Last2 dapat call cik Reen...dia bg no cik Wan...
Cik Wan masih ada kat kolej...
KP plak call...KP kata cik Wan dah amik rete aku tu dan dah simpan...
Lega...
Hubby pun tumpang lega..sbb dia akan lebih susah dari aku sendiri if anything happens to my results/data/paper...huhuhuhu....
Alhamdulillah...lain kali jangan lalai...

Monday, August 20, 2007

Plan Lain...Jadinya Lain....


Weekends..
Sabtu..Ada jemputan walimah x-student aku. Kat Gombak..
Ahad..Ada jemputan walimah cousin aku. Kat Labu..
Mak aku tanya..nak gi ke dak yg kat Labu tu. Actually aku tak rapat mana ngan sepupu-sepapat ni. Dont ask me why. I also dont know..huhuhuhu.
Plan asal aku-
Saturday, nak gi wedding kat gombak...
Sunday, nak melepak...
Namun, Allah Maha Mengetahui...sebaik-baik perancangan manusia..perancangan Allah lebih sempurna..
Friday evening
dapat call dari sifu..ada training esok..kol 10.30 am kat lab..utk equipment yang memang penting utk aku guna..Masih lagi ok..sbb sifu kata 2 jam lebih kurang. Aku pun dah janji ngan EnSgBuloh (x-student aku gak) dengan cik akak dia nak gi Gombak dlm 12.30 pm. So sempatlah. Aku siap2lah pakai baju kurung sume gi training tu...
Akhirnya...
Akhirnya started Friday nite, perut aku sakit, memulas, berulang ke toilet, kembung dan segala macam jenis sakit perut ada. Tidur pun tak nyenyak. Sabtu pepagi aku dah msg Cik Akak kata tak larat nak gi- sbb ada appointment ngan sifu and jugak sbb aku sakit perut...ermmm...akhirnya pas abes training dgn mengontrol sakit perut..aku balik umah, lunch dan rehat ngan hubby.
Petangnya aku gi melepak kat umah kakak aku kat puchong..dan menmain ngan budak kecik ni...huhuhu...dah pandai berdiri-diri..and suara dia sgt kuat..huhuhu...geram aku tgk budak ni..Yang blkg budak tecit ni adalah bibik dia ye..
Ahad plak...
Aku yang asalnya tak nak gi walimah cousin aku terpanggil plak nak pegi..chewahh..thanks to hubby yang sudi jadi chauffer buat sekian kalinya..gi ngan mak, along, uda and anak2 sedara. Sampai umah pengantin tu..ujan mcm nak turun, akhirnya, lepas je pengantin berarak ke pelamin (aku ngan family n the rest of rombongan (cousin aku ni tak buat kenduri kat umah dia..so selesai semua kat umah pengantin pompuan...) terus je berarak ke khemah..lapar weiii...lauk pun ngancam..aku pun buat2 lupa perut sakit..dok amik masak lomak cili api rebung ngan perut..besh besh besh..dan lauk2 kenduri yg lain. Lom abes makan ujan dah turun dgn lebatnya. Kompang masih bergema..diorg main kompang bawah khemah..huhuh...seb baik kitorang dok kat khemah lain..kalau tak...mau bergegar gegendang telinga.
Ni mak aku (baju biru) dan mak pengantin (adik arwah ayah...)
Lepas kenduri kendara tu, kami hantar mak balik semban plak. Banyak gak benda aku nak buat nih..waktu sampai semban dah pukul 2.30 ptg. Aku nak visit maklong(kakak arwah ayah aku) yang baru diserang stroke last few weeks. Aku tak sempat jenguk lagi. So pas lepak2, makan2, minum2 kat umah mak, aku ngan hubby ajak mak gi umah maklong plak..sampai-sampai je maklong dah nangis. Ermm...sian maklong, aku teringat arwah ayah aku, masa dia kena mild stroke dulu..arwah pun mcm ni gak..sensitif sungguh...takleh tanya sket, sebut sket pasak kesihatan dia..terus dia menangis. moga maklong tabah dan akan dianugerahkan kesihatan yang lebih baik..insyaAllah..ameen...pas jenguk maklong, kami gi jenjalan kat Jalan Pantai. Nothing spesel..cumanya kami singgah di Jelita Ostrich Farm. Ada banyak binatang kat sini, burung unta of course laa kan..pastu ada flamingo, itik angsa (gerun sungguh aku ngan binatang ni dulu..err...smp skrg pun sebenarnya), unta, rusa, kancil. Dulu diorg ada bela kuda gak..Tapi skrg ni takde plak.
Pas melayan-layan kesegaran udara di tempat tu..kami pun berangkat pulang..chewah...ayat skema..huhuhu
flamingo tepi payo minum ayo...

Itik ang...berbunyi dengan kuatnya...test vocal ke incik itik? :p

Ostrich/burung unta/kasawari...besar..dan agak jinak..tp sbb aku malas nak turun dari kete..amik gambo zoom dari jauh je lahhh. Dulu ostrich kat sini penah kena sabotaj..abes mati berpuluh-puluh ekor...tatau angkara sapa...ish ish ishhh...kijam...sungguh kijammm!!

Unta sedang tergolek dengan jayanya...layannnn!!

Ni plak rusa...besar gak and banyak....

Tulah bila difikirkan...aku plan lain..yang jadinya lain...hope to have a better and wonderful weeks ahead!!


Monday, August 13, 2007

Suatu Hari Di Hari Sabtu...


6.30 am
Melaka trip. Macam biasalah, routine every other weeks.

8.30am-1.30 pm
Lecture. Aku rasa bagi lecture ni addictive kot. Bila aku bagi lecture macam rasa puas ati jer. Huhuhuhu.

1.30pm-2.30pm
Lunch kedai mamak kat MITC - best. Makan telur sotong (nyum-nyum--sisihkan jauh2 the facts of its high cholesterol level) and solat.

2.30pm-4.30pm
Lab plak..adushhh..kaki aku dah menggeletar dah ni menahan kepenatan. Sian tapak kaki aku yg kiut ni nak menampung badan aku yang terlebih kiut. Muahahahah

5.00pm-6.50pm
Melaka-Hentian bas jalan Reko (singgah sebentar di R n R Seremban- beli manggis 3 kg, dukung 1.5 kg dan juga pulasan 3 kg, beli mee udon pepper dan cucur udang..wahh...besh besh...)

6.50pm
Sampai hentian bas jalan Reko setelah makan berkilo-kilo langsat. Jumpalah cik baiksss, bodyguard blog KS. Uiiiii...tingginya budak ni..anak sapalah nih.

6.50pm-8.30pm
Tapau sate kajang kat stadium..last aku gi makan kat situ masa aku undergrad kat USM, tahun 199;, beli kek dan buah-buahan lagi kat Giant Kajang. Pastu sampai umah KS.

8.30pm-10.00pm
Lepak-lepak di umah KS sesambil makan dan sembang. Amik gambo etc.
Sebenarnya kami nak join pot luck kat umah KS anjuran baiksss dan uncle J tu, tapinya last minute, superdupa nak jumpa plak...ermmm...dah janji ngan KS dan baiksss nak dtg. Kami gagahkan juga...lagipun dah lama sgt tak gi umah KS. Sian KS demam..Kak ain nampak runsing je. InsyaAllah kami doakan KS sentiasa sihat dan ceria.
Cik Baiksss bergaya depan sate dan kuah. Steady je kak ain memotong nasik himpit.
Sate kajang dalam bekas bentuk daun pisang..sodap tu..
Uisshh...rajinnya mak dara 2 orang ni...buat apa tu? Huhuhu
Dalam kotak comei kat atas ni...ada so called accelerated brooch pemberian cik baiksss- besday gift utk cik epel..tengkiu so much..I Like....

Hubby dan KS...KS walaupun demam dan tak berapa nak larat, masih mampu tersenyum...cheeessseeeeeee!!!!!!!!!!
Ermm..napa epel sorang je yang sengeh???

Cik baiksss tersenyum simpul reben diapit dua jejaka ensem kontrol macho...huhuhu


10.00pm-12.00pm
Hantar cik Baiksss balik umah uncle dia kat saujana impian. Berkilo-kilo lagi langsat yang kami makan. Thanks to hubby yang sangat sabar memandu walaupun hubby sendiri tak sure jalan. Pemandu Semenyih/Kajang/Putrajaya/Puchong memang canggih aa skil diorang bawak kete. Sampai aku asyik terjerit sebab terperanjat...tetiba muncul kete kat sebelah kiri...tetiba ada orang potong barisan..tetiba plak lagi masuk simpang kanan kiri sesuka hati mak bapak diorang je..hahahah..

12.00pm
Alhamdulillah selamat sampai di rumah. Gembira aku dan hubby sebab dapat juga menempuhi satu lagi hari dengan jayanya. Moga pot luck session di rumah KS esoknya berjaya dan meriah. Kami memohon 10 jari sebab tak dapat join masa sume org ada. Next time insyaAllah.

To KS dan Kak Ain serta anak-anak: Terima kasih menerima kedatangan kami dengan sungguh mesra walaupun short notice. Kami amat menghargainya.

To Baiksss: Sangat gembira jumpa awak...sekepala nampaknya...huhuhu...thanks jugak for the lovely brooch. Though I dont buy 'accelerated brooch' but I do use it on my tudung...hahahahah (kes tak nak beli tapi orang bagi jalan jee...muahahahah)

To uncle J: Baiksss pecah rahsia katanya ada cup cake utk besday girl...uhuhuh...tengkiu wp tak berjaya kulihat rupanya...huhuhuhu....

Semoga silaturrahim berpanjangan. Ameen.




Wednesday, August 08, 2007

T.I.G.A P.U.L.U.H


Pagi-pagi sebelum gi keje hubby nyanyikan utk aku...

Belon ni Dr Ib yang tiup dan bagi..terharu dah...pepagi lagi dah dpt gerombolan belon...huhuhu

Kek ni...CIK UST dan KAK PAH (kakak kesayangan cik UST) yang berikan sebagai tanda ingatan...sob sob...lagilah aku terharu...

Sesambil nyanyi ucapan dan doa hubby untuk aku dan kami berdua..moga panjang umur..murah rezeki..bahagia hidup kami bersama dunia akhirat..cepat habis PhD..

Sedap wooo kek nih...bagus ada kawan mcm CIK UST ni...huhuhu...home made tu...

Terharunya aku..tak penah lagi hubby wat mcm tu..walaupun dalam keadaan cuba mengawal pitching..hahahaha...


Terima kasih buat hubby, family dan sahabat-sahabat.

Moga kita semua diberkatiNya..ameen.


Friday, August 03, 2007

May Your Day be a Shay Day...


Aku sebenarnya jarang sangat nak forward email ke orang. Bule kira dengan sebelah jari jumlahnya aku forward email ni melainkan hal-hal kerja yang rasmilah. Hari ni..aku dapat email dari Kaklang yang dok di KB nun. Kakak aku ni pun, kalau benda tak dikira important takkan di forward email ke aku. Lepas menimbang baik buruk, aku pun forward ke members of the faculty. Nilah benda yg aku forwardkan..Let's share this and it touches my heart...


What would you do?....you make the choice.
Don't look for a punch line, there isn't one. Read it anyway. My question is: Would you have made the same choice?

At a fund raising dinner for a school that serves learning-disabled children, the father of one of the students delivered a speech that would never be forgotten by all who attended. After extolling the school and its dedicated staff, he offered a question: "When not interfered with by outside influences, everything nature does is done with perfection. Yet my son, Shay, cannot learn things as other children do. He cannot understand things as other children do. Where is the natural order of things in my son?"

The audience was stilled by the query.

The father continued. "I believe, that when a child like Shay, physically and mentally handicapped comes into the world, an opportunity to realize true human nature presents itself, and it comes in the way other people treat that child."

Then he told the following story:
Shay and his father had walked past a park where some boys Shay knew were playing baseball. Shay asked, "Do you think they'll let me play?" Shay's father knew that most of the boys would not want someone like Shay on their team, but the father also understood that if his son were allowed to play, it would give him a much-needed sense of belonging and some confidence to be accepted by others in spite of his handicaps.

Shay's father approached one of the boys on the field and asked (not expecting much) if Shay could play. The boy looked around for guidance and said, "We're losing by six runs and the game is in the eighth inning. I guess he can be on our team and we'll try to put him in to bat in the ninth inning."

Shay struggled over to the team's bench and, with a broad smile, put on a team shirt. His Father watched with a small tear in his eye and warmth in his heart. The boys saw the father's joy at his son being accepted. In the bottom of the eighth inning, Shay's team scored a few runs but was still behind by three. In the top of the ninth inning, Shay put on a glove and played in the right field. Even though no hits came his way, he was obviously ecstatic just to be in the game and on the field, grinning from ear to ear as his father waved to him from the stands. In the bottom of the ninth inning, Shay's team scored again. Now, with two outs and the bases loaded, the potential winning run was on base and Shay was scheduled to be next at bat.

At this juncture, do they let Shay bat and give away their chance to win the game? Surprisingly, Shay was given the bat. Everyone knew that a hit was all but impossible because Shay didn't even know how to hold the bat properly, much less connect with the ball.

However, as Shay stepped up to the plate, the pitcher, recognizing that the other team was putting winning aside for this moment in Shay's life, moved in a few steps to lob the ball in softly so Shay could at least make contact. The first pitch came and Shay swung clumsily and missed. The pitcher again took a few steps forward to toss the ball softly towards Shay. As the pitch came in, Shay swung at the ball and hit a slow ground ball right back to the pitcher.
The game would now be over. The pitcher picked up the soft grounder and could have easily thrown the ball to the first baseman. Shay would have been out and that would have been the end of the game.

Instead, the pitcher threw the ball right over the first baseman's head, out of reach of all team mates. Everyone from the stands and both teams started yelling, "Shay, run to first! Run to first!" Never in his life had Shay ever run that far, but he made it to first base. He scampered down the baseline, wide-eyed and startled.

Everyone yelled, "Run to second, run to second!" Catching his breath, Shay awkwardly ran towards second, gleaming and struggling to make it to the base. By the time Shay rounded towards second base, the right fielder had the ball ... the smallest guy on their team who now had his first chance to be the hero for his team. He could have thrown the ball to the second-baseman for the tag, but he understood the pitcher's intentions so he, too, intentionally threw the ball high and far over the third-baseman's head. Shay ran toward third base deliriously as the runners ahead of him circled the bases toward home.

All were screaming, "Shay, Shay, Shay, all the Way Shay"
Shay reached third base because the opposing shortstop ran to help him by turning him in the direction of third base, and shouted, "Run to third! Shay, run to third!"
As Shay rounded third, the boys from both teams, and the spectators, were on their feet screaming, "Shay, run home! Run home!" Shay ran to home, stepped on the plate, and was cheered as the hero who hit the grand slam and won the game for his team.
"That day", said the father softly with tears now rolling down his face, "the boys from both teams helped bring a piece of true love and humanity into this world".

Shay didn't make it to another summer. He died that winter, having never forgotten being the hero and making his father so happy, and coming home and seeing his Mother tearfully embrace her little hero of the day!

Wednesday, August 01, 2007

Stress...sad...so so...oklah...happy!!!


My previous entry penuh dengan kekecewaan dan stress. Memang aku sedang stress dengan kerja yang banyak dan juga idea yang tak kunjung tiba untuk aku menulis report first year aku. Puas mengadap PC...tak juga ada idea.Semuanya mcm tak best je. Aku letak data kat sana sini..aku susun balik photo yang diambil, aku cuba kaitkan dengan teori tapi semua nampak tak kena. Sifu nak report hari ni, sebelum dia pergi hadiri conference esok sampai ahad. Aku cuba nak sampaikan pada dia aku tak sempat siapkan tapi nampak pelik plak. Dah 2 kali aku mintak extend tarikh. 2 kali pertama sebab masalah kesihatan aku yang sampai masuk ward tuh. Kali ketiga dah ni and me myself, I will not fancy the request from my research student to postpone date for report submission. Cemana neh??


Semalam Cik Nie and Cik Jay msg aku di YM. Kak Epel, birthday party sifu esok ye kita buat..dalam lunch time. Party ni sepatutnya buat last monday tapi sebab Cik Zab ada urgent matter (nenek dia meninggal-al fatihah untuk nenda cik zab) maka kami tangguhkanlah. Aku dah urut dada, cemana nak masak? Aku plan nak buat tiramisu ngan makaroni goreng. Bahan untuk tiramisu takde..bahan untuk makaroni ada...tapi aku nak siapkan report..cemana ni? Fikir-fikir kejap bagitau Cik Jay...
'Kak epel bg duit...korang gilah beli kek berjenama tiramisu (??) kat kedai kek mana2...ermm..belilah kat secret recipe'.
Cik Jay kata
'Alaa...kak epel..kat baker's cottage pun ok dah...ermm...kat secret recipelah kak epel ek..kitorang belikan chocolate indulgence'.
'Apa2lah Cik Jay..kak epel sdg pening-pening lalat nih'.
So nilah keknya...nampak biasa2 je tapi besh gak. This is a kind of cake bila makan boleh rasa yang salur darah kita mengecil sebab ada cholesterol plaque. Muahahahahahah


Jamuan berlaku dengan jayanya walaupun tertunda more than 1 hour sebab hujan dan sebagainya. Since Si Fu tatau makanya its a surprise party. Venue pun berubah dari level 6 ke level 10 kat area bilik lecturer belah my room. Mujurlah bilik sifu kat the other side. Kami locked the door sebabnya kebetulan belah2 aku nih ramai yang takde hari ni. Lepas dah sampai semua orang and dah lengkap, kami minta Yee Min (btol ke ini nama dia?? muahahaha) gi panggilkan si fu..Kami sedia dengan video camera dan jerit...
"SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!" pada si fu yang sedang berjalan menuju ke mesin potostat (sebab Yee Min bagi alasan nak suh si fu ajar dia guna mesin potostat yang ada kat depan bilik aku..muahahahaha).
Overall the party was a success. Semua bawak makanan yang best-best dan lazat-lazat. Nilah anak-anak murid si fu..aku yang paling tua dok tengah-tengah tu. Ada 3 PhD students and 10 master students. Tema kami hari ni kuning. Yang pakai hijau tu kak Nor kesayangan kami semua yang dah naik pangkat dari pembantu makmal jadi pegawai eksekutif...way to go kak Nor. I'm really proud of you.

Hampir nak habis majlis, si fu buat announcement....yang membuatkan aku terpekik...
"What?????" lantas pandanganku terarah ke cik JAY (Puan sebenarnya...she kept it from me all this while...uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...)


Nilah annoucementnya..yang my sifu first PhD student kat lab ni dah selamat diijabkabulkan dengan Encik R...(ni sorang lagi..beria cakap itu ini ngan aku last 2 weeks..takleh nikah ngan tak sekufulahh...itulahhhh...inilahh....). Mula2 aku kecik ati sebab dedua ni aku sayang dan amik berat as adik-adik. Aku kenal diorg since day 1 diorg kat faculty ni. Later, I feel very happy for both of them. Alhamdulillah...

So to Puan Jaya and Encik Rozi...

Kak Epel doakan selamat sejahtera semuanya utk u all berdua. Moga panjang umur, murah rezeki dan dipanjangkan jodoh sehingga akhirat sana. Moga Puan Jaya jadi isteri solehah dan Encik Rozi jadi suami yang soleh. Selamat berjaya dalam pelajaran buat keduanya. Kak Epel tahu Puan Jaya akan grad dulu dari Kak Epel...But truly....sincerely...

I'M very HAPPY for both of you.




Hilanglah stress aku. Alhamdulillah...





kak
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino