Thursday, April 29, 2010

Tunai


Dialog berikut berlaku di suatu petang yang indah permai. Bertempat di pasar malam di penjuru alam...

Penjual 1 bertanya kepada seorang pelanggan yang berdiri di penjuru meja jualannya, "kak, nak beli popia basah ke?"
Pelanggan yang sedang berdiri di belakang anak gadis kecilnya pantas menjawab, "tak tak..."
Penjual 1 membuka mulut lagi, "kalau tak nak beli, akak boleh tak jangan berdiri depan ni, nanti customer saya tak nampak popia ni."
Pelanggan tergamam, anak gadis ditarik ke tepi, "jangan berdiri di sini nak, nanti customer tak nampak."
Penjual 1 meneruskan kerjanya dengan wajah kurang berpuas hati. Timun sebagai inti popia basah disagat laju menggunakan penyagat yang tajam dan nampak 'ganas' sekali..hehe
Suasana agak tegang dan sunyi sepi kerana pelanggan berkenaan masih menunggu yong tau fu nya disiapkan penjual 2 yang tersenyum simpul - mungkin sudah biasa dengan gelagat penjual 1 yang berjiran dengannya.
Kesepian sirna tiba-tiba dengan jeritan kecil si penjual 1..
"Aduh!!"
"Padan muka," semua mata memandang gadis kecil itu. 
"Bayaran tunai," sambung ibunya pula.
Semua tersenyum ria...seolah gembira dengan sagatan tangan si penjual 1...kih kih kih.....

6 comments:

~albazrah~ on Thursday, April 29, 2010 at 11:58:00 AM GMT+8 said...

Ini kejadian benar kak epal? kalau dia tak ambil iktibar maksudnya, tiap2 hari mesti dia sagat tangan dia, pastu popia jadi lagi sedap mcm cerita raja bersiong...

Nor Ramli on Thursday, April 29, 2010 at 12:01:00 PM GMT+8 said...
This comment has been removed by the author.
Nor Ramli on Thursday, April 29, 2010 at 12:01:00 PM GMT+8 said...

Umi nisreen: ya..kisah benar..sudah 3 minggu berturut2 akak pegi beli YTF and tiga tu juga akak dengar ayat yang sama dari dia untuk pelanggan gerai sebelah. Semalam kali pertama dia 'sound' kanak-kanak depan akak. Tak tahulah sedap ke tak..popia tu nampak macam sedap, tapi selera merundum dengan caranya tu :)

idasm on Tuesday, May 18, 2010 at 4:09:00 PM GMT+8 said...

kadang2 manusia ni lupa, allah maha adil. dan rezeki juga dr yg esa...

umeboshi on Wednesday, May 19, 2010 at 2:23:00 PM GMT+8 said...

Am...betullah..rezeqi, ajal, maut ..semua nye urusan ALLAH. kenapa harus tamak, sombong gitu kan? pelanggan adalah keutamaan bila berniaga. anyway, kiter kasi SUNSHINE AWARD kat Am. sila ambil ye,....TQ!!

resta07 on Friday, June 18, 2010 at 2:14:00 PM GMT+8 said...

salam kenal ...

Kunjungi saya at http://www.unand.ac.id/arsipua/pnl/

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino