Perjalanan ini sangat jauh
Serasa sudah hampir 7 benua dijelajahi
Namun
Penghujungnya tetap kelam dan kabur
Akukah pengembara yang hilang arah
Akukah pengembara yang kehilangan pedoman
Akukah pengembara yang api semangatnya hampir terpadam
Aku keliru dengan perjuangan ini
Aku ingin sampai ke penghujungnya
Hatta sekiranya harus bergalang gantikan nyawa
Namun kesukaran dan pengorbanan yang ditagih
Menambah pedih di sudut hati yang terhiris
Akibat kelelahan di sepanjang perjalanan
Sesekali terasa ingin mengakhirinya tanpa melengkapinya
Itu melanggar sumpah keramat pada diri sendiri
Pantang berundur sebelum bertarung sehabis kemampuan diri
Sepotong ayat pada kalam suci mendamaikan
Atas setiap kesusahan pasti ada kesenangan
Airmata menitis laju seakan cuba membasuh hati yang dilanda rusuh
Sebagai penyuci kepada hati yang hampir tewas pertarungan dengan syaitan durjana
Aku mohon pada yang Maha Menguasai segala apa yang ada di langit dan bumi
Tuhan yang menyejukkan api saat Ibrahim dibakar marak*
Tuhan yang menyelamatkan bahtera nabi Nuh tika dilanda bah*
Tuhan yang mengangkat nabi Isa ke langit ketika kaumnya ingin menyalibnya*
Tuhan yang menggantikan nabi Ismail ketika ayahnya ingin menyembelihnya*
Aku memohon kekuatan dan kelapangan hati ya Allah....
Aku hambaMu yang lemah...tidak berdaya melainkan dengan izinMu...
Anugerahiku kejayaan ya Allah...dunia dan akhirat yang kekal abadi...
Tika ini.....hanya airmata membasahi pipi....
*dipinjam dari novel karya Kak Su, Jaja dan Din...
What Does a Man Over 50 Dating Want?
8 months ago
10 comments:
Am hidup penuh dengan cabaran, mengejar ilmu ada cabarannya, bidang perniagaan pun ada cabarannya. Sekarang akak sedang difitnah sehingga buku2 kami tidak boleh masuk di sebuah syarikat terbesar di Malaysia. Masa terima berita itu rasa tergamam dengan sms angkuh seseorang. Namun kemudian akak cepat bangkit, telefon ayah dikampung. Dia suruh sama-sama buat solat hajat. Tiap malam akak bangun buat solat hajat. Ayah juga buatkan untuk akak. Syukur dilapangkan hati dan lebih kuat menghadapi cabaran. Bahkan ditunjukkan jalan lain bagaimana mahu meluaskan pasaran. Fikiran terasa amat tenang dan lebih bersemangat.
Am..selalu buat solat istikarah, solat hajat, mengaji. Insya-ALLAH ALLAH akan tunjukkan jalan. Kalau ALLAH cakap cukup sekadar perjuangan AM, terima hati yang terbuka. Kalau ALLAH bagi petunjuk suruh teruskan. Jangan sesekali menyerah kalah. Hidup ini cabangnya terlalu banyak tetapi jangan sesekali, masalah membunuh kegembiraan Am tau. Boleh stress..tapi jangan sampai berhari-hari.Nikmati hidup seadanya Am.
Hmm..semua orang diberikan dugaan yang berbeza-beza. Moga Allah berikan kekuatan untuk kita menempuhinya. Jazakillah kak Yati...
salam ziarah..
perjuangan harus diteruskan
Setiap insan tidak terlepas dari menerima ujian..cuma setiap ujian itu berbeza2..tak palah Am itu kifarah untuk kita semua kan...mudahan Allah beri kesabaran dalam menempuh hari2 mendatang amin...
Puan Maiyah dan Kak Awwa...
Syukran...moga Allah makbulkan doa kalian. Ameen
kuatkan semangat.. teruskan usaha...
tabahlah menghadapi dugaan. ida doakan semoga segalanya dipermudahkan... amin.
sikit jek lg kak am.. nnt mu convo aku bg bunge lily sekuntum eh... nk byk2 kuntum jgn lupe bg duit lebey eh... hehehe... chaiyok!
akak, sabar ye..jgn tensen2 nnt tak comel tau hihi
http://reggaebutik.blogspot.com/
What we need is LOVE..
Salam singgah...
Post a Comment