Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas semua doa untuk kesembuhan mak saya yang tidak berapa sihat tempoh hari. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana mak diberikan kesihatan yang lebih baik. Sebelum mak kurang sihat itu, mak sudah merancang untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Melihatkan keadaan mak seminggu sebelum majlis yang dirancang, banyak suara yang memujuk mak supaya menangguhkan majlis tersebut sehingga mak benar-benar sihat dan cergas. Mak merancang kenduri tersebut diadakan pada ahad yang baru lalu ini. Pada hari khamis saya telah menelefon mak bertanyakan samada kenduri masih akan diteruskan atau tidak. Saya faham hati mak, mak sudah menjemput beberapa orang kenalan di surau ar-Raudhah, dan mak memang sudah berhajat sangat. Ayat mak mudah dan ringkas.
'Mak ada ramai anak perempuan, takkan nak kenduri beberapa dulang pun tak boleh anak-anak mak sediakan..'Mesyuarat ringkas dibuat melalui emel antara kami - anak-anak perempuan mak berlima.
Diringkaskan cerita, kami bergotong-royong menyediakan segala kelengkapan dan juadah. Lihatlah gambar-gambarnya ye.

1 comments:
wah ringkas dan terkesan kata kata seorang ibu...........
Post a Comment