Mak demam bermula hari Sabtu. Demam mak menjadi lebih teruk menjelang malam dan suhu badan mak meningkat mendadak. Lebih memburukkan keadaan, mak diserang sakit perut akibat gastritis dan membuatkan mak kerap ke tandas. Kasihan mak. Mak tidak mahu dibawa ke klinik apatah lagi hospital. Susahnya hati saya. Tidak mampu mata dilelapkan sepanjang malam kerana risaukan keadaan mak. Mak mengidap penyakit diabetes melitus sejak lama dan keadaan buah pinggang mak sudah tidak berapa comel bak kata Kaklang. Paras gula darah mak perlu dimonitor setiap 2 jam sehinggakan saya sudah kasihan untuk mencucuk hujung jari mak lagi. Kaklang dan saya merancang regimen dos ubat yang perlu diberikan pada mak. Semuanya dilakukan melalui telefon. Kaklang pula sedang sibuk dengan PTK 5 yang perlu dilunaskan sepanjang minggu ini di HUSM. Ahad malam, apabila mak masih kerap ke tandas dan masih enggan makan, saya sudah tidak tahan hati, cuba diusahakan untuk doktor datang ke rumah bagi menyediakan drip line tetapi mengikut pengalaman lalu, mereka keberatan. Saya tahu mak sudah dehydrated akibat kehilangan air yang banyak. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya pada Ahad malam, saya meminta Kaklang mengusahakan juga andai ada sahabat-sahabat doktornya yang boleh membantu....jika saya dilatih untuk membuat drip line sudah tentu saya akan buat...tetapi saya tidak pandai...ahli farmasi tidak dilatih untuk itu...sedihnya dan rusuhnya hati dan fikiran saya ketika itu. Paras gula dalam darah mak macam roller coaster..turun naik mendadak. Akhirnya Kaklong yang menjaga mak malam itu menelefon dan memberitahu bahawa Kaklang sudah dapat menghubungi bekas anak muridnya yang sedang menjalani perkhidmatan houseman di HTJ untuk datang ke rumah. 11.45 malam saya dan suami tiba di AP dan 30 minit kemudian, drip line sudah selesai disediakan untuk mak oleh doktor muda berkenaan.
Esoknya, Kaklang tiba di Seremban bersama anak bongsunya, Kaklang tinggalkan PTK yang sedang dilaluinya. Mak hanya seorang dan tiada galang gantinya...PTK tahun depan boleh ambil lagikan Kaklang. Suami saya pula mengizinkan saya pulang dan bermalam sekali lagi di rumah emak untuk hari Isnin setelah saya menyelesaikan beberapa kerja penting. Saya pulang semula ke Seremban bersama Kakcik yang kebetulan bermesyuarat pada sebelah paginya di Sirim. Sampai di rumah, mak sudah kelihatan lebih bertenaga, rupanya, pagi itu apabila mendengar perkhabaran anak-anak dan cucu-cucu akan pulang, diam-diam mak gagahkan diri mengemop lantai di ruang rehat keluarga. Alasan biasa mak, "kasihan cucu-cucunya nak berbaring dan bermain-main andai lantainya kotor." Mak...tetap berkorban demi kami semua. Menjelang petang mak kelihatan lebih segar, saya periksa beg rawatan yang Kaklang bawa pulang, banyak sungguh infusion fluid, antibiotik, ubat anti gastrik dan juga peralatan klinikal lain. Mesti sepanjang malam Kaklang berfikir rawatan yang perlu diberikan pada mak. Mungkin ini salah satu sebab kenapa mak mahukan doktor di dalam rumah.
Hari ini, Selasa, bangun awal pagi dan mak menyuruh saya membeli capati di kedai makan berhampiran rumah. Alhamdulillah, gembiranya saya mendengar permintaan emak itu. Saya pulang semula ke AP petang tadi dan malamnya selepas Isya datang ke makmal. Kerja saya banyak dan saya sangat bersyukur kerana suami saya sangat memahami dan mengizinkan. Sekarang, sudah awal pagi hari Rabu, dalam usaha bertarung dengan rasa mengantuk, saya coretkan catatan ini..Catatan duka saya. Doakan mak saya sembuh dan kembali segar dan ceria seperti selalu. Saya boleh menghadapi pesakit pelbagai bangsa dan jenis kesakitan dan menghadapi kerenah para pelajar yang bermacam ragam...tetapi saya kalah melihat mak terbaring lesu menahan sakit. Ya Allah, berikanlah mak kesembuhan.

7 comments:
Semoga ibu cepat sembuh. Semoga anak tabah dan sabar.
Teringat peristiwa 40 tahun lalu. Seorang tok mudim tidak mahu sunatkan anaknya sendiri. Katanya tidak sampai hati dan rasa kesian. Alahai
Salam epel..semoga emak cepat sembuh ya epel..my hubbypun lagu tu lah epel..la ni makan nasi dua tiga sudu dan lebihkan ambik sayur dan buah..pendek kata kalau takat nak makan sorang tak masak lah akak ni epel. Abe tak mace dulu lagi..kalu nak masak pk 10 kali sbb takut membazir..ambik jugak manis2 tu..tp manis buah..gula tolak tepi..makan gula yg harga rm 12 satu tu nama apa entah..kecik bebenor rupanya..
semoga mak akak cepat sembuh...
p/s :: mengantuk gila masuk opis nih. ehehehe
salam
semoga kesihatan mak cik am bertambah baik, berkat doa anak2 dia :)
salam...blogwalking..
smoga mak cik epal cpt2 sehat..
doakan sntiasa...
amin...
akak..saba ye akak..kita doakan mak akak cepat sembuh dan sihat..ubat mak adalah suara anak2 dan cucu.tu je yg mampu buat dia gembira..hmm kita nak kol mak kita lah..
Semoga mak kak epal segera sembuh..syafahallah. Semoga anak2 juga sabar dan tabah.
azma albazrah
Post a Comment