Saya banyak bercerita tentang pengalaman suka, duka, gembira dan derita saya ketika di zaman kanak-kanak dan awal remaja. Saya selalu menumpukan penceritaan kepada keluarga kerana saya tidak mempunyai kawan yang sangat rapat atau kawan baik. Apapun perhubungan saya dengan kawan-kawan mempunyai batasan. Ini berlaku di zaman remaja saya. Mungkin atas rasa rendah diri dengan keadaan fizikal dan juga keluarga membuatkan saya menelan kepahitan itu. Ini adalah satu sisi lain yang saya tidak sedar telah lama saya lupakan dan buang dari kotak ingatan saya. Ianya adalah tentang sahabat semasa kanak-kanak dan awal remaja.
Zaman kanak-kanak saya selalu habiskan dengan aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah, membantu emak dan juga berkawan. Saya sudah terlupa saya mempunyai seorang kawan yang rapat dengan saya tetapi kami sering bertelingkah sebenarnya. Saya sekelas dengannya dari darjah 1 sehingga tingkatan 3. Saya sangat terlupa kerana sepanjang 17 tahun lalu setelah mula 'terbang mencari ilmu dan membawa diri' saya sibuk dengan pelajaran, aktiviti bersama keluarga dan juga membina diri dan kerjaya sehingga saya lupa tentangnya. Seminggu lepas saya 'dijejak' oleh seorang rakan sekelas semasa sekolah menengah rendah dan akhirnya saya 'dijumpai' oleh mereka semua yang rupanya masih menjaga silaturrahim antara mereka. Saya tidak tahu perasaan atau fikiran bagaimana yang saya perlu ada. Saya gembira tetapi saya tetap 'reserved'....saya jadi tidak pandai bergaul dengan mereka walhal merekalah warna-warni kehidupan saya zaman itu. Merekalah yang bersama-sama saya melalui suka duka zaman anak-anak. Rata-rata mereka memberikan komen..
'Mana kau pergi...lama aku cari kau. Aku call rumah mak kau, kau takde...kata mereka kau sambung master...'
'Aku selalu lalu depan rumah kau tapi tak pernah nampak kau...MIA lama sungguh.'
'Jomlah jumpa.'
'Kenapa aku tak pernah jumpa kau langsung di Seremban ye...'
Saya tiada jawapan untuk itu. Saya tidak memberitahu mereka bahawa saya tidak begitu menyimpan kenangan bersama mereka kerana saya berjauh hati. Berjauh hati atas pelbagai alasan.
Semalam, saya berbual dengan kawan rapat saya ketika itu...dari zaman darjah 1 sehingga tingkatan 3. Saya tidak tahu mengagak topik yang ingin dibualkan ataupun cara pemikirannya kerana ketika itu, saya adalah budak skema..dia lebih adventureous... Satu perkara yang saya sudah lupa ialah, dia sering datang ke rumah mak, bertinggung dengan khusuknya melihat emak memarut ubi, menguli doh, menggelek tepung karipap dan mengelim karipap yang saya lakukan bersama-sama. Dia kemudian akan buat muka seposen depan mak untuk menikmati karipap yang sudah siap dibuat. Saya kemudiannya yang akan jadi tukang goreng karipap kerana melayan kehendak tuan puteri ini. Saya juga menumpangkannya di pelana basikal saya ketika di sekolah menengah rendah. Sering saya perlu menunggunya di hadapan rumahnya kerana dia lambat bersiap. Jika saya tidak menunggu dia pasti akan lambat dan akan didenda walaupun dia tidak kisah sangat. Dia jugalah kawan pertama yang menelefon saya di rumah mak ketika kami di dalam darjah 1 untuk bertanyakan kerja sekolah. Hmmm...ianya kenangan yang manis...saya bersalah kerana 'pernah membuangnya' dari kotak memori saya. Semua yang saya ceritakan ini adalah hasil ingatannya, bukan saya.
Rupa-rupanya, selama ini, rasa rendah diri dengan kehidupan keluarga saya yang sederhana dan perlu berusaha keras agak tidak kena pada tempatnya. Di saat saya mencemburui deretan baju kurung, seluar panjang, blaus, gaun dan skirt miliknya yang bertambah saban waktu, dia mencemburui baju kurung saya yang hanya bertukar sekali setahun kerana ianya jahitan mak sendiri. Di waktu saya berangan untuk memiliki patung barbie sepertinya, dia lebih ghairah untuk datang ke rumah dan bermain baling selipar atau susun tin bersama saya dan adik-adik. Di saat saya berharap meja makan kami dipenuhi kuih-muih moden beraneka rupa dan rasa tersusun sewaktu sambutan hari raya, dia rupanya mengharapkan agar kuih raya 3,4 jenis cuma di meja makan rumah saya berada di rumahnya kerana ianya hasil air tangan mak sendiri...bukan dibeli. Dia sukakan kehidupan sederhana penuh perhatian seperti yang kami lalui setiap hari dan saya mengimpikan kehidupan serba lengkap dengan penuh kesenangan sepertinya. Dia juga takutkan arwah apak sepertimana saya tetapi dia mahu keadaan harmoni itu kerana padanya apak garang kerana memberikan perhatian atas setiap tingkah laku anak-anak. Saya tidak sedar bahawa kasih sayang dan pengorbanan mak dan apak serta keperitan hidup itu dengan izin Allah telah menyebabkan saya menjadi diri saya hari ini.
Lama saya termenung memikirkan kenangan itu. Ianya seperti kisah novel...tetapi bukankah karya yang terhasil itu bersumberkan realiti kehidupan sebenar?
Mungkin saya perlu memujuk diri saya supaya 'keluar dari persembunyian' dan menjejak serta membaja semula silaturrahim yang saya pernah lupakan sebelum ini. Saya yang melupakan mereka tetapi saya sentiasa subur dalam ingatan mereka. Berdosanya saya...
Ya Allah...berkat Ramadan ini, moga aku ketemu semula dengan sahabat-sahabat warna-warni kehidupanku dahulu.

3 comments:
best nya jumpa kawan2 lama.. saya pun jumpa ramai kawan lama dan sahabat baik semasa di sek rendah di facebook... seronok !!
biasa la tu kak..kdg2 kita rasa rumput di sebelah lebih hijau dari laman sendiri..salam ramadhan akak
nani: tulah...mcm2 ragam
murnie: rumah akak rumput hijau...lalang hijau...rumah jiran ada landskap cantik...hihihi...yelah kan...memang slalu kita tak puas ati dgn apa yg kita adakan...
Post a Comment