Inilah kali pertama saya menaiki pesawat AA. Alhamdulillah, berbaloi dengan harga yang dibayar. Tambahan pula, tiada lagi tempat duduk terbuka seperti dahulu.
Saya ke pulau lagenda ini kerana mengikuti seminar dan menghantar pembentangan dalam bentuk poster. Saya menumpang KMiza untuk penginapan, maklumlah, student. Hihihi..
Oh ye! Kali terakhir saya sampai ke sini adalah 8 tahun yang lalu selepas tamat pengajian di USM. Lama sungguh saya tidak menjejakkan kaki di sini. Berbaloi juga. Pengisian ilmu yang diperolehi juga amat menggembirakan hati saya. Saya berdoa semoga saya juga akan mencapai tahap seperti para saintis ternama dari seluruh dunia. Mereka amat bagus kerana lontaran hasil penyelidikan mereka membuatkan saya merasakan ianya mudah. Subhanallah..kagum sungguh saya. Doakan saya juga akan menjadi seperti mereka.
Penginapan memang sangat menarik. Ianya adalah pusat peranginan dalam taman berkonsepkan fusion traditional. Tenang dan nyaman sahaja walaupun kami terpaksa berjalan kaki agak jauh dari bilik ke tempat seminar...tidaklah saya merasa bersalah sangat kerana tidak begitu menjaga diet. Hahahaha...
Majlis jamuan makan mala gala diadakan sebentar tadi. Seronok juga kerana pelayan yang menghidangkan makanan untuk kami sangat peramah dan baik hati.
5 comments:
salam.. pulau lagenda kat mana tu
ohh..my friend yang organize konferens ni..jumpa prof salmaan n dr fadilah tak?
salam, oh akak ku yg bijaksana, u deserve the awards ok..tahun depan dr epel ye, insyaallah
Salam,
Seronoknyer bila sekali-sekala jalan2 2 in 1. Cantiknyer your room. Kalu sebulan pun okay. Anyway...semoga dapat siapkan research dengan sempurna,Insyaallah.
I pun ex-USM 92-96.
salams, Wah Pn Epel Tahniah yer atas award yg dikurniakan tu.. Semoga ianya menjadi suntikan motivasi utk lebih berjaya dan berjaya lagi.. cewah mcm ayat skema lak
Post a Comment