Saya sudah mencuba untuk bercampur dengan masyarakat di kawasan perumahan kami. Ianya dimulakan dengan agak sukar dan serba tidak kena (secara dalaman sahaja). Semasa masih bujang, emak selalu berleter kerana saya enggan mengikut emak ke majlis walimah atau kenduri-kendara di kampung. Paling bagus pun saya hanya menghantar emak dan menunggu di dalam kereta sehingga emak selesai. Saya tahu ianya tidak bagus tetapi bak kata emak...saya nikan 'tiada hidung', kerana itulah sukar sungguh untuk meyakinkan saya untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Salah satu sebabnya adalah saya tidak tahu apa yang harus dibualkan, muka bagaimana yang harus ditunjukkan dan juga dialek mana yang perlu saya gunakan. Satu perkara yang ganjil tentang saya adalah saya sangat cepat mengikut lorat/dialek daerah seperti dialek utara (walaupun dialek Kedah/Penang/Perlis bercampur-campur ikut suka hati saya) kerana saya belajar di utara tanahair selama 6 tahun, dialek negeri Cik Siti Wan Kembang kerana rakan-rakan semasa di USM dahulu majoritinya berasal dari sana dan juga kebelakangan ini dialek Terengganu walaupun suami saya selalu berkata kepada saya, "dok soh lah...bunyi pelek embeng tuh." Akan tetapi, saya tidak boleh bertutur menggunakan loghat nogoghi. Emak dan Almarhum Apak tidak menggunakan dialek noghori di rumah sebaliknya menggunakan bahasa melayu rendah ketika bertutur biasa dan bahasa melayu tinggi jika memberikan nasihat dan memarahi kami..hihihi. Oleh itu, semasa mula bekerja sebagai pegawai farmasi pelatih di HTJ, Seremban, saya sangat bermasalah untuk memberikan kaunseling kepada pesakit warga emas terutama untuk menggunakan inhaler, terapi penggantian hormon atau pun menggunakan novopen bagi suntikan insulin. Yati, kawan sekerja dari Rembau sering menjadi penyelamat kerana selepas ayat ketiga atau keempat, pertuturan saya akan menjadi sangat aneh. Hihihi..Satu lagi kegemaran para pesakit warga emas yang berurusan dengan kami, pegawai farmasi pelatih ini adalah untuk memadankan kami dengan anak/cucu/cucu saudara atau anak jiran mereka. Hahahaha.
Berbalik kepada kisah saya tadi, setelah hampir setahun berpindah, saya memberanikan diri menyertai aktiviti surau di AP. Ianya memberikan saya satu perasaan yang sangat berlainan. Saya menyedarkan diri sendiri bahawa, inilah masyarakat yang perlu saya kenali kerana saya akan tua di sini...insyaAllah. Pagi semalam, saya menyertai kursus pengurusan jenazah. Syukur kerana tercapai juga hasrat saya untuk mengikuti kursus ini. Bercampur dengan masyarakat AP juga menyeronokkan..kerana pelbagai maklumat dikongsi bersama. Seronok juga dan ianya meyakinkan saya untuk bergaul dengan masyarakat dengan lebih kerap lagi.
Pada malamnya pula, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, 'celebrity author' telah sudi menerima jemputan kami untuk berceramah bagi mengisi slot kuliah bulanan surau BaiturRahman. Sambutan sangat menggalakkan kerana kuliah edisi bulan lepas, tidak begitu penuh kehadirannya (perbandingan jadi tidak signifikan kerana sample minima untuk membuat analisis statistik adalah 3--> sila hadiri kuliah bulanan dengan lebih kerap ye Epel...). Pemandu Prof, Encik Ajis memberitahu saya beliau sesat kerana navigator Prof tidak dapat mengesan kedudukan AP..hihihi...dalam ladang kelapa sawit :). Prof. seperti biasa sangat bersemangat dari duduk ke berlutut dan akhirnya berdiri untuk menyampaikan pengalaman travelog hijrah beliau merentasi sempadan iman. Semoga semua mendapat manfaat dan mampu menjadi motivasi untuk kita semua menjadi lebih baik dan lebih mantap iman kita...

5 comments:
wah bagus bagus.. sebenarya saya pun menghadapi masalah , 'rs rendah diri kalau join majlis2 kat taman....huhu
Sangat baik bila kita bercampur dengan masyarakat. Dan tersangat baik bila kita berjaya mengawal lidah didalam masyarakat.
salam, keep it up! sebenarnya, jiran-jiran AP sangat sporting dan ramah. saya juga selalu merasakan diri yang yang termuda apabila berjumpa di majlis-majlis kenduri/ tahlil (best AP, hujung minggu selalu ada kenduri). topik perbincangan pun kadang-kala lain dengan mereka. nasib baik ada anak-anak, boleh menyibukkan diri dengan mereka kalau taktau nak sembang apa. tapi sekali-sekala dapat jumpa dan bersembang, ok juga. mereka pun concern kalau lama tak nampak..heh!
nanti, join lah selalu. boleh sembang lagi. gap umur antara kita pun tak banyak, so bolehlah masuk kot! ;)
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana terlibat dalam membawa Prof MKI ke AP. Saya pun warga AP. Datang ke sini dari Fitrah ZH.
Yang menariknya, ada seorang warga AP (seorang Puan juga) yang menggunakan nama samaran applegreen di Forum AP. Kalau tak silap saya, ini bukan kes pelanduk dua serupa ni...
Terima kasih.
BanjarRakai,
Saya bukan applegreen tersebut. :) Masa nak register saya tengok dah ada orang guna so saya batalkan.
Post a Comment