Wednesday, July 29, 2009

Mak


Mak demam bermula hari Sabtu. Demam mak menjadi lebih teruk menjelang malam dan suhu badan mak meningkat mendadak. Lebih memburukkan keadaan, mak diserang sakit perut akibat gastritis dan membuatkan mak kerap ke tandas. Kasihan mak. Mak tidak mahu dibawa ke klinik apatah lagi hospital. Susahnya hati saya. Tidak mampu mata dilelapkan sepanjang malam kerana risaukan keadaan mak. Mak mengidap penyakit diabetes melitus sejak lama...

Friday, July 24, 2009

Kembar sudah besar...


Azhar dan AzfarKembar permata ayah dan mamanya.Moga membesar menjadi anak-anak soleh ye.Bilalah nak datang rumah umi dan ayah su ni. :)p/s: Puan J dan Encik R, saya pinjam ye gambar anaknya buat tatapan di blog i...

Thursday, July 23, 2009

Terbaik...hihihi


Saya mendapat cerita ini dari email yang diforwardkan oleh Kaklang. Suami terbaik tajuknya.Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ""Hello?""Abang, ni sayang ni,""Emmm... ""Abang masih ada di...

Wednesday, July 22, 2009

Bilik baru


Alhamdulillah. Hari ini kali pertama saya masuk ke bilik baru saya di Puncak Alam. Ianya amat menenangkan hati. Saya hanya membawa beberapa buah buku dan juga jambangan bunga kecil pemberian Kak Miza sebagai hadiah masuk bilik baru. Ala-ala 'room warming' gitu. Hihihi..Bilik yang ringkas dengan meja berbentuk L lengkap talian telefon yang...

Monday, July 20, 2009

Kursus


Saya sudah mencuba untuk bercampur dengan masyarakat di kawasan perumahan kami. Ianya dimulakan dengan agak sukar dan serba tidak kena (secara dalaman sahaja). Semasa masih bujang, emak selalu berleter kerana saya enggan mengikut emak ke majlis walimah atau kenduri-kendara di kampung. Paling bagus pun saya hanya menghantar emak dan menunggu...

Sunday, July 12, 2009

Kali pertama


Inilah kali pertama saya menaiki pesawat AA. Alhamdulillah, berbaloi dengan harga yang dibayar. Tambahan pula, tiada lagi tempat duduk terbuka seperti dahulu. Saya ke pulau lagenda ini kerana mengikuti seminar dan menghantar pembentangan dalam bentuk poster. Saya menumpang KMiza untuk penginapan, maklumlah, student. Hihihi.. Oh ye! Kali...

Friday, July 03, 2009

Serangan panik


1. Saya dilanda panik. Jangan tanya mengapa (macamlah ada orang ingin mengetahui). Cuma yang pastinya, adrenalin saya keluar ikut suka hati sendiri. Bayangkan ketika sedang makan nasi tengahari tadi yang lauk dan nasinya Aini yang berikan saya boleh berpeluh-peluh dan berdebar-debar. Serasa ingin berlari naik ke makmal dan duduk menaip perkataan-perkataan...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino