Thursday, May 17, 2007

MARAH!!!!!!!!!!!!


Aku sangat marah hari ni.
Aku buat semua kerja yang aku kena buat.
Aku tak berkira dengan masa dan tenaga mahupun wang ringgit aku yang habis.
Itu perasaan aku minggu lepas.
Aku elakkan diri dari insan itu bukan sebab aku takut tapi sebab aku malas nak bergaduh lagi dan malas nak tunjuk muka muncung/masam/terlebih cuka pada orang lain.
Sepanjang hujung minggu aku sibuk sebab ada exhibition kat KLCC. Khamis, Jumaat dan Ahad aku habiskan masa di KLCC.
Sepanjang masa tu juga aku banyak berfikir. Bukan berfikir untuk membalas dendam tetapi berfikir untuk menenangkan diri aku dan juga mencari maksud tersirat di sebalik ujian ini.
Sepanjang tempoh itu juga bertiup kencang di pejabat tentang perkara-perkara yang berlaku ke atas aku. Hahahah..bukan aku yang menjaja, tetapi ramai plak yang sudi jadi tukang bawak mulut..putar alam pun ada..ular melingkau atas pagau pun ada..semuanya dengan bisa yang tersendiri. Cerita sebenar bukan dari mulut aku. Ish ish ish. Sedih, sakit hati, kecil hati. Pendek kata, memang luka parah jugaklah.
Pagi ni, aku lihat insan itu ada di bilik besarnya. Aku mempertimbangkan dengan akal serasional mungkin. Aku ketepikan ego dan juga sakit hati. Kerana apa? Kerana aku tak mahu orang lain menabur garam dan ajinomoto buat penyedap cerita.
Aku berterus terang. Apa yang aku rasa, rasional aku bertindak seperti mana yang aku lakukan minggu lalu.
Terdiam. Itulah reaksinya.
Selepas semuanya aku luahkan...ayat penutup:
"I'm sorry for what has happened but I was truly angry that time but I know I have to clarify few things with you so that either me or you dont feel bad about each other."
(Ayat dalam hati...lagipun takkan saya nak bergaduh dengan bos saya panjang-panjang, buat nyusahkan diri saya je..)
Akhirnya..
"Thank you epel...for coming and for the clarification...."
Aku pun taknaklah jadi orang jahil yang gagal mengawal kemarahannya.
As saying goes...Sesiapa yang tidak dapat mengawal kemarahannya dan membiarkan dirinya berterusan dalam keadaan itu adalah orang yang jahil....

Erkk...ngerilah plak.

5 comments:

Anonymous said...

hems,, orang yang sama si sushi basi tu ker yang buat hal lagi?

ni tak boleh jadi ni..

sabar cik kak..tu jer yg mampu cakap

sd. on Saturday, May 19, 2007 at 6:04:00 PM GMT+8 said...

owh saba2..
meh sayda tlg kipaskan k..
sabar itu sebahagian drp iman.
i'allah..

Ghaz on Monday, May 21, 2007 at 11:26:00 AM GMT+8 said...

The choices are yours ....

You can choose to be ANGRY and UPSET ...

or

You can choose to be CALM and HAPPY ....

Sebab no matter what, you will not be able to change a person or situation ....

But

YOU CAN CONTROL AND CHANGE YOURSELF ....

So be master in yourself ...


(Waaaahhhhhhh cakap pandai nih !!!)

sd. on Tuesday, May 22, 2007 at 9:52:00 PM GMT+8 said...

berani la akak confront..salute la..hehe

Nor Ramli on Tuesday, May 22, 2007 at 11:02:00 PM GMT+8 said...

bukan berani sangat tapi malas nak dengar cite2 sambungan. Bukan cukup 1 chapter nanti..2,3 pun bule...muahahahahah

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino