Thursday, May 17, 2007

DEMAM


Nanti aku update..
Ni nak updatelah ni. Heheheh..
Seminggu selepas kami pindah rumah, aku demam teruk.
Tak pernah seumur hidup aku bila aku demam aku tak lalu makan.
Tak pernah jugak bila aku demam aku tak boleh makan.
Semua yang aku makan aku keluarkan semula.
Dua kali aku pergi jumpa doktor, aku mula demam ahad tengahari, tapi aku tahan dengan makan paracetamol setiap 4 jam. Malamnya aku tak boleh tidur kerana tekakku sakit sangat. Esoknya aku ke klinik dekat dengan rumah tetapi demam aku tidak berkurangan juga. 2 Jam selepas aku makan paracetamol, suhu badan aku naik semula, aku menggigil, kepalaku sakit, tekakku perit teramat dan badanku lemah longlai rasanya.
Malamnya hubby ajak ke klinik lagi tapi aku tak larat, alang suruh gi klinik semula esoknya kalau masih tak kebah demam aku.Alang risau denggi tapi aku rasa tak kot sebab ada batuk dan selsema. Tambahan plak setiap kali tekakku berdenyut-denyut setiap kali itu juga aku muntah dengan teruk, sampai aku tak boleh makan langsung. Aku cuma mampu minum air kosong, itu pun minum seteguk demi seteguk. Huwaaaaaaaaa!!!!
Selasa selepas subuh hubby hantar aku ke DEMC sebab aku dah lembik sangat. Aku jumpa doktor dan beritahu doktor masalah aku, doktor kata bukan denggi sebab aku ada batuk dan selsema, selamat darah aku, kalau tak mesti kena amik darah..huhuhuhu..sakit wooo....!!! Doktor tukar antibiotik aku, doktor semalam bagi ampicilin je kat aku (which dari mula lagi aku dah agak ianya takkan berhasil-adakah sebab psikologi itu mempengaruhi kadar penyumbahan aku? Heheheh), hari ni aku dapat Augmentin-amoxicillin dan clavulanate potassium. Mahal ooo sebijik..tak ingat plak aku berapa harganya. Antipyretic pun tak dapat PCM je, dapat yang combination jugak- myoflex (PCM 500mg + Orphenadrine citrate 35 mg) sebab aku dapat body pain yang teruk gak. Uwaaa......!!!! Doktor bagi jugak pain killer- sebab aku sakit kepala teruk. Pain killer kalau amik combination dengan PCM boleh bagi kesan sinergistik (tolong menolong sesama kita..huhuhuhu). Lozenges pun aku dapat Difflam..wahh...bape RM lah uni kena bayar untuk kos rawatan aku nih. Aku dapat MC dua hari.
Isnin sampai Rabu aku melepek kat umah..bukan melepak ye..sangat tidak larat. Suara tidak keluar..makanan tidak masuk. Banyak gak aku belajar dari ujian ni. Antaranya, selama ni aku selalu hairan dengan orang yang tak lalu makan/makan sikit je dah kenyang..and memang tak boleh makan lebih dari apa yang diorang makan. Aku tak faham kenapa dan apa perasaan mereka. Mereka ni jugak bukanlah orang yang memanjang nak jaga figure (I'm not against these people sebab aku memang tak pedulik sangat pasal figure aku sebab kalau aku kurus habislah berkedut muka aku. Wakakakakka...) tapi just tak selera.
Dalam kamus hidup aku, aku tak tahu perkataan takde selera..apa yang ada hanyalah terlebih selera sebab tulah badan aku tak pernah turun beratnya melainkan naik belaka (ada sekali turun 7 kg masa bulan puasa sebab aku makan diet formula, pas raya aku balik kampung and terlupa nak bawak balik...hancus ...naik balik badan aku macam tayar kempis di pam dengan pam kat stesen minyak. Hahahahahah). Akhirnya, hari khamis aku kembali ke pejabat tapi suara aku tak keluar. Kebetulan plak students and parents diorang ramai yang call sebab nak merayu masuk program ______ kat fakulti aku yang aku baru je dapat surat terima kasih atas khidmat sebagai KP. Yelah, sebab aku dah nak cuti belajar bergaji penuh Julai ni. Aku masih belum boleh makan nasi banyak. Semua spesies benda berminyak aku tak boleh nak telan. Aku cuma makan nasi sket dengan ayam panggang (bukan ala-ala BBQ tapi ala-ala ayam terjatuh dalam api unggun orang bakar sampah masa musim panas). Walaupun tak sedap tapi tu jelah penyumbang tenaga aku sebab aku malas nak pergi hospital untuk 'masuk air' (on drip) walaupun aku dan dehydrated gila-gila. Bibir kering, bawah mata aku lebam dan cengkung dan mucosal membrane dalam mulut aku pecah-pecah. Huwaaaa!!! (Sesungguhnya ujian sakit itu adalah kifarah dosa. Ameen..)
Hujung minggu tu aku makin pulih dan aku habiskan masa di rumah sebab memang aku keletihan dan kelesuan. Demam dah ok, suara dah makin pulih, satu je yang tak ok lagi- aku masih constantly muntah kalau makanan tu berminyak terlebih ataupun aku tersedak sikit waktu makan sebab aku batuk. Bila orang dok dengar aku uwek uwek kat toilet, maka keluarlah soalan antaranya :
Pn Epel pregnant ke? - taklah - Dah pegi check Doktor ke? ( kalau sy yg ngandung kenapa doktor plak nak di periksa? Hahahahahhaha) - Taklah kak..saya tak pregnant..cuma saya kena viral fever yang teruk. Tu sebab saya muntah.
Dan sampai ke hari ni, walaupun dah 2 minggu lebih aku demam, aku masih kena jaga makanan aku sebab sebarang makanan yang terlebih minyak/ajinomoto/yang buatkan aku tersedak akan membuatkan aku muntah dengan jayanya. Aku bukan aneroxic!!!! Cuma aku masih tak sihat. Aku juga tidak pregnant!! Cuma batuk aku masih teruk dan selsema juga masih ada.
Moga aku sembuh segera. Aku redha dengan ujian ini.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino