3 minggu lepas, saya telah berjaya membasuh telefon bimbit suami saya di dalam mesin basuh buat kali kedua dalam tempoh 2 tahun. Selepas saya tiba-tiba menyedari ada bunyi aneh dari mesin basuh, saya telah melancarkan gerak gempur membuat panggilan ke telefon bimbit suami saya. Seperti yang telah saya jangkakan ianya terus ke peti simpanan suara. Saya pun memberhentikan operasi mesin basuh dan mencari objek yang disyaki- jaket...
