Zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan inspirasi dari kakak-kakak dan abang saya. Saya melihat mereka mengumpul setem, sampul surat hari pertama dan juga membuat buku skrap yang dipenuhi dengan lirik lagu-lagu terkini. Terus sahaja saya juga membuat perkara yang serupa. Apabila melihat kakak-kakak saya menjahit baju tidur dan juga membuat sendiri bekas pensil yang besar, saya juga turut sama menyumbang tenaga merosakkan mesin jahit emak.
Akan tetapi saya ada beberapa hobi yang benar-benar saya lakukan berdasarkan minat dan bukan kerana pengaruh sesiapa. Membaca, memasakehem ehem sila ketawa sekarang dan juga berjual. Ya, saya sangat gembira melakukan transaksi perniagaan macam bisnes besar-besaran je biar pun yang saya jual hanyalah muruku berharga seringgit sehinggalah kain sutera berharga ratusan ringgit. Apabila saya memperolehi katalog terbaru tupperware saya akan penuh semangat memberikannya kepada rakan-rakan walaupun saya tahu jarang sekali katalog itu datang semula kepada saya dengan kertas yang dilekatkan dimuka hadapannya tidak terisi. Antara barangan dagangan saya adalah sutera Terengganu, keropok, belacan, kain pasang, kain batik lepas, detergen, pelembut pakaian ketika suami saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di awal perkahwinan kami dahulu, barangan tupperware, ikan keli hasil kolam abanglong dan juga terbaru wangian. Sekiranya pembaca budiman skrol di bahagian blog yang saya jaringkan ke blog ini, tentu menyedari kewujudan blog Pertanian adalah perniagaan dan Munif Hijjaz perfume. Kedua-dua blog tersebut adalah blog perniagaan kaklong dan abanglong saya.
Walaupun perniagaan itu bukan dijalankan oleh saya sendiri tetapi saya dengan penuh semangatnya telah menjadi jurucakap bagi produk-produk tersebut. Ikan keli abanglong sering kali sampai ke PA dan SA. Hahahah...kerja sayalah itu. Ada juga beberapa orang pelanggan tetap yang inginkan ikan keli abanglong yang sedap dan lazat itu. Untung? Owhh...saya tidak mengambil keuntungan pun. Hanya membantumenjadi promoter tidak bertauliah memasarkan sekilo dua ikan keli tersebut. Begitu juga dengan wangian munif hijjaz tersebut. Saya menjadi ajen ye..! Along menjadi stokis.
Saya sangat gembira dengan perniagaan baru saya ini. Masa? Owhh...memang saya sedang sibuk dengan kerja makmal disamping kesihatan saya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini, akan tetapi, memberikan produk yang diminta oleh pelanggan dan menerima bayaran untuk produk tersebut adalah terapi yang tidak ternilai harganya.
Kesimpulannya, hobi saya adalah berniaga. Hahahahaha....
Nota 1: Suami saya juga mempunyai minat yang sama. Ermm..maksud saya, beliau adalah ahli perniagaan semasa menetap di KT dan melepaskan semuanya untuk berpindah ke SA...terima kasih yang!
Nota 2: Bagaimana saya mendapat hobi berniaga? Alahai, sayakan penjual nasi lemak profesional dari usia 8 tahun lagi. Subhanallah....
Nota 3: Jangan lupa layari blog-blog tersebut di atas ye. Buatlah tempahan bagi yang berkenaan. Hahahaha...
Akan tetapi saya ada beberapa hobi yang benar-benar saya lakukan berdasarkan minat dan bukan kerana pengaruh sesiapa. Membaca, memasak
Walaupun perniagaan itu bukan dijalankan oleh saya sendiri tetapi saya dengan penuh semangatnya telah menjadi jurucakap bagi produk-produk tersebut. Ikan keli abanglong sering kali sampai ke PA dan SA. Hahahah...kerja sayalah itu. Ada juga beberapa orang pelanggan tetap yang inginkan ikan keli abanglong yang sedap dan lazat itu. Untung? Owhh...saya tidak mengambil keuntungan pun. Hanya membantu
Saya sangat gembira dengan perniagaan baru saya ini. Masa? Owhh...memang saya sedang sibuk dengan kerja makmal disamping kesihatan saya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini, akan tetapi, memberikan produk yang diminta oleh pelanggan dan menerima bayaran untuk produk tersebut adalah terapi yang tidak ternilai harganya.
Kesimpulannya, hobi saya adalah berniaga. Hahahahaha....
Nota 1: Suami saya juga mempunyai minat yang sama. Ermm..maksud saya, beliau adalah ahli perniagaan semasa menetap di KT dan melepaskan semuanya untuk berpindah ke SA...terima kasih yang!
Nota 2: Bagaimana saya mendapat hobi berniaga? Alahai, sayakan penjual nasi lemak profesional dari usia 8 tahun lagi. Subhanallah....
Nota 3: Jangan lupa layari blog-blog tersebut di atas ye. Buatlah tempahan bagi yang berkenaan. Hahahaha...
0 comments:
Post a Comment